Doakan untuk Adik Muhammad Annas Zikri

Assalammualaikum. Jengah sebentar. Sekejap lagi, insya-ALLAH Muthiah hendak masuk pejabat :)


Sekadar gambar hiasan. 


Oh, ya. Sesudah solat Isyak tadi, Tok Imam mengajak para makmum untuk menunaikan solat sunat hajat kepada Adik Muhammad Annas Zikri yang sedang koma di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Katanya, adik yang berusia tujuh bulan itu mengalami pendarahan otak. Sama-samalah kita mendoakan agar adik itu sembuh dan kedua ibu ayahnya bersabar dengan ujian ALLAH ini.


Al-Fatihah.


Okey. GTG. Nanti nak ke...


Moga ALLAH merahmati perjalanan kami :)
2 Responses
  1. Assalamualaikum...
    Terima Kasih kerana mendoakan anak sy Muhammad Anas Zikri. Anas anak yg sangat2 baik.. tapi Allah lebih sayangkan dia, pada 29 Mei 2012 jam 9.15 malam telah kembali ke rahmatullah. setelah seminggu sakit(koma). kes ini masih lagi dalam siasatan pihak polis. Sy terkejut, sy search nama anak saya di google n then sy terjumpa entry ni.


  2. Siti Muthiah Says:

    Waalaikumussalam. Moga Puan sekeluarga tabah menghadapi ujian ALLAH ini. Al-Fatihah.