Erti bahagia..

Assalammualaikum, semua. Moga kita semua dirahmati ALLAH selalu. Apa macam? 

Kita merancang. Kita berusaha keras. ALLAH sebaik-baik Penentu dalam kehidupan.

Usaha + Doa + Tawakal = KEJAYAAN. 

Berjaya ini banyak macam...

  • berjaya mencapai matlamat/ impian/ cita-cita.
  • berjaya dalam tawakal. Dengan kata lain, kita menerima ketentuan ALLAH dengan redha kerana sesungguhnya DIA lebih tahu apa-apa yang terbaik untuk diri kita.
-----

Dalam hidup ini, apakah yang bisa membuatkan kita berasa bahagia.
  • Duit yang banyak? Macam mana pula halnya jika dalam masa yang sama kita tidak punya teman yang setia? Tubuh badan yang tidak sihat?
  • Rumah besar... kereta besar... bini cantik... anak-anak ramai? Macam mana pula halnya jika rumah itu tidak diimarahkan dengan ketaatan kepada TUHAN yang mengurnia rezeki? Kereta pula tidak digunakan ke jalan yang diredhai ALLAH? Isteri cantik tetapi menyediakan saham dosa buat diri kita (sebab tidak tutup aurat contohnya)?
  • Jawatan yang besar... gaji yang tinggi... disanjung dan dipuja? 
Jom kita fikir sama-sama... apakah erti bahagia yang sebenar?

Foto : Sekadar gambar hiasan.
  • Apabila diri dekat dengan ALLAH. Jasad takut untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan kemurkaan-NYA. Apabila berbuat salah, segera memohon taubat kepada DIA. Kita tidak mahu bintik hitam itu merajai jiwa. Khuatir apabila ia memenuhi segenap ruang, payah cahaya untuk masuk ke dalamnya.
  • Apabila bahagia dengan keluarga tercinta. Susah senang dihadapi bersama... saling menerima kelebihan dan kekurangan pasangan. Apabila berhadapan dengan masalah, kita kembali kepada ALLAH.
  • Apabila dikurniai ALLAH sahabat ketawa dan menangis bersama. Susah, bukan? 
  • Apabila tiada hutang sekeliling pinggan. Orang berhutang ada dua. 
  1. Dia berhutang dan dia tidak punya niat untuk melangsaikan hutangnya. 
  2. Dua, dia berhutang dan dia berusaha keras untuk membayar hutang yang dibuat. 
Ingatlah (bagi yang pertama)... sejauh mana pun kita lari, kita tetap tidak dapat mengelakkan diri daripada penghitungan-NYA.

Banyak lagi sebenarnya tetapi cukuplah untuk hari ini. Moga kita sentiasa berwaspada dengan ujian DUNIA kerana sesungguhnya... hidup ini tidak lama.
Labels: | edit post
0 Responses