Muthiah!!!
Monday, September 23, 2013
Assalammualaikum. Berkurun sudah (bohonglah) tidak duduk lama di blog sendiri. Agak sibuk mengejar deadline. Alhamdulillah. Beres sudah. Sebelum beralih ke projek ke seterusnya, bolehlah luangkan masa di sini sekejap. Moga kita semua dirahmati ALLAH selalu, insya-ALLAH. Amiin.
Yuk, Muthiah. Ingat ni...
Kadang-kadang... ops, terlepas kata.
Eh, aku TER-mengumpat?
TER-fitnah?
TER-mengata?
Cuba semak balik. Kalau ada... beristighfarlah.
Yuk, Muthiah. Ingat ni...
- Jauhi prasangka. Jangan sampai buruk sangka itu membawa kita ke lembah hina. Bagaimana? Dari prasangka, mulalah mengumpat dan mengata. Silap hari bulan, jadi fitnah pula. Paling teruk, mulut dan mata pena kita turut memainkan peranan. Menggores jasad bernyawa tanpa perasaan. Ingatlah insan yang kelak akan dimasukkan ke dalam liang lahat. Kesemuanya ALLAH benci. Bukan sahaja ALLAH, bahkan manusia pun tidak suka.
Tanya pada diri, adakah kita terlingkung dalam golongan manusia yang suka mengumpat, mengata dan memfitnah?Jadi, untuk hindarinya... lebih baik BERDIAM sahaja. Tidak mampu? PERLU meluahkan juga? Merasakan diri BENAR sentiasa? Mengadulah pada ALLAH Yang Maha ESA, Maha Mendengar, Maha Melihat, Maha Menghitung, Maha Adil lagi Maha Saksama. Muthiah... ingatlah, Muthiah. - Hindari perkataan atau tulisan yang bisa menggores hati orang lain (
Muthiah, mata pena anda di blog macam mana?). Salah dengan manusia, bisa bertaubat. Terlepas cakap dengan manusia? Pilih dua. Sama ada BERDIAM atau berbicara yang menyenangkan hati sahaja. Muthiah... ingatlah, Muthiah. - Positiflah. Jangan biarkan aura negatif melingkari diri. Bukan orang lain yang merugi, bahkan diri sendiri. Akibatnya, terhasilkan sikap dan akhlak yang tidak menyenangkan orang di sekeliling kita. Tepuk dada, tanya iman. Sejauh mana kita berusaha mendekatkan diri kepada PENCIPTA. Hamba ALLAH yang akrab dengan DIA, insya-ALLAH akan berbuat perkara yang baik-baik sahaja. Muthiah... ingatlah, Muthiah.
Huh! Lama benar tidak mencoret di blog, terlebih panjang pula jadinya. Maaf. Agak laju gaya penulisannya. Mahu cepat mengejar masa. Bacalah tanpa rasa tetapi ambillah yang baik sahaja sebagai pedoman. Ambillah dari sisi yang positif. Bersihkan hati dan jiwa. Insya-ALLAH jasad dan hati akan bahagia.
Peringatan untuk diri Muthiah sebenarnya...
Sebagai manusia yang lemah, kita selalu sangat lupa. Suka benar mengulangi kesalahan yang sama. Acap kali tidak meletakkan ALLAH di hadapan apabila hendak berbuat apa-apa. Maka, lahirlah satu sikap yang ALLAH tidak suka. Astaghfirullah. Moga Muthiah dan sahabat-sahabat yang Muthiah sayang dapat mengislah diri menjadi lebih baik. Jom!
Tidak mampu buat semua, jangan tinggal segalanya.
Okey. Full stop.
Hendak berkongsi hal lain, TER-tulis perkara lain pula. Masalah TER ini memang cukup sinonim dengan kita. Hindarlah. Jauhilah andai membawa kepada DOSA.
Muthiah : Ikhlaskan jiwa dan hati yuk! Payah tetapi berusahalah!