Sekali-kali TIDAK BERPUTUS ASA!

Motivasi petang...


Sekali-kali TIDAK BERPUTUS ASA!

Masjid VS Royal Court VS Cinema blablabla

Assalammualaikum...

Terjumpa gambar di atas di Facebook. Mungkin ada benarnya (bukan mungkin, memang benar pun). 

Persoalan yang bermain di minda...

Adakah aku berdiri bersama orang sedikit yang menuju ke masjid itu?


Fikir dan... bertindak!
Labels: 0 comments | | edit post

Titipan buat sang suami/ isteri...

Tertarik dengan hadis ini...




Wahai para suami, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Suami yang beriman tidak boleh membenci isterinya yang beriman. Jika ada sesuatu yang tidak disukai dari si isteri, maka si suami seharusnya mencari sesuatu yang disukai darinya.” (HR Muslim)

Wahai para isteri, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Seorang perempuan yang menegakkan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, dan mematuhi suaminya akan memasuki syurga melalui pintu mana saja yang disukainya”. (HR. Bukhari dan Muslim)

Sama-sama kita fikir dan renungkannya...

Infak | Pusat Tahfiz Al Amin


Antara amalan sunnah ialah bersedekah. Jom infak. Moga amal kita diterima ALLAH, insya-ALLAH :)

Jom hidupkan sunnah

Assalammualaikum. Mulakan hari kalian dengan...

  • mengingati ALLAH.
  • senyum ikhlas.
  • memaafkan orang yang mengguris (serah segalanya pada penghitungan ALLAH).
  • tanamkan tekad dalam hati, ' Segala apa yang kulakukan adalah kerana ALLAH.'
  • berazam untuk menjadi hamba ALLAH yang terbaik.
  • hindari mengumpat, memfitnah, menyakitkan hati orang lain.
  • berhati-hati dengan sumber rezeki. Pastikan HALAL!

Okey. Lagi empat minit sebelum kembali menulis...

Jom... jika tidak mampu buat semua, jangan tinggal segalanya..


Sudah menunaikan Solat Dhuha?
Labels: 0 comments | | edit post

Budaya | Pemandu di Jepun

Assalammualaikum. Blog bersawang lagi. Ehe. Sebenarnya, dari Sabtu lepas sampai semalam, rumah Muthiah dikunjungi tetamu. Maka, bercuti menulis manuskrip... bercuti juga mengemaskini blog. Moga ALLAH bersihkan hati, juga mengampunkan segala dosa.

Okey. Santai petang ini...



Moga kita semua berjaya dalam segala lapangan kerja yang kita lakukan, insya-ALLAH, Amiin.
Labels: 0 comments | | edit post

Pengabaian terhadap Bahasa Melayu (3)

Kita mungkin bukan pakar bahasa tetapi kita cuba yang terbaik untuk memartabatkan bahasa kita. Bahasa jiwa bangsa.

Pengabaian terhadap Bahasa Melayu (2)


Kita mungkin bukan pakar bahasa tetapi kita cuba yang terbaik untuk memartabatkan bahasa kita. Bahasa jiwa bangsa.

Pengabaian terhadap Bahasa Melayu (1)


Kita mungkin bukan pakar bahasa tetapi kita cuba yang terbaik untuk memartabatkan bahasa kita. Bahasa jiwa bangsa.

Tahniah | Sasterawan Negara ke-12

Foto : Laman web DBP

Sekalung tahniah Muthiah ucapkan kepada YBHG. DATO’ HAJI BAHARUDDIN ZAINAL (BAHA ZAIN) kerana diumumkan sebagai Sasterawan Negara ke-12 oleh YAB Timbalan Perdana Menteri.

Ekspo Kelantan 2013


Tarikh : 15 - 17 Mac 2013
Tempat : Perkarangan Kompleks Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam
Masa : 10.00 pagi - 12.00 malam
Labels: 0 comments | | edit post

Sahabat

Assalammualaikum. Huh! Terkejut sendiri tengok blog yang bersawang. Banyak sebenarnya yang hendak dikongsikan tetapi masa sangat mencemburui. 




Sahabat yang baik...
  • sahabat yang sentiasa mendoakan kebaikan buat sahabatnya.
  • bersangka baik terhadap sahabatnya.
  • apabila sampai berita negatif tentang sang sahabat, dia berusaha menyelidiki kebenarannya.
  • dia ada ketika sang sahabat sedang tertawa mahupun menangis resah.
  • menyayangi sahabatnya sepertimana dia menyayangi dirinya sendiri.
  • menegur kesalahan sahabatnya (dengan hikmah), bukan membiarkan dia dalam dosa dan noda.
  • tidak betah membiarkan sang sahabat berada dalam kesusahan, sedang dia sendiri tidaklah sesenang mana.
  • mengajak sang sahabat mendekat dan terus menghampirkan diri kepada TUHAN-nya.
  • tidak akan mengguris hati sahabatnya dengan sengaja.
Okey. Cukup setakat ini.

Salam sayang buat semua sahabat :)
Labels: 0 comments | | edit post

Erti bahagia..

Assalammualaikum, semua. Moga kita semua dirahmati ALLAH selalu. Apa macam? 

Kita merancang. Kita berusaha keras. ALLAH sebaik-baik Penentu dalam kehidupan.

Usaha + Doa + Tawakal = KEJAYAAN. 

Berjaya ini banyak macam...

  • berjaya mencapai matlamat/ impian/ cita-cita.
  • berjaya dalam tawakal. Dengan kata lain, kita menerima ketentuan ALLAH dengan redha kerana sesungguhnya DIA lebih tahu apa-apa yang terbaik untuk diri kita.
-----

Dalam hidup ini, apakah yang bisa membuatkan kita berasa bahagia.
  • Duit yang banyak? Macam mana pula halnya jika dalam masa yang sama kita tidak punya teman yang setia? Tubuh badan yang tidak sihat?
  • Rumah besar... kereta besar... bini cantik... anak-anak ramai? Macam mana pula halnya jika rumah itu tidak diimarahkan dengan ketaatan kepada TUHAN yang mengurnia rezeki? Kereta pula tidak digunakan ke jalan yang diredhai ALLAH? Isteri cantik tetapi menyediakan saham dosa buat diri kita (sebab tidak tutup aurat contohnya)?
  • Jawatan yang besar... gaji yang tinggi... disanjung dan dipuja? 
Jom kita fikir sama-sama... apakah erti bahagia yang sebenar?

Foto : Sekadar gambar hiasan.
  • Apabila diri dekat dengan ALLAH. Jasad takut untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan kemurkaan-NYA. Apabila berbuat salah, segera memohon taubat kepada DIA. Kita tidak mahu bintik hitam itu merajai jiwa. Khuatir apabila ia memenuhi segenap ruang, payah cahaya untuk masuk ke dalamnya.
  • Apabila bahagia dengan keluarga tercinta. Susah senang dihadapi bersama... saling menerima kelebihan dan kekurangan pasangan. Apabila berhadapan dengan masalah, kita kembali kepada ALLAH.
  • Apabila dikurniai ALLAH sahabat ketawa dan menangis bersama. Susah, bukan? 
  • Apabila tiada hutang sekeliling pinggan. Orang berhutang ada dua. 
  1. Dia berhutang dan dia tidak punya niat untuk melangsaikan hutangnya. 
  2. Dua, dia berhutang dan dia berusaha keras untuk membayar hutang yang dibuat. 
Ingatlah (bagi yang pertama)... sejauh mana pun kita lari, kita tetap tidak dapat mengelakkan diri daripada penghitungan-NYA.

Banyak lagi sebenarnya tetapi cukuplah untuk hari ini. Moga kita sentiasa berwaspada dengan ujian DUNIA kerana sesungguhnya... hidup ini tidak lama.
Labels: 0 comments | | edit post