Aku yang selalu lupa...



Assalammualaikum. Apa khabar? Muthiah... Ehe... Alhamdulillah. ALLAH mengingatkan ketika mana Muthiah lupa. Medium peringatan itu??? Melalui alam ini.

;) Ahad yang memenatkan.... Jalan punya jalan... akhirnya, sebelum balik ke rumah, Muthiah dan suami singgah di sebuah gerai menjual jambu batu di tepi jalan. Harga sekilo bersamaan RM4.50. Namun, 1.2kg... bayarannya RM6.70. Muthiah pun berasa pelik tetapi mungkin dek keletihan, Muthiah tidak mampu bersuara.

Balik rumah, Muthiah berbicara dengan suami, "Hmmmm... Kalau dia bohong, menipu... tidak akan kaya dan tidak berkat hidup. Ish...." Geramlah juga.

"Memang kali kedua dan terakhirlah Muthiah beli di situ..."

Suami hanya tersenyum seraya membalas, "Tidak apalah. Anggap sahaja ALLAH hendak membersihkan harta-harta kita."

Ehe.... Muthiah sudah tahu tetapi mungkin dek rasa letih, tidak mampu berfikir sewajarnya... emosi menguasai diri. Bukankah kita manusia acap kali lupa dan alpa?

Kesimpulannya :

  • Ketahui hak kita sebagai pembeli. Ehe...
  • Sabar separuh daripada iman.
  • ALLAH mungkin mahu membersihkan harta kita ~ Kalau sahabat-sahabat melalui saat begini, tidak pula berdaya untuk berbuat apa-apa... boleh ulang kata-kata ini dalam minda. Insya-ALLAH, kita akan lebih tenang.

Apa lagi, ya? Jom kongsi solusi atau... sahabat-sahabat pernah melalui pengalaman yang sama? Apakah tindakan dan reaksi?

Muthiah : Selalu lupa tetapi Alhamdulillah... acap kali diingatkan.

Terima kasih daun keladi ;)

Assalammualaikum. Ehe. Sedar tidak sedar, follower blog Muthiah sudah menjangkau 100 dan lebih. Alhamdulillah. TERIMA KASIH kepada semua yang sudi menjengah, tidak kira SIAPA pun kalian. Baik... kurang baik... semua adalah teman Muthiah di alam maya ini. Insya-ALLAH, satu hari... jika diizinkan TUHAN kita kan boleh bersua empat mata.

Baik... EDISI KHAS... Promosi buat follower blog Muthiah yang ke-100... Mujahidah Mariyatul ;) Ehe. Sudi-sudikan menjengah lagi ya. Dan... moga kan mendapat manfaat daripadanya...


Buat Mariyatul (Juga sahabat-sahabat lainnya yang setia menjenguk)...

  • Terima kasih Muthiah ucapkan...
  • Moga kalian dirahmati ALLAH selalu.
  • Semoga ukhwah yang terjalin ini akan lestari selamanya.

Salam sayang daripada Muthiah...

Muthiah : Bermula daripada 3 orang pengunjung sehari... tidak ada follower...

PESTA BUKU KANAK-KANAK KUALA LUMPUR


JANGAN LUPA BERMULA HARI INI...

Kunjungi Gerai Grup Buku Karangkraf (A48 & A73) sempena PESTA BUKU KANAK-KANAK KUALA LUMPUR di Dewan Tun Abdul Razak 3, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 22 - 26 Disember 2010, pada jam 10 pagi - 9.00 malam.

Dan...

JANGAN LUPA DAPATKAN AYAH, AMIR NAK MASUK U! Ehe...

Down - bukan down payment


Assalammualaikum.


Mulakan harimu dengan senyuman. Optimis dan positif. Muthiah? Hmmm... ya. Muthiah berpegang kepada prinsip - TIDAK SEKALI-KALI BERPUTUS ASA DALAM BERUSAHA. Insya-ALLAH, selagi diizinkan ALLAH, Muthiah akan berusaha untuk berjaya walaupun jalan yang perlu ditempuhi agak berliku...

Sahabat-sahabat, bagaimana?

Jom... kita sama-sama mengorak langkah untuk maju ke hadapan. Huhu... sebenarnya, ada sedikit 'jatuh' dalam motivasi diri. Iyalah. Nama lagi manusia yang selalu lalai dan lupa. Jadi, Muthiah cuba untuk menaikkan semangat agar berterusan termotivasi. Boleh, begitu? Ehe... kitalah yang membuat pilihan.

Jadi, kawan-kawan. Kalau rasa down dan tidak bermaya :

  • Ingat! Kita tidak sendiri. ALLAH dekat memberi KEKUATAN.
  • Banyakkan berdoa kepada ALLAH... DIA lebih tahu apa-apa yang terbaik buat diri kita.
  • Set dalam minda. Aku kuat. Aku mampu buat.
  • Katakan pada diri, "I'll never give up." Selagi masih bernyawa, selagi itu tidak putus asa berusaha.
  • Sewaktu tidak termotivasi, kita tentu berasa lemah. Usah paksa diri untuk BERLARI. Jalan dahulu. Kemudian, berlari anak dan.. pecut ;)

Hmmm... apa lagi ya? Kalau ada sahabat-sahabat yang ingin berkongsi tips, Muthiah alu-alukan.

Muthiah : Caiyok-caiyok, Muthiah.

Muthiah... sedih ...


Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah... Alhamdulillah. Pagi tadi, makan nasi goreng. Sedikit masin. Hahaha... Bukan apa, Muthiah ingat, nasi banyak. Jadi, awas dibubuh lebih. Alih-alih, sedikit bangat. Adoi-adoi... Tetapi apapun, bak kata suami, "Rezeki kita hari ini..."

;) Pagi semalam, emosi Muthiah berada dalam keadaan yang tidak baik. Rasa cepat marah, geram, putus asa dan... entah apa-apa. Suami pula, ALLAH izin banyak kerja pula di pejabat. Berkebetulan, ada hal sedikit. Muthiah cuba hubungi telefon pejabat suami. Tidak berangkat. Walaupun Muthiah tahu suami memang sibuk, Muthiah tetap mahu terasa hati. Suami balik kerja, baru terubat sedikit rasa hati.

Malamnya, entah kenapa Muthiah menangis. Suami kata, "Abe kan ada..." tetapi Muthiah tetap mahu menangis. Sebab apa... entahlah. Mungkin dek kerana letih. Iyalah. Muthiah meletakkan target untuk perkara tertentu. Namun, apabila berkejar-kejar, rasa penat. Akibatnya, tidak mampu berfikir sewajarnya.

Semalam, Muthiah tidak masuk'pejabat'. Tidak pandang pada blog dan tidak juga melihat pada manuskrip yang hendak diedit/ dirombak. Muthiah tonton TV3, lakonan Jackie Chan (sudah lama Muthiah tidak tengok TV sebenarnya kecuali cerita animasi Detektif Conan). Kemudian, Muthiah bermuhasabah sendiri...

Hmmm... ada sesuatu yang Muthiah abaikan...

Suami??? Tidak... Insya-ALLAH, Muthiah cuba lakukan yang terbaik untuk menjadi isteri yang paling baik untuk suami di sisi ALLAH.

Keluarga??? Insya-ALLAH, tidak. Keluarga tetap di hati Muthiah. Meskipun tidak mampu membantu banyak dari sudut kewangan, Muthiah sudah cuba yang terbaik.

Kawan-kawan??? Insya-ALLAH, tidak juga. Beberapa orang teman meluah rasa kepada Muthiah dan Muthiah cuba yang terbaik untuk menjadi pendengar dan kaunselor (yang tidak bertauliah) yang setia. Ehe...

Jadi, di manakah silapnya? Bukankah dengan MENGINGATI ALLAH itu hati akan tenang??

Hisab punya hisab akhirnya...

Nah!!! Sudah seminggu rupanya Muthiah tidak bangun qiam. Huhu... Iyalah. Kadang-kadang, kita rasa perkara itu biasa-biasa sahaja tetapi luar biasa hakikatnya. Kejauhan dengan ALLAH (mungkin dek kesibukan duniawi) menyebabkan kita terlupa.

Astaghfirullah tetapi Alhamdulillah... ALLAH masih sayangkan Muthiah dan mahu Muthiah kembali kepada-NYA.

Justeru, sahabat-sahabat...

Andai berasa tidak keruan... rasa tidak kena...

AMBILLAH RUANG... CARILAH MASA menghisab diri sendiri.

Salam sayang buat semua ;)

Muthiah : Sayang mereka yang menyayangi...

Ayuh...dapatkan...

Assalammualaikum. Ehe. Bagu laluan untuk iklan sekejap. Ayuh. Dapatkan Ayah, Amir nak masuk U dan novel-novel terbitan Alaf 21 dan Buku Prima di pasaran ;)


Muthiah : Masih menanti :)

Menuku

Assalammualaikum. Ehe... Saja-saja...

Menuku semalam ;)

Nasi minyak tetapi gulai agak cair. Mula-mula, Muthiah ingat, rempah kari masih ada dalam stok. Huhu... Apa lagi, Muthiah pun letak air banyak awalnya. Mahu bagi ayam dan ubi kentang empuk. Cari-cari... sudah habis rupanya. Hehe...

Bihun sup ~ Hmmm... Muthiah tidak pernah buat bihun sup kuah begini. Ini kira cubaan pertama. Muthiah tengok kat rumah terbuka, orang buat. Suami kata, pertama kali makan tetapi sedap... Ehe... Boleh kata tidak sedap? Hahaha...
Labels: 5 comments | | edit post

My bro...

Assalammualaikum. Ehe... Sekadar mahu berkongsi gambar Muthiah yang dilukis oleh adik lelaki Muthiah nombor 3. Amir namanya...


Ehe... Gambar asal.


Ada okey? Insya-ALLAH ;)


Kuliah hari ini : Kerjaya GRO.

Muthiah : Tidak pandai melukis.
Labels: 2 comments | | edit post

Surah An-Naas (an-Naas, 114:1-6)


Assalammualaikum. Sudah lama tidak berkongsi tentang tafsir al-Quran. Jom.. kita baca surah an-Naas dan baca juga tafsirannya.


1. Katakanlah, "Aku berlindung kepada TUHAN (yang memelihara dan menguasai) manusia.

2. Raja manusia.

3. Sembahan manusia.

4- Daripada kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi,

5. yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia,

6. daripada (golongan) jin dan manusia.

Ada sesiapa yang mahu menghuraikan?

Muthiah : Iman menaik dan menurun...

Bangun! Bangun!


Assalammualaikum. Apa khabar? Muthiah... keletihan... baru kembali dari outstation. Eh, silap. Bukan Muthiah yang outstation tetapi suami. Muthiah follow sahaja. Hmmm... Isu apa ya yang ingin Muthiah kongsikan hari ini. Hari-hari menulis, kadang-kadang tepu. Tidak berdaya berfikir sewajarnya lagi. Chewah.

Hmmm...

Seorang teman mengadu pada Muthiah. Suaminya memarahinya kerana bangun lewat (pasangan ini baru sahaja bernikah).

Muthiah bertanya, "Mu bangun pukul berapa?"

Teman Muthiah tersenyum. Dia lalu menjawab, "Mu pun kenal aku. Aku dah biasa bangun lewat. Pukul 10.00 tu, biasalah."

Muthiah menggeleng. "Dah, mu bangun pukul berapa?"

Sang teman masih lagi mahu mengukir senyum, "Pukul 11.00. Laki aku, awal-awal dah bangun sapu rumah. Boleh dia bising ke aku. Suruh kemas dapur. Aduh... tak biasalah..."

Ehe... Apakah pengajaran yang boleh diambil dari kisah di atas...

1- Sahabat-sahabat, jom bangun awal. BIASAKAN diri bangun awal pagi. Bukan apa... persediaan sebelum berumah tangga. Takut... apabila sudah jadi tabiat, sudah bergelar isteri pun masih bangun....

2- Elakkan tidur selepas subuh. Kalau mengantuk juga, cuba buat aktiviti yang boleh menyegarkan. Jalan sekeliling rumah pun boleh. Mandi... lagi baik. Sejuk? Seorang teman ada berpesan. Tips untuk tidak tidur selepas subuh ialah... SOLATLAH pada malam hari. Dengan kata lain, qiammullai ;)

3- Biasakan diri juga untuk masak makan pagi. Bukan apa. Jika kita sudah terbiasa masak sendiri, insya-ALLAH... secara automatik.. sesudah bangun pagi... kita akan masak. Manalah tahu. Bangun awal, tidak tahu hendak buat apa. Baju sudah berbasuh. Kain pun sudah berlipat. Makan? Mesti belum makan, bukan?

Hmmm... apa lagi, ya...

4- Pasang tekad dalam diri.. Aku tidak mahu tidur sesudah subuh. Kalau sebelum ini, tiap-tiap hari kita bangun lewat. Cuba kurangkan. Lama-lama, insya-ALLAH... Malaysia boleh!

Okey... Selamat berubah.

Muthiah : Berusaha berubah menjadi lebih baik. Jom...

Terima kasih, TUHAN-ku

Assalammualaikum. Mulakan harimu dengan senyuman. Muthiah? Senyum dan ceria sokmo, insya-ALLAH. Kitalah yang membuat pilihan dan Muthiah... memilih sesuatu yang bisa menggembirakan hati dan jiwa.

Ayuh... Lagu pilihan hari ini... Jeng jeng jeng...


Terima kasih wahai TUHAN-ku
Yang sentiasa melimpahkan Rohmat-Nya
Membenarkan aku menghadap-MU Tuhan
Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Untuk bercakap dengan-MU TUHAN
Mengizinkan kuminta pada-MU
Memuja - memuji sepenuh hatiku
Memohon munajat pada-MU Ya RABBI

Terimakasih wahai TUHAN-ku
Yang sentiasa melimpahkan Rohmat-Nya
Membenarkan aku menghadap-MU TUHAN
Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Untuk bercakap dengan-MU TUHAN
Mengizinkan kuminta pada-MU
Memuja - memuji sepenuh hatiku
Memohon munajat pada-MU Ya RABBI

Tapi aku khuatir ketika menhadap-MU
Tidak pula pandai beradab dengan-MU
Aku mula bimbang kalau aku derhaka
Dalam ketaatan bukan Rohmat dari-MU yang kudapat
Tapi ku kan dapat kemarahan-MU
Ya Rabbal Alamin
Maafkanlah aku
Ya Rabbal Alamin
Maafkanlah aku

Muthiah : Terima kasih TUHAN atas segala sesuatu yang telah dikurniakan...
Labels: 0 comments | | edit post

Sifat ____ bagi Nabi (ii)


Assalammualaikum. Apa khabar? Muthiah... mengantuk... Insya-ALLAH, sebentar lagi hendak berehat seketika. Otak Muthiah terasa tepu pula. Tidak mampu menulis...

Baik... hari ini Muthiah ingin sambung tentang sifat MUSTAHIL bagi Nabi. Ada berapa? Ehe...

1- Kidzib = DUSTA

  • Setiap Nabi dan Rasul terhindar daripada sifat-sifat tercela.
  • Di samping itu, mereka juga benar dalam ucapan dan perbuatan mereka.
  • "Hatinya tidak mendustakan apa yang dilihatnya," an-Naj : 11.
2- Khiyanaah = KHIANAT

  • Mustahil seorang Nabi dan Rasul itu engkar terhadap urusan yang diberikan ALLAH.
  • Orang yang khianat tergolong dalam golongan munafik; dan Rasul/ Nabi bukanlah seorang yang munafik.
3- Kitmaan = MENYEMBUNYIKAN

  • Semua ajaran yang disampaikan tidak pernah disembunyikan.
  • Meskipun sukar dan payah diterima, Rasul akan tetap menyampaikan perintah ALLAH.
  • "Aku tidak mengikut kecuali diwahyukan kepadaku. Katakanlah, 'Apakah sama orang yang buta dengan orang yang melihat? Maka, apakah kamu tidak memikirkannya?" Al-An'am :50.

4- Balaadah = BODOH

  • Tugas seorang Rasul adalah berat. Lantas, mustahil baginya untuk memiliki sifat bodoh.
  • Jadilah engkau pemaaf dan serulah orang yang mengerjakan maaruf serta berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh," al-A'raf :119.

Muthiah : Ya ALLAH. Permudahkanlah segala urusan kami (Muthiah dan sahabat-sahabat semua) ...
Labels: 0 comments | | edit post

Kitalah yang membuat pilihan - Paksi.net

Assalammualaikum. Apa khabar? Muthiah? Alhamdulillah. Cuma...Sibuk bangat. Hendak menyiapkan sesuatu. Doakan, ya. Sukar tetapi Muthiah akan terus berusaha. Caiyok-caiyok ;)





:) Artikel Muthiah di paksi.net. Selamat membaca ...

Akhbar hari ini : Pelacuran di IPT.

Kuliah hari ini : Kredibiliti suami dan isteri.

Muthiah : Belajar untuk tidak kenal erti putus asa.

Bos

Assalammualaikum. Apa macam kerja hari ini?

1- Jawatan saya di tempat kerja - ___________________

2- Apa yang saya mahukan daripada bos saya - __________________

3- Kalau saya bos, apa yang saya mahukan daripada anak buah saya - _______________

Jom kita saling memahami ;)



Pengajaran

1- Budi bahasa budaya kita.

2- Bos peka, anak buah pun suka buat kerja.

3- Beza : Takutkan bos? Atau hormat pada bos?


Muthiah : RG dalam kenangan.
Labels: 0 comments | | edit post

Oh, my tok laki...(ii)


~sambungan semalam~



Assalammualaikum...

;) Sebagai motivasi bagi isteri ~ Kalau suami-suami tidak mahu menolong di rumah? Sudah minta tolong, tetapi buat endah tidak endah sahaja. Jadi, apa lagi yang boleh dilakukan? Hendak bermasam muka? Hendak bergaduh? Kalau suami hendak pujuk, okeylah. Kalau suami buat tidak tahu? Paling parah, kalau suami marah dan tidak memaafkan. Nauzubillah. Lagipun, buat hati suami sakit... murka ALLAH jawabnya. Terbuat? Usah ego untuk meminta maaf. Dia pun salah... Hmmmm.... Mohon kepada ALLAH agar diberi jalan dan petunjuk.

Renungkan...

Antara beban seorang isteri yang perlu membuat itu dan ini di atas dunia ...

VS

Beban suami yang perlu dibawanya apabila berhadapan dengan ALLAH kelak.

Isteri tidak memelihara aurat - Suami buat tidak tahu - Dia yang kena jawab.

Isteri tidak solat - Suami buat tidak tahu - Dia yang kena jawab.

VS

Suami tidak tolong di dapur - Kita buat - Letih - Dapat pahala.

Suami tidak tolong jaga anak - Kita tidak buat. Tidak adil!!! - Bukan kerja kita - Suami terkilan - Dapat...

Mana yang lebih 'terbeban'?


Jawapan kita : ________________

Moga-moga, entri kali ini dapat memberi dorongan dan semangat kepada kita, para isteri... untuk terus berusaha dan bersabar demi mencapai status ISTERI SOLEHAH di sisi ALLAH. Manusia... boleh jadi dia nampak kita sudah menjadi isteri yang terbaik... bagi ALLAH?

Letih... diakui letih (Sudahlah bekerja di pejabat, balik rumah pun kena kerja juga?). Cari nafkah sama-sama. Buat kerja rumah sorang-sorang. Apa yang boleh kita lakukan?

Jawapan kita : ________________

Hmmm... cakap senanglah. Tidak bekerja... Masih berdua ;) Apapun, pilihlah dari aspek yang positif dalam entri ini untuk diri sendiri. Kalau fikir negatif, negatif yang akan kita perolehi.

Pandanglah syurga dan redha ALLAH yang sedia menanti bagi isteri-isteri yang cuba melakukan yang terbaik buat suami serta rumah tangganya. Insya-ALLAH, sampai masa... kita semua akan dapat merasai kemanisannya. Tidak di dunia, insya-ALLAH di akhirat kelak.

Titipan buat para suami : Contohi Rasulullah dalam mengemudi rumah tangga (Ehe... mendalam maksudnya).


Muthiah : Mohon redha dan doa sepanjang saat dan ketika.

Oh, my tok laki...(i)


Assalammualaikum. Apa khabar? Muthiah... Seperti biasa, Alhamdulillah. Senyum dan ceria. Aisey. Ceria memanjang. Tidak akan tidak pernah stres? Hmmm... Serah sahaja kepada ALLAH yang lebih arif ke atas segala sesuatu.

Buat para isteri...

Pernah atau tidak melalui saat letih yang teramat sangat saat menguruskan rumah tangga? Sudahlah penat dan stres di tempat kerja, balik rumah...

  1. Baju dan pinggan tidak berbasuh.
  2. Rumah bersepah. Sampah dan mainan anak-anak merata-rata.
  3. Anak-anak tidak mahu mandi.
  4. Makan malam tidak dipersiap lagi.
  5. Bla bla bla...

Semua perlu diuruskan seorang diri. Sakit jiwa dibuatnya. Suami? Hmmm...

Seorang teman pernah memberitahu Muthiah, "Jangan biar suami duduk senang-lenang di rumah. Suruh dia basuh baju juga. Suruh dia basuh pinggan juga. Buat kerja sama-sama. Kalau tidak, diri kita yang sakit sendiri. Mana boleh kita seorang... bla bla bla..."

Muthiah hanya tersenyum. Pesanan itu sentiasa segar dalam ingatan meskipun Muthiah tidak pernah mengaplikasikannya. Andai suami membantu, Alhamdulillah. Kalau tidak?

....

Muthiah pernah berkata kepada suami, "Abe, tadi Muthiah dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus."

Suami membalas, "Apa dia?"

Muthiah berfikir sejenak. "Ustaz cakap, suami ni pikul beban yang besar atas bahu dia." Muthiah terdiam sejenak.

"Selain perlu menjaga diri sendiri, suami mempunyai amanah terhadap isterinya. Isteri... bisa menarik lelaki yang hampir masuk syurga ke neraka."

Muthiah menambah, "Lepas ni, Abe nak makan pukul 2.00 pagi geraklah. Sikit saja tu setakat nak bangun masak. Kalau nak banding dengan beban yang perlu Abe pikul sebagai suami."

Ehe... Dalam hati, 'Harap-harap, tidaklah minta masak pukul 2.00 pagi.' Tetapi kalau minta, kenalah buat.

....

Boleh tangkap apa yang ingin Muthiah sampaikan?

~bersambung ~

Muthiah : Lain orang, lain pandangannya. Lain susun hias rumahnya.

Dadah MEMBUNUH


Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah... Alhamdulillah. Kesihatan, baik. Hati pun, insya-ALLAH baik. Kalau tidak cukup baik sekalipun, baik-baikkanlah ia ;)

Baik. Semasa di PPBSM hari ini... Muthiah ingin berkongsi info tentang kes dadah ~ Katakan tidak pada DADAH!

KUALA LUMPUR, 29 Nov. 2010 - Polis mencatat sejarah apabila berjaya membongkar 16 makmal memproses dadah dan merampas dadah seberat 3.5 tan yang dianggarkan bernilai RM220 juta dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.

KUANTAN 9 Nov. 2010 - Pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM500,000 yang dirampas sejak tahun 1998 hingga 2005 dilupuskan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di Lapang Sasar Bukit Rangin di sini, hari ini.

SETIU 7 Nov. 2010 - Kes pengedaran dan penagihan dadah di negeri ini kian serius dan memperlihatkan gejala amat membimbangkan ketika pihak polis terus memperhebatkan operasi mereka.

SHAH ALAM 1 Nov. 2010 – Polis sekali lagi berjaya menggagalkan cubaan menyeludup dadah yang dilakukan empat lelaki warga Iran dan seorang rakyat India serta merampas 5.45 kilogram syabu bernilai kira-kira RM1.3 juta dalam dua serbuan kelmarin dan semalam.

SEREMBAN 28 Okt. 2010 - Seramai 309 orang ditahan di negeri ini kerana terlibat dengan kes jenayah narkotik mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 39 A (2) akta yang sama sepanjang Januari hingga September tahun ini.

PULAU PINANG 22 Okt. 2010 - Polis berjaya membongkar kegiatan memproses dadah jenis heroin bernilai jutaan ringgit selepas menyerbu sebuah pangsapuri mewah di Lebuh Sungai Pinang 2, berhampiran Lebuh Raya Jelutong di sini, hari ini.

PEKAN 21 Okt. 2010 - Polis Pekan melupuskan sebanyak lebih 300 bahan bukti kes pemilikan dadah yang dianggarkan bernilai RM25,000 di sini, hari ini.

KOTA KINABALU 21 Okt. 2010 – Tiga lelaki berusia antara 18 dengan 37 tahun ditahan dalam tiga tangkapan berasingan di sini baru-baru ini kerana disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah jenis ketamin dan syabu.

KUALA LUMPUR 6 Okt. 2010 - Sindiket pengedaran dadah warga Afrika kini semakin sukar untuk mencari 'makan' di negara ini, menyebabkan mereka terpaksa beralih kepada penyeludupan dadah jenis ganja yang harganya lebih murah berbanding heroin dan kokain.

Jadi, renung-renungkan. Selamatkah diri kita... anak-anak kita... saudara-saudara kita sekarang ini? Macam-macam ada. Peka dan prihatinlah kepada mereka yang berada di sekeliling kita.

Muthiah : Suka makan ais krim.

Marah (ii)


-sambungan semalam-

Assalammualaikum. Apa khabar? Sedang marah? Pada siapa? Muthiah?

Huhu... 'Muthiah, tidak baik bersangka-sangka." Hmmm... Bukan... setakat bertanya. Hihi...

Baik. Sambungan entri semalam. Kata Imam Al-Ghazali tentang marah.

Punca kepada sifat marah :

  1. Bangga diri (sombong)
  2. Takjub pada peribadi sendiri.
  3. Suka bergurau-senda berlebih-lebihan dan melampaui batas.
  4. Suka bercakap perkara yang sia-sia.
  5. Suka membuat fitnah.
  6. Suka berbantah-bantah dalam sesuatu perkara.
  7. Khianat.
  8. Tamak dengan harta dan pangkat.
  9. Tidak dapat mengendalikan nafsu dan emosi.
  10. Dengki dan irihati.

;) Muthiah alu-alukan kalau ada di kalangan sahabat-sahabat yang ingin mengupas dan memberikan penerangan ~ Sampaikan walau seayat.

Jadi, bagaimana? Ayuh kita fikir dan renungkan kembali.

Ehe...


Akhbar hari ini : Kenaikan tarif elektrik. Jeng jeng jeng...

Muthiah : Cadang... kongsi... Tahu... Mahu...
Labels: 0 comments | | edit post

Marah (iii)


-sambungan semalam-

Assalammualaikum. Mulakan harimu dengan senyuman ;)

Hmmm...

Punca marah - sudah.
Kesan marah - sudah.
Penyelesaian???

Hehe... ada. Sabar. Sabar itu separuh daripada iman. Andai Muthiah terlepas pandang, boleh kongsikan info. Kan best dapat sama-sama menyebarkan kebaikan.

Persoalannya : Bagaimana hendak mengendalikan perasaan marah?

1- Membaca ta'awwudz - Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Ada kalimah, jika diucapkan nescaya dapat menghilangkan kemarahan seseorang iaitu 'A'udzu billahi minasyaithaanir rajim,'," (HR Bukhari Muslim).

2- Duduk - Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Kalau kamu marah, duduklah. Kalau tidak menghilang (marah itu), maka berbaringlah," (HR Abu Dawud).

3- Wuduk - Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Kemarahan itu datang daripada syaitan sedang syaitan diperbuat daripada api. Sesungguhnya, api bisa padam dengan air. Maka, ketika marah, berwuduklah," (HR Abu Dawud).

4- Diam - Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Ajarilah (orang lain), permudahkanlah, usah mempersuliti masalah dan andai kamu marah, diamlah," (HR Ahmad).

5- Bersujud - Solatlah sekurang-kurangnya dua rakaat. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Ketahuilah bahawa marah itu bara api bagi manusia. Tidakkah kau melihat betapa merahnya kedua matanya dan tegangnya urat darah lehernya?Maka, apabila seseorang berada di situ (sedang marah), hendaklah menempelkan pipinya ke tanah (sujud)," (HR Tarmidzi).

Ada tambahan?

Jom fikir... jom renung.

** Tentang hadis di atas, bolehlah rujuk (kepada yang lebih pakar) dan kalau ada kongsikan juga, ya:) Muthiah tidak pasti status hadis-hadis di atas (sahih atau selainnya). Apapun, ambillah yang baik. **

Kuliah hari ini : Tanda-tanda mati.


Muthiah : Tidak berdaya/ mampu memuaskan hati semua orang.
Labels: 4 comments | | edit post

Ayah! Amir nak masuk U



Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Moga-moga, sihat dan ceria hendaknya. Apa? Tidak sihat? Jangan lupa makan ubat, makanan yang berkhasiat, rehat secukupnya (jasad dan minda) dan... ingatlah ALLAH dengan zikrullah.

Hehe... Alhamdulillah. Dengan izin-NYA novel remaja pertama Muthiah sudah pun berada di pasaran. Hanya lafaz syukur yang mampu Muthiah ungkapkan. Setinggi-tinggi penghargaan juga Muthiah ucapkan kepada suami, keluarga, sanak-saudara, geng, adik-adik serta teman-teman yang banyak menyokong dan mendoakan Muthiah. Ya. Muthiah percaya kepada kekuatan doa. Muthiah yakin dengan kesabaran hati yang bisa membawa kita kepada satu kejayaan. Insya-ALLAH, apabila kita berusaha... tidak mengenal erti putus asa... tidak mengabaikan hak ALLAH dan suami (kerana Muthiah adalah seorang isteri), ALLAH pasti akan menunjukkan jalan-NYA.

Novel remaja? Ya. Novel ini sangat sesuai dibaca oleh para remaja. Tidak terkecuali juga orang dewasa. Iyalah. Kadang-kadang bahkan acap kali jiwa kita memerlukan motivasi untuk menggapai jaya. Antara kaedah yang ada ialah melalui membaca. Dengan kata lain, membaca buku yang bisa memotivasi. Insya-ALLAH... Kisah Amir sendiri dapat memberi semangat dan dorongan.



Mengisahkan seorang budak yang tidak pandai, miskin pula... berusaha keras untuk berjaya. Banyak halangan yang perlu ditempuhinya namun... dia sekali-kali tidak berputus asa. Halangan? Ya. Ayah dan abang-abangnya tidak menyokong. Kata Pak Lah, "Keturunan kita bodoh-bodoh belaka." Tidak!!! Amir mampu mengubah nasib keluarga. Amir hendak jadi doktor, macam Abang Amar dan Dr. Nizul.

Hehe... selanjutnya? Bolehlah dapatkan novel ini di pasaran. Moga-moga, sedikit sebanyak akan mendapat manfaat daripadanya.

Selamat membaca ;)

Kata hati : Tidak lupa juga ucapan terima kasih ini ditujukan buat Ida, Aisyah dan Buku Prima kerana telah memberi peluang kepada Muthiah sehingga terhasilnya novel Ayah! Amir nak masuk U.

** Bagi yang meminati novel ISLAMIK, boleh belek-belek juga Mencari Naurah di pasaran ;) **

Muthiah : Abe... Muthiah nak masuk U ;)