Mencari Naurah (Bab 11)

ALLAHU Akbar Allahu Akbar...

Kedengaran azan berkumandang. ‘Ramai sungguh jemaah hari ini, Alhamdulillah,’ aku berkata di dalam hati. Kulihat Kak Rose sedang khusyuk membaca al-Quran. Begitu juga dengan Emelda, Marjan, Nurul Izzah, Noni, Yana dan Mimi. Aku tersenyum sendiri.

Sesudah berbuka puasa tadi, aku dan adik-adik solat berjemaah di dalam bilikku. Khuatir tidak sempat sembahyang berjemaah bersama imam, kami memutuskan untuk solat bersama-sama di dalam bilik. ‘Asalkan dilakukan secara berjemaah, ganjarannya tetap 27 kali ganda,’ fikirku. Hatiku menjadi sayu tatkala Fatishah mengalunkan ayat suci al-Quran pada rakaat kedua solat maghrib. Tanpa sedar, air mataku gugur ke bumi. Betapa kerdilnya aku di sisi TUHAN.

Kalimah ALLAH itu terngiang-ngiang dalam pemikiranku, ‘Bukankah Kami telah melapangkan dadamu? Dan Kami telah menghilangkan bebananmu. Yang memberatkan pundakmu. Dan Kami tinggikan sebutan namamu. Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.

Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka, apabila kamu telah selesai sesuatu urusan, kerjakanlah dengan bersungguh-sungguh urusan yang lain. Dan hanya kepada TUHAN-mu hendaknya kamu berharap...’

Di dalam surau, mataku tertumpu pada satu susuk tubuh yang sering aku perhatikan. Itulah Fasha. Gadis kacukan dari Pulau Pinang ini sememangnya menjadi bualan para pelajar di kolej mahupun kampus. Siapa tidak kenal anak Dato’ Khairy? Kecantikannya tiada tandingan. Ditambah dengan penampilannya yang agak kebaratan, membuatkan dia mudah dikenali. Alhamdulillah... dia masih sudi menjenguk surau yang serba kekurangan ini. Manis sungguh dia mengenakan baju kurung. Lagi manis jika ada tudung yang menutupi kepalanya.

Entahlah... manusia sering kali melupakan TUHAN tatkala merasa senang dan berjaya. Namun, apabila memerlukan TUHAN-nya, dia tidak malu untuk mencari PENCIPTA. ALLAH sekadar diingati saat sukar dan dibuang jauh-jauh setelah memperolehi apa yang diidamkan.

Tahun sudah juga begini. Tatkala tiba musim peperiksaan, penuhlah surau. Sayu-sayu kalimah ALLAH dialunkan. Jika tidak, untuk memenuhkan satu saf pun agak sukar. Lebih-lebih lagi pada hujung minggu. Kadang-kadang, hanya aku dan Kak Rose yang menjadi makmum. Yang lain, entah ke mana...

Sedih dibuatnya. Syaitan pasti ketawa riang melihat umat Muhammad yang semakin lupa dan lalai. Jika Israel menggunakan kekuatan senjata untuk menzalimi umat Islam Palestin, iblis yang dilaknat ALLAH tidak memerlukan bala tentera yang besar untuk menghancurkan musuhnya. Hanya perlu berusaha keras menjadi teman akrab buat makhluk yang bernama manusia. Dia perlu membuatkan hamba ALLAH ini alpa terhadap peranan mereka yang sebenarnya di atas muka bumi ini. Peranan? Ya... setiap hamba ALLAH memikul amanah sebagai khalifah ALLAH. Mereka bertanggungjawab memakmurkan alam, mengabdikan diri kepada-NYA serta mengajak manusia lainnya kepada PENCIPTA.

‘Astaghfirullah al-azim,’ aku beristighfar. Hidayah itu daripada ALLAH. Aku seharusnya bersyukur kerana dipilih-NYA untuk terus mendapat tarbiah ILAHI. Mana boleh aku beranggapan yang bukan-bukan terhadap orang lain.

Tanpa izin ar-Rab, sudah tentu aku tidak akan menjejakkan kakiku ke sini. Tanpa izin-NYA juga, belum tentu aku akan berada di atas jalan ini. Jalan yang benar untuk pergi kepada-NYA. Argh! Aku sering kali lupa terhadap kekuasaan-NYA.

‘Jika ENGKAU menyeksa mereka, maka sesungguhnya mereka adalah hamba-hamba ENGKAU. Dan jika ENGKAU mengampuni mereka, maka sesungguhnya ENGKAU Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana...’ aku merintih sendiri.

“Assalammualaikum...”

Aku ditegur seseorang. Macam kukenal suara ini. Senyuman terukir di bibirku.

“Waalaikumussalam, adik akak,” jawabku lantas mencium dan memeluk Ifti. “Sihat ke?” aku memulakan bicara.

“Alhamdulillah... dah baik sikit tetapi tetap tidak dapat fokus belajar lagi. Ifti cuma rasa tenang,” jawabnya.

“Baguslah kalau begitu. Ada berapa kertas lagi?” aku menepuk-nepuk bahunya perlahan.

“Lagi tiga kertas. Esok, hari Selasa dan Jumaat hadapan,” dahi Ifti sedikit berkerut,mengingati jadual peperiksaan.

“Hmm... masih ada ruang. Tak apa, ambil masa dan tenang. Bahagikan masa untuk belajar dan bertemu TUHAN. Tahajjud macam mana?” Tidak henti-henti aku bertanya. Moga-moga tidak menimbulkan tekanan buatnya. Aku bukannya mahu menekan.

“Hmm...” Ifti diam seketika.

“Mungkin sebab itu agaknya Ifti rasa stres. Sebenarnya sudah lama Ifti tidak bangun tahajjud. Ifti berjaga malam untuk belajar sampai jam 3.00 pagi. Kemudian, baru tidur dan lewat mengerjakan solat subuh. Sejak dua minggu ini, memang Ifti hentikan ibadah-ibadah sunat, buat yang wajib-wajib sahaja,” Ifti berterus-terang. Dia nampak kesal dengan apa yang berlaku.

“Tak apa. Nama lagi manusia. Kadang-kadang kita terlupa. Sebab itulah pentingnya kehadiran teman-teman yang boleh mengingatkan. Alhamdulillah.... Ifti pun dah sedar, bukan?” pujukku lembut. Anak matanya kupandang tepat.

“Mungkin sebab Ifti takut sangat dengan peperiksaan. Lagipun, ini kali pertama... tidak sama peperiksaan waktu sekolah dengan universiti...” tambah Ifti lagi.

“Harapan ibu terlalu tinggi. Lebih-lebih lagi, dalam keluarga Ifti seorang yang berjaya belajar sampai ke menara gading. Mungkin sebab itu Ifti jadi semakin stres,” terpamer kedukaan pada wajah Ifti yang lesu.

Aku tunduk sebentar. Setelah ayah dan ibunya berpisah dua tahun lalu, kehidupan keluarga Ifti mulai goyah. Dua orang abangnya ditangkap sewaktu mengedar dadah manakala kakaknya pula ditemui sedang khayal bersama teman lelakinya. Mereka ditemui positif dadah jenis syabu dan heroin. Seorang adik lelakinya bekerja di Seven Eleven dan tiga orang lagi masih bersekolah rendah.

Begitu perit penderitaan yang ditanggung, namun Ifti nampak tabah mengharungi ujian. Dia redha dengan ketentuan TUHAN. Pertama kali bersua muka dengan Ifti sewaktu Minggu Tautan Kasih awal semester lalu, sudah terdetik rasa kasih dan sayang kepadanya. Aku sendiri tidak tahu mengapa tetapi rasa cinta ini hadir sendiri. Hatiku berkobar-kobar untuk mendekatinya.

Begitu besar kasih TUHAN. Dia sama sekali tidak akan membiarkan makhluk-NYA hidup keseorangan. Aku dihadirkan dalam hidup Ifti sebagai wasilah bagi ALLAH mencurahkan kasih sayang-NYA buat manusia ciptaan-NYA. Agar ia terus berada di atas landasan yang benar. ALLAH itu Maha Adil terhadap sesuatu. Hanya kita yang tidak dapat menilai keadilan dan kesaksamaan-NYA.

Kita merasakan ALLAH itu tidak adil, tidak memakbulkan doa, tidak dan tidak. Kita lupa dengan apa yang telah ALLAH berikan kepada kita. Kita tidak berpuas hati dengan mata yang kita kira tidak cantik tetapi kita lupa bahawa kita masih boleh melihat. Kita tidak berkenan dengan kulit yang tidak gebu namun kita lupa bahawa kita telah diberi ruang oleh ALLAH untuk hidup di atas muka bumi ini. Itulah manusia yang sering kali lupa dan alpa.

“ALLAH itu Maha Dekat denganmu, sayang.”

Ifti memandangku sekilas lalu tersenyum dan meneruskan bacaannya.

“Akak betul-betul sayang Ifti kerana ALLAH,” aku berkata lagi lantas memeluk dan mencium pipinya.

Ifti hanya tersenyum.

~bersambung~

Atau dapatkan Mencari Naurah di pasaran segera ^^

Sebagai manusia, kita tidak suka __________ :

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah... Alhamdulillah. Baik-baik sahaja.

Makan .... okey.
Pakai... okey.
Minum... okey.
Mood... okey.
Cuma ada sesuatu yang asyik mengganggu jiwa. Apa? Ehe. Biarlah rahisa ^^

Kesimpulannya :

Syukuri nikmat yang ada ~

Jika kita rasa kita susah, ada yang lebih susah daripada kita.
Jika kita rasa kita kaya, ada yang lebih kaya daripada kita.

Jadi, jom banyakkan berinfak bagi membersihkan hati dan harta kita ^_____^


Baik. Kita terus kepada entri hari ini.

Jeng jeng jeng...

Sebagai manusia, kita tidak suka __________ (Sila bulatkan pada nombor) :

1) Orang mengata/ memfitnah kita.
2) Orang bersangka buruk dengan kita.
3) Orang bercakap kasar dengan kita.
4) Orang tidak jujur/ bercakap bohong/ menipu kita.
5) Orang memandang kita dengan pandangan tajam.
6) Orang ambil barang/ hak kita.
7) Orang tidak bayar hutang/ pau duit kita.
8) Orang kutuk kita/ orang yang kita sayang.
9) Orang mengada-ngada dengan suami/ isteri kita.
10) Orang tidak menghormati kita.
11) Orang mengongkong kita.
12) ______________ (sila tambah sendiri sebanyak mana yang anda suka).

Sebagai manusia, orang tidak suka ___________ :

1) Kita mengata/ memfitnah.
2) Kita bersangka buruk.
3) Kita bercakap kasar.
4) Kita tidak jujur/ bercakap bohong/ menipu.
5) Kita memandang orang lain dengan pandangan tajam.
6) Kita ambil barang/ hak orang lain.
7) Kita tidak bayar hutang/ pau orang lain.
8) Kita kutuk orang lain/ insan-insan yang mereka sayang.
9) Kita mengada-ngada dengan suami/ isteri orang.
10) Kita tidak menghormati orang lain.
11) Kita mengongkong.
12) ______________ (sila tambah sendiri sebanyak mana yang anda suka).

Kesimpulannya :

  • Kita tidak suka orang buat pada kita, kita jangan buat pada orang lain.
  • ALLAH Maha Teliti Penghitungan-NYA. Orang yang teraniaya tidak minta tetapi keadialan ALLAH Maha Saksama.
  • Banyakkan bersabar dalam menempuh sesuatu yang tidak menyenangkan... Bersabar juga dalam menahan diri daripada melakukan sesuatu yang merugikan.
Muthiah : OK. Masa untuk masak ^____^

Menantu hantu

LATIFAH mendengkus perlahan sambil memejamkan matanya rapat-rapat. Hatinya benar-benar sakit. Macam sedang dibakar api yang tengah marak. Wajah Shamsiah pula sedari malam tadi tidak henti-henti mengganggu benaknya. Senyuman wanita itu sungguh-sungguh menyiat hati. Latifah tidak suka!!!

“Apa pasal pula, Cikgu Tipah oi?” Soal Juhara pendek. Sejak dari awal pagi, kawan baiknya ini tampak seperti cacing kepanasan. Itu tidak kena. Ini tidak kena. Wajahnya pula mencuka macam baru dapat surat saman daripada Encik Polis Trafik.

Latifah membuka matanya luas-luas lalu mendongak sedikit ke arah Juhara yang tidak berkedip memandangnya. Dia mendengus lagi. Susah. Payah benar hendak memahamkan semua orang. Hanya dia yang dapat menyelami hatinya.

Hanya dia yang mengerti. Hanya dia yang tahu. Latifah menarik nafasnya panjang-panjang.

Juhara menggeleng laju. “Pasal menantu kamu si Shamsiah itukah, Tipah?” Dia diam sejenak.

“Sudah-sudahlah, Tipah. Tidak baik fikir yang bukan-bukan. Nanti, kau sendiri yang sakit satu badan. Bukan setakat badan, mental kau pun terkena impak sama. Daripada kamu terkenangkan si Shamsiah, lebih baik kamu perah otak cari idea untuk meningkatkan prestasi pelajar-pelajar sekolah kita. Ada juga faedahnya,” tambah Juhara panjang lebar. Sebenarnya, dia pun sudah naik muak melayan fiil Latifah yang kadang-kadang mengalahkan wanita yang hendak menopaus. Walhal, umurnya baru 46 tahun.

Wajah Latifah berubah kemerahan. Sudahlah dia sedang panas dek mengenangkan menantu bukan pilihan. Tup-tup, Juhara pula menuang minyak ke atas api yang sedang membara. Bertambah panaslah dia.

“Kau apa tahu, Jora. Aku mertua dia. Aku lebih kenal dengan dia. Sebelum si Khalid bernikah dengan budak Shamsiah, berjurus sahaja anak jantan aku. Sejak berkahwin, lupa terus dia pada emaknya,” kata-kata Latifah terhenti di situ.

Kemudian, dia menyambung lagi, “Ini semua mesti disebabkan oleh bini dia yang queen control tu. Itulah. Aku suruh kahwin dengan anak Cikgu Zakiah, dia tidak mahu. Kalau tidak, senanglah sedikit. Kahwin dengan orang sekampung. Kerja kerajaan. Anak orang kaya pula. Bapak mentua orang besar. Bolehlah juga dia hendak menumpang senang. Aku pun dapatlah merasa sekali.”

Juhara menggeleng lagi. Payah. Susah betul hendak bercakap kalau begini. Latifah bukannya mahu mendengar. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Alih-alih, kisah menantu yang tidak menyenangkan hati juga yang dicanangnya ke sana dan ke mari. Ada sahaja yang tidak kena pada mata Latifah. Sampai rupa menantu yang dilihatnya tidak menawan pun boleh dijadikan isu besar.

“Sudah-sudahlah, Cikgu Tipah. Tidak baik. Sebagai ibu, kau patut mendoakan kebahagiaan anak dan menantu kau. Bukan berfikir dan bercakap yang bukan-bukan tentang mereka. Shamsiah tu sudah menjadi ahli keluarga kau. Beringat-ingatlah juga,” balas Juhara tidak puas hati. Iyalah. Bukan dia tidak kenal dengan Shamsiah, menantu sulung Latifah. Baik budi pekertinya. Bukannya tidak ada rupa. Kalau kena pada solekannya, boleh mengalahkan Maya Karin. Entahlah. Payah hendak memahami isi hati cikgu Bahasa Malaysia yang sudah mendekati usia separuh abad ini.

Latifah menceber. Mulutnya memuncung macam itu serati. Tidak cantik langsung. “Menantu kau cakap, Jora. Menantu hantu, adalah. Tidak sanggup aku. Sudahlah kerjanya memperabis duit anak aku. Ben…”

Belum sempat Latifah menghabiskan kata-katanya, telefon bimbitnya berdering nyaring. Dahinya berkerut. Kacau daun betul. Latifah lalu melihat jam pada pergelangan tangannya. Baru pukul 1.05 petang. Lambat lagi habis waktu sekolah. Petang ini pula ada kelas tambahan untuk murid-murid darjah 6. Ah!!!

Latifah pun mengambil telefon bimbitnya yang disimpan di dalam tas tangan. Namun tidak semena-mena, matanya membulat. Muncungnya semakin panjang.

“Siapa?” Soal Juhara pendek.

Latifah merenung tajam anak mata Juhara seraya menjawab, “Siapa lagi? Menantu hantu akulah yang telefon. Tiap-tiap bulan, mesti telefon. Kononnya hendak bertanya khabar. Walhal, aku tahu benar yang budak Shamsiah tu mahu perabis duit anak aku. Daripada dia telefon aku, baik suruh si Khalid tambah duit yang dia bagi bulan-bulan.” Marah benar nampaknya Latifah kepada menantunya yang seorang itu.

Juhara menggeleng. Tidak ada gunanya dia berbalas cakap dengan Latifah. Wanita itu bukannya tahu hendak mengalah. “Yalah. Yalah. Suka hati kamulah, Tipah. Rasa hati kamu. Aku pula lain ceritanya…” dia terdiam sejenak.

“Hendak harapkan Noraini menelefon, macam tunggu kucing tumbuh tanduk. Setahun sekali pun payah. Akhir sekali, aku juga yang menelefon dia bertanya khabar. Hendak buat macam mana? Ada menantu, sibuk memanjang. Kerjanya banyak. Sampaikan masa Pak Jamil kemalangan motosikal hari itu pun dia tidak sempat menjengah.” Sayu pula Juhara meluahkan rasa hatinya.

Iyalah. Anak Juhara ada lapan orang semuanya. Tujuh perempuan dan seorang anak jantan. Daripada lapan orang anak, Sharifuddinlah satu-satunya yang dapat masuk universiti, boleh kerja elok. Alhamdulillah. Juhara suka hati benar. Menantunya pula kerjanya hebat. Siapa yang tidak berasa bangga? Dapat menantu bekerja sebagai doktor perubatan di hospital kerajaan. Namun…

Lain yang diharap, lain pula yang terjadi. Jarang benar anak nombor tiganya itu hendak bertanya khabar. Menjengah apatah lagi. Walaupun duit buatnya dimasukkan bulan-bulan, bukan itu yang diharap sangat oleh Juhara. Duit boleh dicari tetapi kasih sayang sang anak??? Entahlah. Biarlah… biarlah. Asal anak terunanya itu bahagia, dia sudah cukup gembira meski terdetik juga sekali-sekala rasa terkilan di dalam jiwa.

Latifah menepuk paha Juhara perlahan. “Buat apa engkau hendak sedih? Duit bulan-bulan, anak kau masukkan. Bukan seratus dua tetapi lima ratus. Menantu pula orang kaya. Kalau aku, kembang hidung tidak kempis-kempis sampai ke sudah,” ujarnya lembut.

Juhara menggeleng lagi. “Sudah-sudahlah. Angkat telefon tu dulu. Tidak baik biar menantu kamu tu menunggu lama,” katanya lalu beredar dari situ. Jika tidak, sampai ke sudah Latifah tidak akan berhenti membebel tentang menantunya.

Latifah mendengkus perlahan. ‘Bukan menantu. Menantu hantu!’ Hati kecilnya menjerit kuat. Hendak tidak hendak, Latifah pun menekan butang menjawab panggilan telefon.

“Assalammualaikum, mak,” ucap Shamsiah lembut.

Latifah menarik nafasnya panjang-panjang. Mak? Suara itu telah membuatkan darahnya naik serta-merta. Jantungnya berdegup kencang. Rasa benci dan menyampah membuak-buak.

“Assalammualaikum, mak. Mak sihat?” Soal Shamsiah lagi. Meskipun mertuanya sering bersikap acuh tidak acuh terhadap dirinya, dia tetap cuba untuk menambat hati wanita itu. Lagipun, Puan Latifah bukanlah orang lain. Emak suaminya juga.

Latifah menghembus nafasnya perlahan. “Waalaikumussalam. Ada apa kamu telefon ni? Mana Khalid? Sudah tidak reti menelefon emaknya sendiri?” Balasnya dengan suara yang sedikit meninggi.

Shamsiah cuba mengukir senyum. Hanya itu yang mampu dilakukan setiap kali dia terasa hati dengan emak mertuanya, sebagai terapi untuk membujuk hatinya sendiri. Hanya redha ALLAH dan suami yang diharapkannya. Bagi Shamsiah, apabila suaminya gembira melihat dia yang berhubung baik dengan sang ibu, ALLAH pasti suka. Apabila ALLAH suka, insya-ALLAH… ada ganjaran buatnya kelak. Tidak di dunia, pada hari akhirat satu hari nanti. Apa yang penting, dia perlu istiqamah menjadi isteri dan hamba ALLAH yang terbaik.

“Mak sihat?” Shamsiah menyoal lagi tanpa menjawab pertanyaan ibu mertuanya.

Kali ini, Latifah mendengkus kuat. “Inilah menantu zaman sekarang. Orang tua bertanya, tidak reti hendak menjawab. Mana Khalid? Tidak reti hendak menelefon emak dia sendiri?” Kata-katanya terhenti di situ.

“Atau… kamu yang tidak izinkan dia menghubungi emaknya sendiri. Sudah-sudahlah berlakon baik, Shamsiah oi. Aku tahu benar agenda engkau. Tidak payah hendak tunjuk jadi menantu yang baik,” tambahnya lagi kasar.

Lidah Shamsiah tidak semena-mena menjadi kelu. Walaupun sudah lali dengan layanan buruk emak mertuanya, hatinya tetap mahu tersentuh dengan kata-kata yang cukup pedas itu. Dia menelan air liurnya seraya menjawab, “Abang Khalid sibuk sedikit, mak. Esok, syarikatnya akan melancarkan produk baru. Sebagai pegawai pemasaran, banyak yang perlu Abang Khalid lakukan.” Terdapat sedikit getaran pada hujung suaranya.

“Iyalah. Macam mana anak aku tidak banyak kerja? Ada isteri pun, tidak membantu langsung. Belajar tinggi-tinggi, duduk di rumah juga. Kau tidak kasihankah pada suami kau, Shamsiah? Hendak tanggung kau lagi. Sewa rumah pun dia bayar. Bil itu dan ini. Hutang sana sini. Memanglah tanggungjawab dia sebagai suami tetapi kamu pun, bertimbangrasalah juga. Nanti, tidak panjang umur anak aku sebab tertekan dapat bini macam kau,” panjang lebar pula Latifah meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya.

Shamsiah tersentak. Kata-kata si ibu merupakan satu doa buat sang anak. Apabila si ibu berbicara yang bukan-bukan, macam mana sang anak hendak bahagia dan berjaya? Air matanya menitis setitik demi setitik di pipi. Sebak benar dia mendengar kata-kata itu.

“Baiklah, mak. Saya hendak keluar sekejap. Rancangnya, kami hendak balik kampung hujung minggi ini. Nanti, kita sambung berbual lagi. Jaga diri baik-baik, mak,” tutur Shamsiah dengar tidak dengar. “Ass…”

Belum sempat dia menghabiskan ucapan salamnya, Latifah terus menekan butang telefon. Menandakan dia hendak menamatkan bualan. Shamsiah terkedu. Sampai begitu sekali ibu mertuanya tidak sukakan dia. Shamsiah tunduk merenung lantai. Tanpa diduga, air matanya mengalir laju. Shamsiah sudah tidak mampu menahan rasa lagi…

LATIFAH tersenyum memandang nasi dan lauk-pauk yang sudah siap dimasak di atas meja makan. Sekejap lagi, anaknya Khalid akan balik. Suka benar Latifah. Ada sesuatu yang ingin disampaikan kepadanya.

Sedang asyik Latifah melayan perasaannya sendiri, loceng rumahnya berbunyi. Senyumnya yang sedia lebar semakin melebar. Cepat-cepat Latifah berjalan ke hadapan rumah untuk menyambut kepulangan anak teruna kesayangan.

“Assalammualaikum,” ucap satu suara dari luar rumah.

Langkah Latifah tidak semena-mena terhenti. Wajahnya yang tadinya tersenyum ceria terus mencuka. ‘Alahai, menantu hantu aku pun datang juga. Buat apa? Buat habis beras aku sahaja!’ Dia membentak di dalam hati.

“Waalaikumussalam. Masuklah, Lid. Mak sudah siap masak makanan kegemaran kamu,” Latifah terdiam sejenak. Dahinya berkerut. “Kenapa kurus benar kamu sekarang? Bini tidak bagi makankah? Itulah. Cari bini tidak pilih betul-betul,” sambungnya lagi sedikit sinis.

Shamsiah dan Khalid saling berpandangan. Terkejut agaknya dengan kata-kata spontan Latifah. “Bukan tidak bagi makan, mak. Makan secara berhemah. Baru sihat,” Khalid cuba mempertahankan isterinya. Dia memandang Shamsiah sekilas, kemudian berkalih ke arah emaknya semula.

Latifah mendengus perlahan. “Iyalah, iyalah. Menangkanlah bini kamu tu. Mak saja yang salah…” kata-katanya terhenti lagi. Kemudian, Latifah menyambung, “Begini, Lid. Kamu ingat anak Cikgu Zakiah yang rapat dengan kamu masa kecil dulu?” Nampaknya, Latifah tidak menyempat untuk membuka cerita.

Dahi Khalid berkerut seribu. Anak Cikgu Zakiah? Ainulkah? “Kenapa, mak?” Soalnya tanpa menjawab pertanyaan emaknya.

“Cikgu Zakiah kamu tu beritahu mak, sekarang sudah naik pangkat. Baru tiga tahun bekerja, sudah dapat gred 44. Bertuah badan. Beruntunglah siapa-siapa yang dapat jadi suami dia. Sudahlah belajar dekat luar negara, tidak duduk di rumah saja-saja,” Latifah memberitahu panjang lebar sambil mengerling ke arah Shamsiah yang sedang tunduk memandang lantai.

Khalid mengangguk-angguk. “Okey,” balasnya pendek.

Mata Latifah membulat. “Okey sahaja???” Soalnya pantas.

Khalid benar-benar keliru. Entah apa yang sebenarnya hendak disampaikan oleh emaknya, dia pun tidak tahu. “Iyalah, mak. Okeylah dapat naik pangkat. Baguslah tu,” dia berkata sejujurnya.

Latifah menghembuskan nafasnya perlahan. “Kamu pun sudah berkahwin lebih satu tahun. Anak pula tidak ada lagi. Hendak kata kamu yang mandul, mustahil. Mak rasa, ada baiknya kamu bernikah dengan Ainul. Teringin juga mak hendak ada cucu,” Latifah mencadangkan tanpa berbasa-basi lagi.

Shamsiah terkedu. Begitu juga dengan Khalid. “Sebenarnya, ada be…”

Belum sempat Khalid bersuara, Latifah menambah lagi, “Cepat-cepatlah kamu buat keputusan. Kalau kamu mahu, mak akan pinangkan terus budak Ainul tu. Si Zakiah pun tidak kisah jika anaknya bernikah dengan duda.”

Kali ini, mulut Khalid ternganga luas. Duda? Bila masa pula dia menceraikan isterinya. Sampai sekarang, hidupnya aman bahagia dengan Shamsiah. Tidak timbul isu cerai atau mahu berpoligami. Khalid segera berkalih ke arah Shamsiah. Nampaknya, wanita itu sudah berjalan laju keluar dari rumah. Dia tahu, Shamsiah benar-benar terasa. Hatinya tentu sedang sakit bagai diguris belati tajam. Khalid pasti benar!

Tanpa lengah, Khalid segera mengejar isterinya dari belakang. Sejak akhir-akhir ini, emosi Shamsiah tidak berapa stabil. Wanita itu mudah benar tersinggung dan cepat pula mengalirkan air mata. Maklumlah, isterinya yang dikatakan mandul ini sedang mengandung enam minggu! Namun tiba-tiba…

Kedengaran bunyi berdentum dari luar rumah. Khalid terpana. Dia terbayangkan Shamsiah yang sedang rawan hatinya. Entah kenapa, jantungnya berdegup kencang.

“Masya-ALLAH!” Jerit Khalid dari hadapan rumah. Isteri kesayangannya itu telah ditimpa musibah!!!

Latifah yang masih tercegat di muka pintu tercengang. Matanya terbuka terkatup beberapa kali. Lambat-lambat, dia berjalan menghampiri Khalid. Dahi Latifah berkerut. Dia berundur setapak. Darah pekat yang mengalir di kepala Shamsiah membuatkan dia kecut perut. Tudung yang dipakai menantunya tampak lenjun dengan darah merah.

“Itulah akibatnya tidak hormat pada mak mertua. Orang tua cakap, berlalu begitu sahaja. Tengok! Sudah kena langgar lari. Inilah balasannya…”

Wajah Khalid berubah kemerahan. Sudah jadi begini pun emaknya masih mahu menyalahkan Shamsiah? Jika dia berada di tempat isterinya, dia pun pasti akan melakukan perkara yang sama bahkan mungkin lebih teruk daripada itu.

“Sudah-sudahlah, mak…” kata-katanya terhenti di situ. Keadaan isterinya agak parah. Dia perlu mencari sesuatu untuk menutup kepala isterinya. Darah yang berterusan mengalir boleh mengancam nyawanya. Bukan Khalid tidak tahu.

Namun, baru sahaja Khalid hendak melangkah, Shamsiah memanggilnya dengan suara yang tersekat-sekat, “Abang…”

Khalid kembali mendapatkan isterinya. “Sayang…”

Nafas Shamsiah terputus-putus. Dia cuba membuka matanya memandang Khalid yang tidak berkedip merenungnya. “Abang…” kata-kata Shamsiah terhenti lagi.

“Ya, Sayang. Bertahan, Sayang. Abang pergi ambil kain dan telefon ambulans,” balas Khalid pula.

Shamsiah menggeleng. “Maafkan Ayang, Bang. Ma…” Shamsiah menarik nafasnya kuat. Matanya membulat memandang langit. “ALLAH…” Sejurus selepas itu, Shamsiah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir…

LATIFAH berjalan mundar-mandir di dalam bilik guru. Dia tampak tidak keruan.

“Kenapa, Cikgu Tipah oi? Macam beruk kehilangan anak sahaja,” soal Juhara sedikit sinis.

Latifah terus menghampiri Juhara. Dia memandang rakan akrabnya itu atas bawah seraya berkata, “Aku rindukan Khalid. Sudah lebih tiga tahun dia tidak balik rumah. Ainul pun langsung tidak menelefon aku bertanya khabar. Setidak-tidaknya, telefonlah. Aku bukannya orang lain. Mak mertua dia juga. Mak kepada suami dia,” kata-katanya terhenti di situ.

“Lagipun, sudah lebih setahun Khalid tidak kirim duit. Hendak kata bininya tidak bekerja, si Ainul tu bergaji besar. Baru tahun lepas Zakiah beritahu yang anaknya naik pangkat lagi. Tidak akanlah hendak beri pada mak sendiri pun tidak boleh?” Sambungnya lagi sedikit kecewa.

Juhara tersenyum kecil. Tidak semena-mena, wajah Shamsiah hadir di benaknya. Sudah lebih tujuh tahun dia meninggal dunia dan selama itulah dia melihat hidup Latifah serba tidak kena. Ujian TUHAN atau mungkin boleh dikatakan sebagai balasan-NYA? Iyalah. Bukankah penghitungan ALLAH itu Maha Teliti?

“Sabarlah, Tipah. Ujian TUHAN buat kamu. Banyakkan beristighfar dan berdoa kepada ALLAH…”

Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, Latifah menyampuk, “Shamsiah dahulu tidak pernah buat macam ni.” Kali ini, air matanya mengalir deras. Lebih laju daripada air terjun Sekayu, Terengganu. Wajah menantu yang sudah tiada itu tiba-tiba muncul di fikirannya.

Juhara mengeluh perlahan, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Nasi sudah pun menjadi bubur. Menyesal sampai keluar air mata darah pun, tidak berguna. “Sabarlah,” ujarnya pendek. Hanya ucapan keramat itu yang boleh dititipkan.

Tanpa menunggu balasan daripada Latifah, Juhara terus berlalu dari situ. ‘Doa kau untuk mendapat menantu hantu dimakbulkan TUHAN akhirnya, Tipah,’ hati kecilnya bersuara.

Tidak semena-mena, wajah Shamsiah hadir kembali. Sebagai manusia, dia sebenarnya simpati pada wanita itu. Moga rohnya dicucuri rahmat. Juhara tersenyum kecil lagi, buat kesekian kali…

Info : Mingguan Wanita, bil 1438.

Jika mahu jadi penulis dengan Alaf21 (v)

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Apa?? Kondisi hati tidak cukup baik? Yuk. Kita sama-sama beristighfar. Moga-moga dengan ini dapat menenteramkan hati kita yang sedang gundah-gulana.

Masih berminat untuk menjadi penulis. Jom, baca tips yang keseterusnya.


Satu lagi perkara yang amat penting : Tatabahasa, ejaan, tanda bacaan dan susunan ayat. Masih ada yang tidak pasti penggunaan koma, titik, titik bertindih, tanda seru, tanda soal, pembuka kata, penutup kata, penggunaan sendi nama dan sebagainya. Setiap anda mesti mempunyai kamus/kamus online sebagai rujukan. Jangan main agak sahaja ejaan sesuatu perkataan. Mohon kepada semua novelis, jagalah perkara-perkara ini. Jika anda dapat memantaunya dengan baik, anda sebenarnya membantu meringankan tugas editor - Puan Sa'adiah.

Info penting!

Beri perhatian kepada tatabahasa, ejaan, tanda baca dan susunan ayat.

Begitu juga dengan penggunaan koma, titik, titik bertindih, tanda seru, tanda soal, pembuka kata, penutup kata, penggunaan sendi nama dan sebagainya.

Mahu menulis??? Kamus adalah rakan akrab bagi kita ^^

Muthiah : Mahu menjadi isteri, anak, penulis dan sahabat yang berjaya di dunia dan akhirat :)

Stim ayam

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah... Alhamdulillah. Sebenarnya, ada sesuatu yang sedang bermain di dalam jiwa namun... tidak terdaya pula untuk meluahkan kepada siapa-siapa. Eleh, cakap saja tu. Petang nanti, mesti En. Suami menjadi mangsa. Tidak!!!

Ehe. Oleh sebab suami Muthiah suka benar makan masakan berkukus, hari ini... Muthiah berkongsi resipi yang Muthiah namakan sebagaikan Ayam 1Malaysia. Huh! Adakah nama resipi ini agak meletup? Atau Muthiah sengaja mahu mencari glamor walhal tetap juga tidak popular. Ehe. Ada apa pada nama? Jom... kurangkan merapu walau hati sedang tepu untuk itu ^^


Bahan-bahan

Ayam - potonglah ikut suka tetapi biarlah besar sedikit daripada biasa.

Bahan ditumbuk

5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
Sedikit halia
Sedikit lada hitam
2 biji cili api

Bahan yang dijadikan perhiasan

  • Lada benggala - dihiris
  • Lobak merah - dipotong
  • Cili api merah - dipotong
  • Tomato - dibelah 2
  • Serai - ditumbuk hujung (Maaf. Muthiah guna istilah yang Muthiah faham)
  • Kalau ada ubi kentang, belah 2 dan letak sekali. Mesti best! Ooo...
  • Kalau nak letak cendawan pun OK juga (padahal, Muthiah letak sebab hendak habiskan stok sayuran).
  • Sos tiram dan garam.
  • Limau nipis, daun bawang dan daun sup.

Cara membuatnya

  1. Mula-mula, gaul ayam dengan sos tiram. Yang ini, Muthiah tidak letak garam. Suami cakap, OK. Sedap. Muthiah pula rasa, kurang perasa (garam). Jadi, terpulang kepada lidah sendiri.
  2. Gaulkan bahan ditumbuk pada ayam.
  3. Kemudian, letak bahan-bahan perhiasan dan segala bahan yang Muthiah tulis di atas ke atas ayam. Sudah letak, kukuslah selama 45 minit.
  4. Ehe. Siap dan bersedia untuk dimakan tetapi... jangan lupa tabur daun bawang dan daun sup di atas ayam yang sudah siap dikukus ini.

Selamat mencuba ^_____^

Persoalan : Kenapa dinamakan Ayam 1 Malaysia?
Jawapan : Kerana ada 1 Malaysia dalam dunia ini. Huhu... Budak 6 tahun punya jawapan. Budak 7 tahun punya soalan. Jadi, usah ambil serius dengan nama yang Muthiah berikan.

Muthiah : Teringin hendak buat chicken chop :)
Labels: 0 comments | | edit post

Retak-retak perhubungan...


“Sejak Pak Yim melamar Hajar, dia pun berubah. Malu-malu kucing pula. Sudah tidak bermurah hati hendak belanja aku minum pagi. Makan apatah lagi. Kau pun sama. Tidak kepoh macam dahulu. Tidak ada lagi cerita tentang penyiasatan Sherlock Holmes. Nama Sir Arthur Conan Doyle pun tidak lagi kedengaran. Kadang-kadang, aku berasa sangat merindui saat-saat itu. Saat aku gaduh dengan kau. Ketika kau dan Pak Yim mengusik Hajar sampai merah pipinya. Kau tidak rasa apa-apakah, Zul?” ~ Aisyah.

Ayuh dapatkan Air Mata Siti Hajar di pasaran sekarang ^^
m/s : 147

Munajat sang teruna dara


2.03 PAGI...

“Ampunilah dosaku… ampuni dosa ibu ayahku… ampuni dosa ahli keluargaku… ampuni dosa mereka yang aku kasihi… ampuni dosa mereka yang menyayangi diriku… ampuni dosa pejuang-pejuang agama-MU, ya ALLAH.

Sesungguhnya aku acap kali terlupa dan teralpa daripada peringatan-MU. Sesungguhnya aku acap kali melalaikan perintah-MU. Aku meletakkan ENGKAU bukan pada tempatnya sedang aku tahu, tanpa ENGKAU, ya ALLAH… aku bukanlah siapa-siapa di atas muka bumi ini.

Ya ALLAH, tunjuki aku jalan yang benar. Tunjuki aku lorong yang bisa mendekatkan diriku kepada-MU. Tunjuki aku laluan yang membawa cinta-MU kepadaku. Kepada ENGKAU aku berharap dan kepada ENGKAU aku memohon pertolongan.

Ya ALLAH, andai Ibrahim bin Yusof itu telah engkau tetapkan buatku… andai dia yang kelak dapat membawaku kepada kasih-MU… andai dia yang kau pilih sebagai wasilah-MU untuk melorong jalan kepadaku sampai ke syurga-MU… permudahkanlah urusan aku, ya ALLAH. Bukakanlah pintu hatiku kepada dia kerana sesungguhnya aku tidak tahu apa yang paling baik buat hati dan diriku,” ~ Hajar.

2.33 PAGI...

“Seandainya… Seandainya Siti Hajar binti Sulaiman telah ENGKAU tentukan jodohnya buatku, perdekatkanlah hati-hati kami. Eratkan jiwa-jiwa kami. Izinkan kami untuk menjadi halal di sisi-MU, ya ALLAH.

Hindarikanlah jiwa dan jasad kami daripada kemurkaan dan kemaksiatan yang tidak kami sedari. Jauhkanlah diri kami daripada azab api neraka-MU, ya ALLAH. Kerana sesungguhnya, aku dan dia adalah hamba-MU yang selalu sahaja lalai lagi lupa,” ~ Ibrahim.

Ayuh dapat Air Mata Siti Hajar di pasaran segera ^^
m/s : 136

Jika mahu menjadi penulis dengan Alaf21 (iv)

Assalammualaikum. Apa khabar? Lama sudah tidak berkongsi tentang tips menjadi penulis (khususnya dengan Alaf 21). Jom sambung ^^

Satu lagi isu yang perlu diberi perhatian ialah penggunaan Bahasa Inggeris dalam dialog. Buat sekian kalinya saya mohon, minimumkan bahasa ini dalam novel. 99 peratus pembaca kita adalah Melayu. Dulu memang banyak yang kita lepaskan tapi sekarang editor akan minta penulis terjemahkan sendiri - Puan Sa'adiah.

Info penting!

Kurangkan penggunaan Bahasa Inggeris.

Ehe. Selamat menulis :)

Muthiah : Moga kekal menjadi penulis sampai bila-bila. Mahu menjadi isteri yang sentiasa di sisi suami.

Teka-teki (i)


Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah... Alhamdulillah. Sedang menghitung bajet untuk... hahaha... Maklumlah, kerja sudah hampir dibereskan. Kini, sampailah masa untuk berpoya-poya. Oh, tidak. Grrrr....

Ehe. Apa kata hari Jumaat yang penuh barakah ini, Muthiah bermain teka-teki dengan sahabat-sahabat semua? Jom....

1- Seekor gajah dan kambing keluar bersiar-siar di dalam hutan yang masih belum dicabuli. Tiba-tiba, mereka terjumpa dengan sebatang titi kayu. Gajah mengambil keputusan untuk berjalan dahulu. Akibatnya, titi tersebut pun patah. Selepas itu, kambing pula yang berjalan. Kali ini, apa pula yang patah?

(Peringatan : Ganti nama mereka ini sebenarnya hanya boleh digunakan untuk mengganti nama bagi manusia)

Jawapan : __________________

2- Ada 3 orang penumpang yang telah menaiki bas ke Kampung Sungai Tong <- Haha. Kampung kebanggaanku. Mereka ialah Amar, Amir dan Bobo. Apabila sampai di hadapan pasar Sungai Tong, loceng pun ditekan dan ketiga-tiga mereka pun turun. Siapakah agaknya yang akan turun dahulu?

Jawapan : ___________________

3- Siapa suka makan ikan, sila angkat tangan? <- Ini bukanlah soalan teka-teki. Namun awas! Ada ikan yang selalu sakit. Persoalannya, ikan apakah yang kerap kali sakit perut?

Jawapan : ____________________

OK. Sekian teka-teki untuk minggu ini. Lain kali, kita 'main' lagi ;)

Muthiah : Moga-moga, AANS diterima sebaiknya ;) Amin... <- Aminkan juga, ya. Terima kasih.
Labels: 0 comments | | edit post

Jika menyimpan kereta dalam jangkamasa lama


Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Moga-moga, hati kita bertambah baik daripada sebelumnya.

Say NO to :

  • Dendam kesumat.
  • Iri hati.
  • Putus asa/ kecewa.
  • Berlengah-lengah.
  • Maksiat.

Caiyok!!!

Baik. Untuk Info di PPBSM, Muthiah ingin berkongsi tentang tips menjaga kereta apabila lama tidak digunakan. Sekali lagi, terima kasih Sdr. Zed Ajid ^^

Jom baca ^____^

Bagi sebahagian orang, kereta bukan sekadar alat pengangkutan tetapi sebagai koleksi yang sangat disayangi. Malah bagi mereka yang sering berurusan di luar negara, pastinya mereka terpaksa meninggalkan kenderaan dalam tempoh waktu yang lama di garaj.

Jika kenderaan ditinggalkan tanpa dihidupkan dalam tempoh yang lama, ia boleh menjejaskan prestasi kenderaan atau sukar untuk dihidupkan. Ada beberapa teknik untuk menyimpan kereta dalam jangka waktu yang lama sama ada dalam masa enam bulan sehinggalah bertahun-tahun lamanya tanpa mengurangkan prestasinya. Jika anda berhadapan situasi demikian, letakkan kenderaan di garaj yang kering dan dingin.

Selain itu, ikutilah beberapa langkah yang harus dilakukan.

Langkah pertama ialah dengan mencabut kabel bateri kenderaan. Ia untuk mematikan arus bateri kenderaan. Jika ditinggalkan terlalu lama, bateri kenderaan boleh menjadi lemah.

Isi penuh tangki bahan bakar jika anda menyimpan kenderaan lebih dari satu tahun, Hal ini bertujuan mengatasi masaalah wap, kerosakan disebabkan air dan pembentukan karat. Sebelum anda menyimpan kenderaan, gantikan minyak enjin dan penapisnya.

Titiskan minyak enjin baru ke silinder untuk memberi lapisan perlindungan kepada silinder berkenaan. Anda juga perlu mengeringkan semua sistem pendingin untuk mengelakkan karat berlaku pada bahagian itu. Ia juga untuk mencegah masalah akibat cairan penyejuk atau pun hubungan dengan aluminium.

Jangan sesekali mengeringkan penyejuk radiator. Jika usia penyejuk sudah satu setengah tahun, gantikan dengan yang baru. Isi penuh minyak brek. Tukar jika ia melebihi dua tahun. Minyak yang sudah lama akan merosakkan komponen logam.

Untuk mengelakkan kerosakan pada penyerap hentak kenderaan, tual keempat-empat rodanya untuk merehatkan tayar, bearing dan komponen penyerap hentak yang lain.

Selimutkan kereta anda dengan kain, jangan lupa membuka sedikit cermin tingkap untuk memberikan ruang udara keluar masuk. Berdasarkan maklumat berkenaan, ia mambantu anda untuk mengatasi masaalah terhadap kenderaan apabila ditinggalkan untuk suatu tempoh yang lama.

Muthiah : Gambar di atas ialah tempat impian yang mahu Muthiah jejaki bersama suami. Doakan, ya ^^

Stim ikan siakap

Assalammualaikum, semua. Apa khabar? Bagaimana dengan puasa 6? Ayuh... bagi yang belum bermula. Jom kita sama-sama ^^

Terus kepada entri hari ini. Bukan entri syok sendiri tetapi perkongsian ilmu yang mungkin boleh dimanfaatkan bersama bagi mereka yang mahu memanfaatkannya. Selamat mencuba :)

Bahan-bahan

1 ekor ikan siakap yang siap disiang dan dibuang sisik

5 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1 biji cili api *
Sedikit halia (tetapi Muthiah letak banyak juga) *
Sedikit lada hitam *

* Bahan-bahan di atas hendaklah ditumbuk

1 biji cili merah - dihiris
1/2 biji lobak merah - dipotong
1 biji tomato - dipotong dadu
1/2 biji bawang kuning - dimayang
1 batang serai - ditumbuk hujungnya
2 batang sayur bendi

1 atau 2 biji imau nipis

Sos tiram, sos tomato, sos cili dan kicap manis (Sos tomato dan sos cili tidak perlu jika tidak mahu. Suka-suki sahaja Muthiah letakkannya).

Cara membuatnya

1- Ikan siakap digaul dengan sos tiram dan bahan-bahan ditumbuk <- Perap jika mahu. Ehe. Muthiah pula suka ...

2- Letak semua bahan dihiris/ dipotong/ dimayang di atas pada ikan siakap. Jangan lupa dengan bendi <- Sambungan ayat di atas. Muthiah pula suka _____ letak sekali harung. Hisy....

3- Kemudian, kukus selama 1/2 jam paling sekejap dan 45 minit paling lama <- Tempoh masa ini adalah rekaan Muthiah sendiri. Its my way ^^

Dan... SIAP... jangan lupa perah limau nipis di atas ikan yang sudah siap dimasak, ya :)

Sedap ^_______^ <- Jangan termuntah atas kes naik lif tekan nombor sendiri ini. Selamat maju jaya.

Nota ** Kos keseluruhan adalah kurang RM10. Fikir-fikirkan...

Muthiah : Suami meminta Muthiah membeli ikan siakap dalam RM25. Jika 1 ekor bersamaan RM5, bermakna selama 5 hari berturut-turut Muthiah ter'paksa' makan ikan siakap masak stim merdeka ini (Meski Muthiah tahu, negara Malaysia tidak pernah dijajah. Orang putih hanya dapat berziarah).
Labels: 3 comments | | edit post

3 perkara yang perlu dihindari

Assalammualaikum. Apa khabar? Buat apa cuti-cuti ini? Muthiah... mungkin buat operasi rumah. Mungkin? Atau mungkin hendak berjalan-jalan cari itu dan ini. Esok atau lusa?

Hendak tulis apa, ya?? Entahlah. Sejak berada pada tahapan akhir kerja Muthiah ini, idea untuk menulis blog agak tandus. Kering kontang, terasa diri berada di padang pasir.

(Gambar ini tidak ada kaitan dengan entri. Harap maklum)
Hmm...
Hmm...
Hmm...

Ayuh... Ayuh kita ...

Membersihkan diri kita daripada sifat keji. Keji yang macam mana?

  • Cemburu melihat kebahagiaa orang lain. Cemburu di sini ialah cemburu sampai mahu memusnahkan <- Ketahuilah. Setiap manusia, ada kelebihan dan kelemahannya. Sebenarnya, tidak ada guna kita hendak berasa cemburu (yang melampaui batas) kerana semuanya sudah ditetapkan oleh TUHAN. Jika kita cemburu kerana dia lebih berjaya, berusahalah. Namun sekiranya kita telah berusaha tetapi tetap tidak dapat mengatasinya.... bersabarlah. ALLAH lebih tahu mana-mana yang lebih baik untuk diri kita.
  • Memfitnah untuk menjatuhkan atau mengaibkan seseorang <- Hmm... persoalan. Apakah manfaat yang akan kita peroleh daripada fitnah yang kita sebarkan itu? Membuatkan orang yang difitnah dijauhi? Mungkin, ya tetapi percayalah. ALLAH ada. DIA Maha Melihat dan Menghitung segalanya. Dengan teliti pula.
  • Mengumpat. Seronok dan ralit, bukan? Lebih-lebih lagi apabila berbicara tentang satu berita panas <- Ya, ALLAH. Hindarkan aku daripada terjebak dalam kancah ini.
OK. Tangan sudah tidak mampu menaip <- Sebab tidak cukup rajin. Kita jumpa pada lain waktu. Selamat bermuhasabah ^______________^

Muthiah : Mudah nampak salah orang, salah sendiri bagaimana? <- Peringatan buat diri :)

Khalifah...


K.H.A.L.I.F.A.H… Meski banyak amanah yang terpikul di atas pundaknya, dia tetap mahu main-main dan sambil lewa. Dia mungkin terlupa. Bukan mudah untuk melahirkan sifat takwa dalam diri. Bukan senang hendak mencegah diri daripada azab ALLAH. Boleh jadi, duri yang tidak terlihat dek pancaindera membuatkan dia tidak berwaspada dan berhati-hati dalam setiap lorong yang dilaluinya. Maklumlah, duri itu invisible. Aduh… Terlalu banyak khilaf dan kelalaian yang dilakukan. Menggunung pula bintik hitam yang melingkari jiwa dan hati. Salah siapa?

Siapa pun yang bersalah, bukanlah persoalannya. Apa yang penting… setelah menyedari kealpaan diri, kembalilah kepada DIA yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Kita bukanlah Nabi yang maksum. Bukan juga malaikat yang hanya menurut perintah dan suruhan ALLAH. Kita hanyalah makhluk ALLAH yang sangat tidak berdaya. Hendak tidak hendak, mahu tidak mahu, kita perlu sujud mengharapkan DIA. Hanya DIA! Tidak ada lain yang lebih utama daripada pengharapan terhadap-NYA. Namun, sedarkah kita?

Ayuh dapatkan Air Mata Siti Hajar segera di pasaran ^^
m/s : 135

Ah! Sukarnya membuat pilihan...


BUNTU!!! Tidak tahu apa yang harus dilakukan. Jasad yang sedia lemah menjadi semakin tidak bermaya. Diri tidak punya kekuatan untuk mendepani ujian, mencari jawapan yang pasti. Iyalah. Hamba ALLAH yang dilahirkan sebagai khalifah di atas muka bumi ini bukanlah siapa-siapa sebenarnya. Dia hanyalah pinjaman ILAH kepada sesiapa sahaja yang membutuhkan dirinya. Satu masa, dia akan dipanggil kembali. Membawa bekal amal yang entah macam mana. Bersediakah dia untuk berhadapan dengan sang PENCIPTA?

Ayuh dapatkan Air Mata Siti Hajar di pasaran segera ^^
m/s : 135

Kata A. Samad Said tentang pejuang...

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah terbaca satu artikel dan Muthiah berasa senang hati untuk berkongsi dengan rakan-rakan. Yuk, kita fikir dan renungkan bersama.

Disalin dari blog Merdeka Review ->

"Saya tidak fikir Tunku Abdul Rahman ini pejuang, sebab sebelum itu kita dengar Mat Kilau, Mat Indera, (Ahmad) Boestamam, Ishak Haji Muhammad dan sebagainya. Ini memang orang-orang yang berjuang. Dan inilah orang-orangnya yang kita namakan pejuang. Sedang bagi saya, Tunku Abdul Rahman bukan orang berjuang. Dia menyambut. Dia adalah orang yang disetujui oleh Inggeris untuk menyambut kemerdekaan."

"...Dan penyambut kemerdekaannya, orang yang dirasakan oleh British, orang yang boleh jaga kepentingan yang ditinggalkannya."

Demikianlah kata-kata Sasterawan Negara, A.Samad Said dalam satu forum berjudul "Milik siapakah kemerdekaan ini?" di bangunan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, semalam. Beliau yang pernah bekerja dengan Ahmad Boestamam, mengisahkan pengalamannya kepada kira-kira 50 orang hadirin, bagaimana Ahmad Boestamam dipanggil untuk berunding dengan Burhanuddin Al-Helmy dan Tunku Abdul Rahman, berhubung "bagaimana kemerdekaan itu harus disambut".

A.Samad Said (gambar kanan), atau lebih dikenali sebagai Pak Samad, pernah bekerja di akhbar Fikiran Rakyat, di bawah pimpinan Ahmad Boestamam. Beliau pernah mengikut Ahmad Boestamam ke bangunan di mana perbincangan tersebut berlangsung, dan beliau dimaklumkan bahawa "British bersedia menyerahkan kemerdekaan ini, tapi perlulah diberikan kepada orang yang munasabah."

"Waktu itu, tentulah, orang yang munasabah, Tunku Abdul Rahman," katanya, yang mendakwa bahawa Tunku bekerja dengan British. Menurut beliau, British tidak berunding dengan "kelompok Boestamam, Ishak Hj Muhammad, Burhanuddin" kerana dirasakan tidak akan menjaga kepentingan British, meskipun badan yang dipimpini tokoh-tokoh tersebut ditubuhkan lebih awal daripada UMNO.

Artikel selanjutnya, bolehlah ke .. .

Sekian, wassalam.

Muthiah : Selamat bercuti ^^

Terima kasih daun keladi

Assalammualaikum, semua. Apa khabar? Muthiah... Alhamdulillah, baik-baik sahaja. Agak sibuk mengejar deadline sendiri. Doakan dapat setel sebelum Oktober, ya. Sebab... Muthiah hendak BERCUTI. Huhaha....

Hari ini, ingin menulis tentang apa? Idea agak kering. Hmm...

Satu perkongsian yang mungkin boleh dimanfaatkan bersama oleh para wanita di luar sana.

Jeng jeng jeng...

(bajet suspens)

Baru-baru ini, Muthiah ada membuat rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Lebih tepat, Muthiah katakan yang Muthiah menjalani x-tray di sana. Aduh ^^

Mula-mula masuk ke bilik x-tray, semua jururawat adalah perempuan. Muthiah berasa lega. Iyalah. Muthiah TIDAK mahu berurusan dengan lelaki (kecuali dalam kondisi terdesak). Kemudian, Muthiah pun bertanya untuk mendapatkan kepastian, "Nanti, semua perempuan, bukan?"

Jawab salah seorang jururawat yang bertugas, "Oh, nanti. Doktor lelaki yang akan membuat x-tray ini."

Mata Muthiah membulat <- Hakikatnya tidak bulat pun.

Muthiah pun berkata, "Boleh saya minta doktor perempuan. Lagipun, suami tidak izinkan doktor lelaki."

Sengaja Muthiah menggunakan nama suami agar tidak banyak soal jawab yang perlu Muthiah depani <- Fakta lain : Suami memang tidak izinkan pun :)

Keputusannya????

Alhamdulillah. Jururawat dan doktor yang bertugas memberi respons yang baik atas permintaan Muthiah. Seorang jururawat (Muthiah kira jururawat senior)... bertungkus-lumus mencari doktor wanita. Begitu juga dengan jururawat-jururawat lainnya. Terima kasih daun keladi. Muthiah amat hargai usaha dan jasa baik kalian.

Apa yang ingin Muthiah sampaikan di sini...

  • Yuk, wanita. Jom kita berurusan dengan doktor perempuan. Seperti yang Muthiah nyatakan di atas... jika tidak darurat... hindarilah. Peliharalah anggota badan tersembunyi kita daripada ajnabi. Ehe. Aurat terjaga, martabat terpelihara. Fight, oh <- Cis, ini tidak berkait langsung. Muthiah ambil dari cerita Gokusen.
  • Percayalah. Bila mana kita mahu, ALLAH pasti beri dan tunjuk jalan bahkan mempermudahkannya.

OK. Jumpa lagi esok, jika dipanjangkan umur.

Setinggi-tinggi penghargaan Muthiah titipkan kepada Dr. Adi, Dr. Ruzita serta jururawat yang bertugas. Moga ALLAH memberkati.

Muthiah : Moga kita semua sihat dan ceria sentiasa. Fight, oh!!!

Rompakan di Seksyen 15, Shah Alam

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah. Alhamdulillah, sihat. Agak sibuk mengejar deadline sendiri. Doakan dipermudahkannya. Muthiah hendak berpoya-poya. Hahaha <- Gelak sopan ^^

Baik. Walaupun Muthiah sudah berkongsi di page dan group Facebook, hari ini... Muthiah ingin berkongsi lagi. Moga kita semua akan lebih berhati-hati. Dalam masa yang sama, usah dilupa doa kepada ALLAH agar sentiasa melindungi diri kita semua.


Hmm...

Muthiah : Kadang-kadang, duduk dalam rumah sendiri pun rasa tidak selamat.

Ikan terubuk masam manis

Assalammualaikum. Jeng jeng jeng. Jom kita masak ^______^

Ikan terubuk 'sweety'



Namanya bersempena. Hmm.. entahlah. Suka-suki sahaja. Yuk... kita mulakan kerja kita di dapur ^^

Bahan-bahan

1 ekor ikan terubuk yang siap disiang - Petua emak mertua Muthiah, tidak payah buang sisik agar berlemak. Ikan tersebut diperap dengan bawang putih (2 ulas), sedikit halia serta kunyit. Jangan lupa letak garam :)

Untuk menumis

Bawang kuning, putih dan merah dimayang serta dihiris.
Tomato dibelah 4.
Cili merah. Hmm... letak lada benggala pun boleh. Mesti nampak cantik.
Sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap manis.

Cara membuatnya

1- Mula-mula, goreng ikan dengan minyak banyak. Iyalah. Ikan itu agak besar. Pastikan sudah garing barulah dibalikkan. Bukan apa, takut berkechai (ejaan sebenar ialah berkecai). Sudah siap, letakkan ke tepi.

2- Tumis semua bahan-bahan menumis kecuali beraneka sos dan kicap. Ehe. Ini petua orang yang sibuk (sebaiknya, tomato di masukkan akhir sekali). Selepas itu, masukkan beraneka sos di atas. Jika hendak manis, tambahlah gula. Elakkan guna garam.

Sekian, siap ^_________^

Muthiah : Ikan terubuk lebih sedap dimakan goreng sahaja.
Labels: 0 comments | | edit post

Sendirian berhad

Sewaktu sedang membuat 'rondaan' di Taiping Sentral...

"Jom, kita tengok-tengok dalam kedai tu," ujar seorang isteri sambil memandang tepat wajah suaminya.

Dahi sang suami berkerut. "OK. Tengok-tengok sahaja," balasnya pendek. Mereka pun lalu masuk ke dalam sebuah kedai yang menjual 'toys anime'.

Sedang asyik melihat toys yang dijual...

Mata si isteri tidak semena-mena membulat. "Wah!" jeritnya sedikit teruja.

Sang suami yang 'sporting' sikit-sikit pun menggeleng, "Cukup sifat, TAK BOLEH!" katanya tegas.

Si isteri mengeluh perlahan. "OK. Tengok-tengok sahaja," tuturnya lalu berjalan di sekitar kedai berkenaan.

Namun tiba-tiba, matanya membulat buat kesekian kalinya.

"Abe..." katanya dengan nada suara yang agak mengada-ngada. "Suasana pejabat saya agak suram. Boleh tak kalau nak serikan dengan poster-poster yang cantik ni?" tambahnya lagi penuh pengharapan.

Sang suami menghembus nafas pendek. Agak lama ia mengambil masa untuk berfikir. "Boleh tetapi SENDIRIAN BERHAD..." Alhamdulillah, akhirnya ia memberi keizinan. Yahu ^_____^ Senyum sampai 360 darjah.

....

Seorang jurujual yang sedari tadi melihat keterujaan sang isteri pun berkata, "Kalau beli 3, dapat percuma 1."

Si isteri terus mendongak. "Apa? Dapat percuma 1? Jadi, beli 3... dapat 4-lah?" soalnya sungguh-sungguh.

Jurujual terbabit mengangguk laju.

Lantas, si isteri memandang wajah suaminya, mengharapkan pengertian.

Sang suami mendengkus lagi. "Boleh tetapi SENDIRIAN BERHAD," ujarnya dengar tidak dengar.

Masih tidak percaya... si isteri bertanya kembali kepada suaminya. "Boleh???"

Sang suami hanya mengangguk LESU...

** Hmm... habis begitu sahaja duit raya sang isteri. Hendak buat macam mana, dialah yang membuat PILIHAN **

Ah! Keliru...


“Hajar, dengarlah pesan akak ni. Tanyakan pada diri, untuk apa kita bernikah? Kemudian, pilihlah untuk mengecap bahagia dengan sesiapa sahaja yang telah dijodohkan ALLAH buat diri kita. Ya. Kitalah yang membuat pilihan. Dan yang paling penting, dalam apa jua kondisi, jangan sekali-kali kita lupa untuk berdoa kepada TUHAN. DIA-lah yang memegang hati-hati manusia,” ~ Maria.

Ayuh dapatkan Air Mata Siti Hajar di pasaran segera ^^
m/s : 110

Kahwin dahulu... baru cinta?


“Sudah kenal dan cinta sebelum kahwin juga tidak semestinya dapat menjamin kebahagiaan dalam rumah tangga. Mungkin juga satu bonus bagi kita kerana telah mengenali bakal suami. Akan tetapi, tak mustahil menjadi satu bala. Iyalah. Percintaan sebelum nikah banyak dugaan, cabaran dan mudaratnya jika tidak dipelihara sebaiknya. Khuatir bisa mengundang kepada fitnah yang membawa kita jauh daripada ALLAH. Bukankah orang kata cinta itu buta? Walhal, yang buta itu sebenarnya bukan cinta tetapi jasad yang sedang hanyut di dalam cinta yang hakikatnya bukanlah milik kita,” ~ Maria.

Ayuh dapatkan Air Mata Siti Hajar di pasaran segera ^^
m/s : 110

Tambah nilai prabayar pun kena cukai???

Assalammualaikum ^_____^

Senyum tidak mahu berkata apa-apa <- tulis sahaja :)

Apa kata anda?

KUALA LUMPUR - Seramai 26.2 juta pelanggan talian telefon mudah alih prabayar di negara ini bakal dikenakan caj bagi cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus berkuat kuasa 15 September ini.

Jumlah tersebut meliputi tiga syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi utama negara iaitu Celcom (Xpax) seramai 9 juta pelanggan, DiGi seramai 7.7 juta orang dan Maxis (Hotlink) 9.5 juta orang.

Menurut siaran akhbar yang dikeluarkan bersama oleh syarikat tersebut semalam, para pelanggan selepas ini dikenakan cukai bagi setiap pembelian tambah nilai prabayar dan pek permulaan prabayar baharu.


Berita lanjut, bolehlah layari web akhbar Kosmo :)

Bila ALLAH memberi hidayah (Sham Kamikaze)

Assalammualaikum. Apa khabar? Macam mana dengan kerja? Apa???

STRES???

Cer cite, cer cite... Manalah tahu jika rasa stres itu dapat dikurangkan. Hmm... tidak percayakan Muthiah? ^^ Tidak apa... carilah kawan-kawan yang dipercayai. Hmm... tidak percayakan sesiapa? ^^ Tidak apa... carilah ALLAH kerana DIA dekat sentiasa.

Baik. Jika pada entri terdahulu, Muthiah berkongsi tentang kisah Wardina, hari ini... kita tengok kisah Sham Kamikaze.


Aku adalah MUSLIM...
Moga seluruh aspek kehidupanku melandasi agama ISLAM.

Aku adalah MUSLIM...
Moga selamanya aku bergelar seorang MUSLIM.

Aku adalah MUSLIM...
Moga akhlak dan perilaku memberi cerminan yang baik buat agamaku.

Aku dan aku...

Muthiah : Aku, akulah jua ^^

Cara terbaik jimatkan petrol

Assalammualaikum. Apa khabar? Baik, hari ini Muthiah ingin menjadi pengacara rancangan...

'Sayangi kenderaan anda'

Terima kasih kepada Saudara Zed Ajid kerana mengizinkan Muthiah berkongsi informasi ini di blog/ teratak Muthiah.

Jom.. kita sama-sama memanfaatkannya ^^



Pengguna kenderaan bermotor akan berusaha mengurangkan kadar penggunaan bahan bakar ke tahap paling rendah. Keadaan ini perlu kerana penggunaan bahan api paling minimum dapat menjimatkan perbelanjaan petrol. Sehubungan itu, adalah penting bagi anda memerhatikan kadar penggunaan petrol bukan sekadar harganya yang tinggi tetapi penggunaan bahan itu secara berlebihan menandakan enjin kereta anda mengalami kerosakan.

Jika anda mendapati penggunaan petrol pada kenderaan secara berlebihan, periksa puncanya sebelum membeli sebarang alat bantuan mengurangkan penggunaan petrol yang banyak terdapat di pasaran. Ini kerana pembelian alat berkenaan mungkin tidak memberi kesan sepatutnya jika keadaan enjin kereta anda mengalami masalah sehingga menyebabkan penggunaan petrol bertambah. Cara terbaik menjimatkan petrol dan mengekalkan tahap penggunaan petrol ialah dengan melakukan pelarasan enjin. Selain itu, perkara penting yang perlu diketahui pengguna ialah sikap dan cara pemanduan kerana ia banyak mempengaruhi penggunaan petrol kereta.

Antaranya, menggunakan gear dua atau tiga terlalu lama sebelum menukar ke gear seterusnya, tabiat menekan pedal minyak terlalu kuat ketika pemanduan mendatar atau menuruni bukit boleh menyebabkan penggunaan petrol yang berlebihan. Sehubungan itu, apabila anda melakukan pelarasan enjin, ia membantu mengurangkan penggunaan petrol sehingga 15 peratus. Teknik memandu yang salah juga menjadi punca penggunaan petrol melebihi 20 peratus.

Di samping itu, anda juga perlu mengetahui, apabila membawa bebanan yang lebih daripada kadar yang sesuai juga menyebabkan kadar penggunaan petrol melebihi dari tahap biasa.

Oleh itu, anda perlu perhatikan dalam but kereta anda, mungkin terdapat banyak barang yang tidak sepatutnya berada di dalam but tetapi dibawa ke sana ke mari. Ia pasti menambah beban enjin. Anda harus membawa barang yang perlu saja seperti alat membaiki kereta dan alat yang dapat membantu ketika kecemasan. Karier (alat membawa barang atas bumbung kereta) juga boleh menambah penggunaan petrol pada kadar lima peratus.

Harus diingatkan, jangan sekali-kali memasang karier sekiranya anda tidak bercadang membawa barang berlebihan atas bumbung kereta. Karier menghalang udara berlepas ke belakang dengan sempurna ketika kereta memecut. Enjin dalam keadaan panas normal juga boleh membantu meningkatkan perbatuan dan prestasi kereta anda. Biarkan enjin panas sebelum memulakan perjalanan dan jangan sekali-kali memulakan perjalanan tanpa terlebih dahulu merancang jalan mana untuk ke destinasi. Jangan mengambil jalan singkat ke sesuatu destinasi jika jalan lebih jauh satu atau dua kilometer dipastikan lebih elok. Ini kerana anda perlu kerap menukar gear jika menggunakan jalan kurang elok.

Selamat menjimatkan petrol.

Muthiah : Guna NGV ^^

Suka.. suka... suka..

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Ada baik atau hati terasa sakit?

Why? Answer me, please.

Jika sebab sedang meluat dengan seseorang...

Hmm -> Kenapa berasa meluat pula? ________ (Sila jawab sejujurnya).

Kemudian, muhasabahlah diri, ya. Yuk. Kita sama-sama bermuhasabah ^^

^______________________________^

Hari ini tidak ada idea. Namun, blog tetap mahu dikemaskini. Apa kata Muthiah berkongsi rasa suka Muthiah ini. Ada 2 perkara yang menyebabkan Muthiah gembira.

Pertama

Tadaaaa ^^


Sebab Muthiah dapat hadiah daripada suami.

Kenapa??? Sebab dapat hadiah ini adalah berkait dengan kegembiraan yang kedua. Apa dia???

Jeng jeng jeng...

Kedua

Alhamdulillah. Segalanya dengan izin ALLAH.

Sebab novel NUR kedua Muthiah diterima oleh para pembaca novel. Terima kasih daun keladi. Moga mendapat manfaat daripadanya. Tidak sedikit, banyak pun tidak apa.

Namun, di sebalik perkara best ini... Muthiah berfikir sendiri...

Malu... Muthiah malu pada ALLAH kerana tidak tahan sabar atas dugaan yang menimpa. Khabar suka ini Muthiah terima pada tarikh yang sama Muthiah mengungkap kata yang tidak elok T_T ~ Insya-ALLAH, Muthiah akan berusaha untuk memelihara akhlak diri yang acap kali tidak terpelihara.

Harap... Muthiah mengharapkan nusrah ALLAH agar tidak melalaikan Muthiah tatkala diberi kegembiraan seperti ini. ALLAH boleh beri pada bila-bila masa dan ALLAH boleh mengambilnya kembali sekelip mata. Doakanlah... Agar Muthiah sentiasa menjadi manusia yang merendah diri kepada-NYA, juga sedar bahawa segalanya adalah HAK serta MILIK ALLAH. Semuanya berlaku dengan izin DIA.

OK. Beransur dahulu. Bagi yang belum mendapatkan novel terbaru Muthiah, yuk... Dapatkan Air Mata Siti Hajar di pasaran segera. Insya-ALLAH, ada manfaat yang boleh diperoleh daripadanya. Oleh sebab Muthiah manusia biasa (hamba ALLAH yang lemah), tetap ada lompangnya namun ambillah yang baik untuk difikirkan bersama ^^

Muthiah : Hendak makan Kamalodge ^^

Jika mahu menjadi penulis dengan Alaf21 (iii)


Assalamualaikum. Sudah mula berpuasa 6 hari pada bulan Syawal? Ayuh ^__^

Baiklah. Oleh sebab kesuntukan masa (macamlah Perdana Menteri yang sibuk bangat :P), Muthiah terus kepada perkongsian entri hari ini.

Apakah ciri-ciri sesebuah manuskrip itu diterima?

Dahulu, inilah aspek yang penulis-penulis baru ingin tahu sebelum menghantar manuskrip mereka ke Alaf 21. Namun sekarang, keadaannya sudah terbalik.

Sering saya tekankan kepada penulis-penulis, bab 1/ prolog mesti kuat sebab ini adalah permulaan cerita. Begitu juga bab 2,3,4 dan 5. Bila anda berjaya menarik perhatian pembaca dengan 5 bab ini, maknanya pembaca terus ingin membaca bab 6,7,8,9 dan 10. Fasa 1 sudah lepas.

Masuk pula ke fasa 2 iaitu 10 bab lagi dan begitulah seterusnya. Ada penulis tulis, bab 1 cerita mengenai si A dan B. Akan tetapi... bab 2, 3, 4, 5 cuma watak A sahaja. Watak B pula akan muncul semula pada bab 35, 45 dan bab akhir.

Apa kes? Tidak payah cerita watak B sebab sekadar tempelan dan ia tidak dikembangkan. - Puan Sa'adiah.

Info penting!

1- Bab 1/ prolog mesti kuat sebab adalah permulaan cerita.

2- Bab 2, 3, 4 dan 5 penting kerana dapat menarik minat pembaca untuk membaca bab yang ke seterusnya. Dan... begitulah seterusnya.

3- Elakkan tempelan bagi watak. Bab 1 watak A dan B ada. Kemudian, cerita adalah kisah watak A sahaja. Sampailah ke bab 35... barulah watak B muncul.

Kesimpulannya...

Jom usaha lagi ^^

Muthiah : Alhamdulillah kerana dipermudahkan segalanya ^^

Paprik ayam

Assalammualaikum. Hai, apa khabar? Sudah timbang berat badan? Ehe. Adakah usaha mengurangkannya pada bulan Ramadhan menjadi sia-sia? Oh, tidak. Apapun, moga Ramadhan kali ini dapat mentarbiah diri-diri kita agar menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya.

Baik dari segi tingkah laku.
Baik dari segi tutur kata.
Baik serba-serbi, insya-ALLAH.

Ehe. Jom... kongsi resipi lagi ^____^

Ayam Paprik Pelangi


^__________________________^

Usah ditanya soal nama kerana apalah yang ada pada nama??? (Bajet ada orang bertanya walhal sekarang, semua orang sedang sibuk menyambung kerja setelah seminggu berhari raya).

Bahan-bahan

(i)

3 ketul ayam dipotong
Lobak merah - dipotong labu
Ubi kentang - dipotong labu
Kacang panjang - dihiris menyerong (jangan kecil sangat)
Kobis bunga
Lada benggala - dihiris (untuk nampak cantik, carilah lada benggala yang berwarna kuning @ BERSIH)
Lada merah - dihiris
Putik jagung - dipotong
Serai - ditumbuk
Daun limau purut

(ii)

Bawang merah, bawang putih, bawang kuning - dihiris/ dimayang
Halia - dihiris
Sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap.

** Jika tidak cukup sayur, letak sahaja mana yang ada. Jika terlebih sayur, pun sama. Boleh letak **

Cara membuatnya

(i)

  1. Rebus ayam, lobak merah, putik jagung dan bunga kobis - Bagi lembut sayur-sayur ni ^^ Eh, masukkan serai dan daun limau purut juga (Nak masukkan kemudian pun boleh).
  2. Agak-agak sudah menggelegak sedikit, masukkan semua sayur yang ada.
  3. Siap... letakkan ke tepi.

(ii)

  1. Selepas itu, tumis bawang dan halia sehingga naik bau.
  2. Kemudian, masukkan segala jenis sos dan kicap serentak. Letak air sedikit.
  3. Bagi yang suka manis, letakkanlah gula. Garam boleh diabaikan ^^

Selamat mencuba.

Muthiah : Suka tetapi jarang masak sebab banyak sangat jenis sosnya.


Labels: 0 comments | | edit post

Titipan Maria...


“Pesan akak, usah memilih sangat dalam mendapatkan pasangan. Betul. Membuat pilihan itu penting. Sebab, perkara nikah kahwin ini melibatkan masa hadapan kita. Namun, jangan sampai melampau-lampau. Bila mana ada seorang lelaki baik, beriman dan berakhlak mulia datang dengan niat yang baik, terimalah...”

Terima sahaja???

“Ya. Terimalah dia. Akan tetapi, pastikan diri kita memohon petunjuk daripada ALLAH terlebih dahulu. Minta dan terus minta kepada-NYA. Memang… yang datang tu dah baik dan memenuhi ciri-ciri lelaki yang selayaknya dijadikan suami tetapi apapun, ALLAH lebih mengetahui. DIA tahu tentang perjalanan hidup kita esok hari,” ~ Maria.

Ayuh dapatkan Air Mata Siti Hajar di pasaran segera ^^
m/s : 108

Calon isteri orang jauh???


“Dekat jauh bukan persoalan. Asal mana sama-sama bertimbang rasa, bertolak-ansur dan bekerjasama, tidak akan jadi masalah. Apa yang lagi penting, iman bersarang di dalam dada. Pasti amanah terhadap orang sekeliling tidak akan terabai, insya-ALLAH,” ~ Ibrahim.

Ayuh dapatkan Air Mata Siti Hajar di pasaran segera ^^
m/s : 71

Nabi Ibrahim meninggalkan Siti Hajar di...

Assalammualaikum. Hai, apa khabar? Moga baik-baik hendaknya. Sudah mulai puasa enam hari dalam bulan Syawal? Muthiah, insya-ALLAH... balik Ipoh nanti rancangnya hendak mula. Di kampung halaman... hmm ^^

Aduh. Tidak punya idea, apakah yang mahu Muthiah tulis. Maklumlah. Mode-nya lari. Entah sudah sampai ke mana. Boleh jadi ke Restoran Greentown Seafood atau mungkin Kamalodge <- padahal hendak membodek seseorang untuk makan di sini ^_____^

Hmm... <- Berapa banyak hmm daaaa??? :P

Jom kita baca sirah ...

Kisah ini merupakan cerita di mana Ibrahim meninggalkan isterinya, Siti Hajar bersama dengan anak mereka, Ismail di tempat yang tidak ada air... makanan mahupun manusia.

Setelah Ibrahim meninggalkan mereka, Siti Hajar mengekorinya sambil bertanya... mengapakah mereka ditinggalkan di situ? Namun, tidak ada jawapan yang diberikan Nabi Ibrahim.

Akhirnya, Siti Hajar berkata, "Adakah ini merupakan perintah ALLAH?"

Nabi Ibrahim lalu menjawab, "Benar."

Selepas itu, Siti Hajar pun bersuara, "Jika begitu, pasti! ALLAH tidak akan mensia-siakan kita. Sekiranya ini adalah perintah TUHAN, pasti ada pembelaan buat diri kita." Yakin benar dia mengungkap kata.

Apakah pengajaran yang boleh diambil daripada kisah ini? ______________

** Melatih minda untuk berfikir dari mata hati. Sila isi tempat kosong di atas. Jawapan mestilah berbeza dengan yang ini -> Yakinlah dengan segala sesuatu yang telah ditetapkan ALLAH buat diri kita.

Muthiah : Yakin... yakin... yakin <- Katakan pada diri - Aku yakin pada ALLAH!
Labels: 0 comments | | edit post

Entah kenapa

Assalammualaikum.

Hello, nihauma?
Nihau...

Teringat kepada adik-adik Muthiah di Pulau Ketam ^____^

Sudah lama tidak berpuisi. Hmm...

Entah kenapa


Entah kenapa
Setiap kali sampai waktu
Kenangan itu selalu menerjah
Membuat hati ku kembali rawan

Entah kenapa
Setiap kali sampai waktu
Bicara itu selalu menghantui
Membikin jiwaku kembali walang

Entah kenapa...
Entah kenapa...

Begitu sukar memaafi
Ya, ALLAH
Moga khilaf ini tidak berpanjangan
Kerana ku tahu
ENGKAU Maha Pengampun lagi Maha Penyayang

Muthiah : Entah kenapa perutku terasa lapar. Hahahaha...
Labels: 0 comments | | edit post