'Bengkek'nya rasa hati ;)

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Selamat berhujung minggu. Muthiah... Ehe. Tidak tahu lagi apa aktiviti yang hendak dilakukan hari ini. Setelah dekat seminggu berkampung di Kuala Lumpur, banyak perkara yang perlu dibuat di rumah. Antaranya :

  • Mop rumah.
  • Menyapu rumah.
  • Basuh kain.

Dengan kata lain, buat operasi rumah ;)

Hmm... semalam, Muthiah marahkan seseorang. Marah sungguh-sungguh. Oleh sebab Muthiah jarang marah, memang ketara juga. Terima kasih kepada Encik Suami yang selalu mendorong Muthiah untuk rasional dan tidak terlalu beremosi dalam sesuatu perkara. Hihi...

Pernah marah? Kenapa kita berasa marah?

  • Kena tipu.
  • Duit kena pau.
  • Kena umpat.
  • Payah betul hendak beri kerjasama. Sudahlah kita ni pelanggan!!! Customers always right, ya =)
  • Isteri tidak dengar cakap.
  • Suami main kayu tiga. Nauzubillah.
  • Anak menderhaka. Cakap telinga kanan, keluar telinga kiri. Letih..
  • Pemimpin berlaku zalim. Siapakah mereka? Boleh senaraikan?
  • Anak murid degil mengalahkan Shin Chan. Suruh buat kerja sekolah, meniru. Apabila kena denda, mulalah gores kereta cikgu. Tidak pun, lapor pada mak dan ayah. Mereka pula akan lapor pada surat khabar. Bak kata seorang cikgu, "Baguslah. Tukar Kementerian Pendidikan kepada Kementerian Pelajaran. Tugas sekarang adalah mengajar. Tidak lagi MENDIDIK!" Marah sungguh cikgu ini. Namun ingat, marah ini tandanya sayang.
  • Orang tuduh kita bukan-bukan tanpa usul periksa. I'm not a spy. Okay? ;)
  • Orang tabur pasir atas periuk nasi kita. Dengkikah? Atau tidak boleh melihat orang lain lebih senang? Hmm... ingatlah. Tidak ada yang dapat menghalang rezeki ALLAH buat kita andai itu ketentuan-NYA.
  • Suka sangat bagi arahan. Tidak salah tetapi adalah lebih enak jika beri nasihat. Tidak pun, cakaplah elok-elok. Hiii T_______T
  • Kena fitnah. Tidak baik ooo... Anggapan itu bisa membinasakan. Awas!
  • Isteri cemburu buta. Susahlah kalau hendak bekerja kalau begini.
  • Orang masuk blog/ facebook kita, mengutuk macam-macam tentang peribadi kita. Bukan hendak ambil manfaat yang ada. Cari kelemahan dan kelompangan sahaja.
  • Anak buah tidak buat kerja seperti yang diarahkan. Suruh buat laporan minggu. Hendak guna petang ini. Minggu hadapan baru hantar. Adoi!
  • Kumpulan tidak bekerjasama dengan baik dalam menyempurnakan sesuatu tugas.
  • Isteri utamakan hal-hal lain berbanding diri kita. Huhu... Nasib badan.
  • Orang cakap yang bukan-bukan tentang mak ayah kita.
  • Ada orang jahil sewenang-wenangnya menghina ulama.
Banyak sungguh sebab seseorang itu marah. Sabar. Suami Muthiah berkata, "Sabarlah. Kalau tidak, Muthiah akan marah sambil menghiris badan sendiri dengan pisau." Faham maksudnya? Jom.. kita sama-sama atasi rasa marah itu ;)

Salam sayang daripada Muthiah.

Muthiah : Hari ini tidak marah ;)

Mencari Naurah (Bab 7)

APA khabar, wahai saudari?

Mataku tertumpu pada skrin telefon bimbit jenama Nokia milikku. Meskipun kelihatan agak uzur, ia sebenarnya telah banyak berbakti kepadaku. Insya-ALLAH, selagi hayatnya masih ada, aku akan tetap setia bersamanya. Mana mungkin aku mencari pengganti sedang aku amat mengasihinya. ‘Oh, Nokia,’ aku tergelak sendiri.

Hadiah pemberian mak ini akan aku jaga dan pelihara dengan baik. Terubat sedikit rasa rindu pada mak. Walaupun mak jauh di mata, hatiku begitu dekat dengannya. Dia tetap berada dalam jiwa dan doaku.

Ya! Wajah mak sentiasa mekar dalam hatiku. Senyum dan tawanya membuatkan aku tenang dan lapang. Namun, tatkala terkenangkan air mata mak, jiwaku resah dan tidak menentu. Hatiku meronta-ronta untuk berada di samping mak. Menemaninya setiap saat dan waktu.

Anuar... entah apa yang diingininya.

Tidak bosankah dia menghantar SMS tanpa menerima sebarang balasan? Aku sendiri kadang-kadang naik muak serta hilang rasa hormat terhadapnya.

Masakan tidak! Dia menasihati junior untuk sentiasa memelihara hati daripada maksiat yang tidak dapat dilihat oleh mata, namun memberi kesan mendalam ke atas jiwa. Sebaliknya, dia sendiri menjerumuskan diri kepadanya. Mungkin dia lupa atau boleh jadi dia tidak sedar. Argh! Mustahil Anuar lupa. Berkali-kali dia katakan kepada adik-adik junior untuk menghindarkan diri daripada zina hati...

Asha, saya ikhlas nak mengenali Asha dengan lebih dekat.

Diam... walaupun sudah berpuluh SMS yang dikirimkan, aku bertekad untuk tidak membalasnya. Aku bukanlah insan yang paling baik tetapi aku tetap mahu menjadi yang terbaik. Aku tidak mampu menjadi sesuci Siti Fatimah, setulus Siti Khadijah. Justeru, aku mendambakan pemeliharaan ALLAH yang Maha Esa.

Aku sama sekali tidak akan membuka ruang buatnya. Ruang yang aku kira kecil, tidak mustahil menjadi besar andai tidak diawasi sebaiknya. Sebagai manusia, aku khuatir kealpaan diri menyebabkan aku terjerumus ke dalam lembah. Lembah yang kubenci, namun kakiku tetap berjalan kepadanya.

Saya harap Asha dapat memberi saya peluang. Saya serius... Saya tidak berniat untuk main-main. Jika diberi ruang, saya mahu menjadikan Asha sebagai suri di hati saya. Semoga Asha tidak menghampakan saya. Saya tidak mampu menjadi sehebat Sayidina Ali R.A., namun saya tetap inginkan wanita setelus Sayidatina Fatimah. Saya kira, Ashalah muslimah itu. Asha menepati ciri-ciri muslimah yang saya cari...

~bersambung~

Al-Mathurat

Assalammualaikum, semua. Apa khabar? Muthiah. Alhamdulillah. Masih berada dalam mode : Holiday ;) Tidak sabar rasanya hendak balik Taiping. Rindukan 'home sweet home' yang ditinggalkan hampir seminggu. Rindukan ikan-ikan dan pejabat Muthiah.

Okey. Hari ini... Jom kita sama-sama baca al-Mathurat. Banyak kelebihan yang bisa diperolehi daripadanya, insya-ALLAH.


Ehe. Jadi, bagi yang sentiasa sibuk... Marilah luangkan sedikit masa. Kita sama-sama dengar bacaan al-Mathurat ini. Sekiranya tidak mahu membaca sama, dengarkan sahaja. Kemudian, esok... dengar lagi. Lusa... pun dengar. Insya-ALLAH, lama-kelamaan hati kita akan tergerak untuk membacanya bersama.

Selamat maju jaya ;)

Hati yang BERKARAT

Assalammualaikum. Apa khabar, semua. Muthiah... Alhamdulillah. Sihat walafiat. Sekarang berada dalam mode : Holiday sampai 1 Mei 2011. Hore ;)

Okey. Hari ini, Muthiah ingin berkongsi mutiara kata Ustaz Zaharuddin yang Muthiah petik dari Facebook beliau. Marilah sama-sama kita merenunginya ;)



Sebahagian orang merasa 'puas' dan 'selesa' dalam jiwanya apabila dapat menyakitkan hati orang lain sama ada dengan kata-kata, tulisan, sindiran dan jelingan. Bagi golongan ini, semacam satu hobi melemparkan kata-kata yang diketahui boleh 'menyakitkan' targetnya. Jika sifat itu ada dalam diri, fahamilah hati individu itu SANGAT KARAT dengan dosa terkumpul bertahun-tahun. Tanpa segera diubah, ia bakal menjadi kegemaran harian yang memufliskan akhiratnya.

Tepuk dada, tanya iman. Ayuh... Kita tidak akan untung apa-apa jika dalam hati tersimpan satu niat untuk menyakiti hati orang-orang tertentu. Bukan itu sahaja, orang tersebut pun tidak merugi. ALLAH sangat hampir dengan mereka yang bersabar ;)

Salam sayang daripada Muthiah..

Muthiah : Senyum sokmo...
Labels: 0 comments | | edit post

3D Burst (Episod 4)

Assalammualaikum. Lama sudah tidak pos entri kartun/ komik. Jom layan. Kredit kepada adik Muthiah, A'ammir Raffiq ;) Moga sukses selalu.

Buat adik-adik yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM...

  • Selamat maju jaya.
  • Studi elok-elok.
  • Elakkan belajar pada saat-saat akhir.
  • Siapkan kerja sekolah yang diberi cikgu, ya ;)

Okey. Semoga terhibur.
Labels: 0 comments | | edit post

Duhai hati

Assalammualaikum. Aduh ;) Muthiah rasa semacam ada lompang pada puisi ini. Bolehkah dikatakan sebagai puisi? Ehe. Tidak apa... nanti, cuba pertingkat lagi. Ganbatte!



Duhai hati yang sedang lara
Bergembiralah...
Kerna DIA sentiasa ada

Duhai hati yang sedang pilu
Bersabarlah...
Kerna DIA sungguh dekat

Duhai hati yang sedang walang
Bertabahlah...
Kerna DIA yang merencana segala ujian

Duhai hati... duhai hati yang mahukan cinta-NYA
Berusahalah...
Kerna DIA pasti tidak kan mengecewakan

Muthiah : Good luck, Muthiah!
Labels: 0 comments | | edit post

Climax jump

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Insya-ALLAH, hari ini Muthiah akan bertolak ke Kuala Lumpur untuk menghadiri PBAKL. Muthiah akan berada di Dewan Tun Dr. Ismail dari jam 4 - 7 petang. Bagi yang berkelapangan, sudi-sudikan menjengah ke sana, ya ;)

Baik. Hari ini, Muthiah terasa ingin melayan lagu Jepun kegemaran.


Cerita budak-budak tetapi seni kata lagu ini sedikit sebanyak dapat memotivasi diri. Boleh rujuk terjemahan lagu ini di heidnblog. Semoga terhibur dan TERMOTIVASI.

Muthiah : Insya-ALLAH akan berada di Kuala Lumpur sampai 28 April 2011.

Alam si Duyung...

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Buat apa hujung minggu ini? Muthiah... Jeng jeng jeng...

Baiklah. Hari ini, Muthiah ingin mempromosi buku Sdr. Nazehran Jose Ahmad. Sepanjang yang Muthiah jumpai, ada 5 buah semuanya (Maaf jika tersilap). Yang paling menarik hati. Jeng jeng jeng... Hmm...




Selain itu, Sdr. Nazehran turut menulis buku yang bertajuk Misi ke Marikh dan terbaru, Kod Michelangelo (Maaf. Tiada info terkini untuk buku terbaru ini).

Okey. Jangan lupa dapatkan buku-buku ini di pasaran =)

Muthiah : Mode ~ Jeng jeng jeng ...

Jom sertai cabutan bertuah ;)

Jangan lepaskan peluang ini. Manalah kita tahu. Kitalah yang BERTUAH itu ;)
Labels: 0 comments | | edit post

Aktiviti Grup Buku Karangkraf di PBAKL

Assalammualaikum. Maaf jika gambar terlalu kecil Cubalah klik mana-mana. Mesti boleh baca. Ayuh. Sama-sama kita meriahkannya ;)


Sila klik untuk besarkan gambar ;)
Labels: 0 comments | | edit post

Mencari Naurah (Bab 6 - Samb.)

“Ya, Natasha?” tanya Anuar.

‘Hisy... aku bukan nak tanya awak pun,’ aku mengomel sendiri.

“Bagaimana kita mahu berhadapan dengan seorang individu yang bercakap kasar dengan ibunya? Dengan kata lain, dia semakin melampau dan keterlaluan. Bukahkah dalam surah al-Israk ayat 23...” aku diam seketika. Ingin mengingat kembali maksud ayat tersebut.

“... Sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah perkataan yang mulia,” Asyraf menyambung.

Dia berkata lagi, “Kita perlu menasihatinya dengan hikmah... Jika dia berkasar, kita tidak boleh berkasar dengannya. Api lawannya air. Seandainya kita menggunakan api untuk berhadapan dengan api, keadaan akan menjadi lebih teruk. Akibatnya terbakar dan memusnahkan diri...

Ambil contoh konsep dakwah fardhiah yang dinyatakan Syeikh Mustafar Masyhor... Bermula dengan membina hubungan dengan individu yang hendak kita dakwahkan. Kemudian, bangkitkan persoalan iman secara tidak langsung. Seterusnya, bantu sasaran dakwah itu memperbaiki dirinya dengan memperkenalkan perkara-perkara yang berorientasikan ketaatan kepada ALLAH serta bentuk-bentuk ibadah yang diwajibkan...

Sudah kenal, akan lahir rasa cinta. Meskipun mengambil masa, kesabaran pasti akan membuahkan hasil. Kita tidak boleh menjangka bahawa kitalah yang boleh mengubah dia sebab hidayah itu hanya daripada ALLAH. Yang penting, kita tidak berputus asa dan terus menyeru kepada kebaikan secara hikmah. Ajak seseorang untuk taat kepada ibu bapa juga merupakan satu dakwah...” jelas Asyraf.

‘Benar... Bukan mudah untuk menjadi seorang pendakwah yang mapan. Pendakwah itu seharusnya tidak mudah melatah... tidak mudah naik angin mahupun marah. Rasional yang berlandaskan syariat perlu diletakkan di hadapan tetapi aku? Aku sering kali berputus-asa. Acap kali aku berasa kecewa. Ya! Aku tidak cukup kuat untuk membawa ahli keluargaku kepada ALLAH. Masih ada sisi-sisi kelemahan yang tidak mampu aku atasi. ‘TUHAN... ampunilah segala dosaku.’ Air mataku mengalir perlahan. Aku memuhasabah diriku sendiri...

Aku perlu kembali kepada sirah perjuangan Rasulullah. Lihat sahaja contoh teladan yang ditunjukkan oleh Nabi SAW. Baginda tetap bersabar, namun di sebalik kesabarannya, Muhammad bin Abdullah tetap tegas dalam melaksanakan hukum TUHAN.

“Setiap manusia itu lemah... Tidak kira sama ada ia seorang pendakwah ataupun orang awam... Kekuatan yang ada hanyalah daripada ALLAH dan dia perlu kembali kepada PENCIPTA. Jadi, kembalilah kepada Tuan Punya alam ini tanpa teragak-agak,” sambung Asyraf seolah-olah sedang memotivasi aku untuk tidak cepat melatah. Aku cuba merenung kembali...

~bersambung~

Jom beli buku santapan rohani

Assalammualaikum, semua. Apa khabar? Ehe....

Labels: 2 comments | | edit post

MB Kedah jawab isu cukai tanah di UUM

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? :) Hari ini, Muthiah ada urusan di luar. Di kesempatan ini, Muthiah ingin berkongsi jawapan MB Kedah terhadap isu cukai tanah Universiti Utara Malaysia.


Selamat berfikir dan merenung...

:)

Ayuh... bermula!!!

Assalammualaikum. Maaf. Muthiah buat kepoh lagi di sini. Maafkan Muthiah kerana membazirkan masa sahabat-sahabat semua dengan entri yang entah apa-apa entah ini. Hii...


Sebenarnya, sejak semalamMuthiah mula bercuti @ Holiday. Holiday? Ya. Insya-ALLAH, sehingga 1 Mei 2011 ini, Muthiah mahu merehatkan minda tanpa berfikir sampai hendak termuntah. Ops.

Walaupun demikian, Muthiah tidak pula mahu membuang masa dengan tidur dan membaca gosip semata-mata daripada Abang Nara. Aduh. Jadi, Muthiah pun memilih untuk :

  • Kemaskini blog.
  • Buat cerpen.
  • Belajar buat puisi.

Sekarang... Mode : Buat cerpen. Huhuhu... Ideanya ada tetapi tidak tahu bagaimana hendak bermula. Maklumlah. Lebih setahun Muthiah tidak menulis cerita pendek ini. Doakan Muthiah ya ;)

Mahukan buku PERCUMA??

Ehe. Muthiah suka barang percuma. Sahabat-sahabat, bagaimana?

Sila klik pada gambar untuk besarkan ;)
Labels: 2 comments | | edit post

Unfriend dan block...


Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah... Alhamdulillah. Gembira. Setelah bertungkus-lumus, akhirnya berjaya menyiapkan satu kerja. Cuma tinggal, ada satu perancangan yang masih terbantut. Banyak sahaja halangan apabila hendak memulakannya. Hmm... Mungkin ada hikmah yang Muthiah tidak nampak. ALLAH lebih tahu. Namun, Muthiah akan tetap berusaha memulakannya ;)

Unfriend dan block.

Ehe. Biasa berlaku di facebook. Pernah di-unfriend atau di-block? Muthiah ... Ehe... Apa jua keadaannya, Muthiah akan tetap ceria. Muthiah sayangkan kawan-kawan Muthiah dan selamanya akan terus mengasihi mereka yang menyayangi Muthiah. Jom kita berkasih sayang kerana ALLAH namun awas!!! Jangan tersilap sayang. Sayanglah pada orang yang sepatutnya. Sayanglah dengan erti kata sayang yang sewajarnya. Sayang sesama Muslim contohnya.

Kenapa kita/ orang unfriend/ block orang/ kita.

  • Kita pengintip dia. Ehe. Dia merasakan, kita berteman dengannya kerana kita mahu mengintip dia di facebook... mencari-cari kelemahannya. Ini dinamakan sebagai bersangka-sangka. Aduh. Sabar, kak/ abang. Tidak baik begitu.
  • Kita tidak suka dengan kawan tersebut. Boleh jadi sebab dia suka mengata kita? Atau... dia musuh kita dalam karier? Tepuk dada, tanya iman :)
  • Kita cemburukan orang itu. Kita jengkel melihat kecomelan dan kejayaan dia. Hmm... setiap manusia ada kelemahan dan kelebihan masing-masing. Jadi, bersyukurlah dengan apa yang dimiliki.
  • Saja suka-suka... TERBAIK.
  • Suka merapu di wall/ photo kita. Tidak pun, suka sangat mesej yang bukan-bukan. Hello... saya sudah berpunya. Tengok... statusnya 'in relationship'. Jadi, jangan lebih-lebih.
  • Tidak ada apa yang hendak diintip lagi. Jadi, unfriend sahaja ;)
  • Dia ganggu rumah tangga kita (buat mereka yang sudah bernikah). Bagi anak dara, suka benar melayan suami orang. Huhu... Muthiah pernah melihatseorang isteri mengamuk di wall facebook. Ce citer... ce citer... Iyalah. Dengan si isteri, tidak pula si anak dara mahu berteman atau bermesej. Dengan lelaki itu, bermanja-manja pula. Lelaki... lumrahnya mengayat. Perempuan pula, senang-senang diayat. Aduh... (Hehe... Muthiah copy and paste daripada wall seseorang di facebook).
  • Dia suka sangat pos di wall dia. Sampai recent post kita penuh dengan shout daripada dia. Hehe. Penyelesaian yang boleh diambil. Klik pangkah pada hujung sebelah kanan. Kemudian, klik pula 'Hide all by...'
  • Dia suka menjatuhkan kita. Jika ada yang dia nampak tidak kena, bukan hendak tegur baik-baik. Dihentamnya kita di khalayak umum. 'Maaf, saya tidak punya kawan yang sebegini.' Hmm... susah hendak cakap. Mungkin benar dia hendak menjatuhkan tetapi... mungkin juga memang caranya begitu. Apapun, bersabarlah ya.
Apa lagi, ya? Ehe... Tidak tahu. Jika ada tambahan, bolehlah tambah. Sekadar mengisi masa lapang. Tidak ada kaitan dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

Muthiah : Mengantuk...
Labels: 0 comments | | edit post

Ayah...

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah. Alhamdulillah. Hidup berlangsung aman.Peace no war ;)

AYAH!!!

Muthiah terbaca nota ini di facebook tetapi Muthiah print screen dari blog alkurawi. Syahdu dan apabila direnung kembali, bisa membikin air mata mengalir dari pipi. Ayuh, kita sama-sama renungi.

Klik untuk perbesarkan atau tanya sama pada pak cik Google. Hiii...

Cuma satu yang ingin Muthiah tambah... (Jika benar kita sayang ayah kita)...

  • Adik-adik, belajarlah dengan bersungguh-sungguh. Ayah pasti gembira apabila kita membawa pulang kejayaan kepadanya.
  • Bagi sang gadis, peliharalah auratmu. Kenapa? Bukankah setiap ayah itu akan dipertanggungjawabkan ke atas anak gadisnya?
  • Hormati ayah, doakan dia selamanya. Ya. Doa itu adalah senjata setiap Muslim. Hadiah yang paling berharga buat sang ayah, salah satunya ialah doa anak-anak yang soleh.
  • Berkawan, biarlah berpada-pada. Elakkan diri keluar tengah malam dengan ajnabi. Ayah risau. Elakkan bergaul bebas dengan bukan muhrim. Ayah risau. Jadi apa-apa, siapa susah?
  • Jagalah hak ALLAH sebaiknya. Ayah pasti tersenyum suka melihat anak yang dibesarkan sejak sekian lama menjadi anak yang soleh dan dekat dengan TUHAN-nya.
  • Jangan mengada-ngada. Buat apa melayan jantan! ~ Aduh. Keras bahasanya. Dengan kata lain, usahlah terlalu mudah untuk menjadi teman akrab buat sang lelaki. Peliharalah maruahmu, wahai gadis. (Ehe. Yang terakhir ini gimik yang mendalam maksudnya).
Muthiah : Sayang papa. Mwah ;)

Jom jumpa penulis Grup Buku Karangkraf


Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Ehe. Jom... kita sama-sama ke PBAKL untuk memborong buku dengan diskaun hebat. Bukan itu sahaja, sahabat-sahabat juga boleh bertemu dengan penulis kegemaran ;)



Temui Muthiah di Dewan Tun Dr. Ismail pada hari Ahad, 24 April 2011 jam 4.00 hingga 7 petang. Jangan lupa dapatkan Ayah, Amir nak masuk U! dan Ayah, Amir nak jadi doktor!
~ Terima kasih~

Insya-ALLAH, dari semasa ke semasa, Muthiah akan kongsikan link facebook dan blog penulis-penulis di atas. Moga memudahkan sahabat-sahabat untuk beramah mesra dengan penulis kegemaran masing-masing.

Muthiah : Terima kasih kepada Buku Prima kerana menjemput Muthiah untuk mempromosi buku pada hari tersebut.
Labels: 2 comments | | edit post

Berhati-hati apabila makan di luar

Assalammualaikum. Seperti yang Muthiah baca di Malaysiakini (Maaf. Buat masa sekarang, Malaysiakini tidak dapat dilayari pula). Penangan pilihanraya kecil agaknya. Akan tetapi, cubalah. Manalah tahu kalau-kalau sudah boleh masuk ~ sekejap boleh, sekejap tidak ;) Hiii...



Sekumpulan 50 pelanggan yang makan hidangan masakan kampung termasuk ikan patin di sebuah restoran di Temerloh, terkejut apabila
mereka dikenakan bayaran RM13,000.


NONEMenurut seorang daripada kumpulan itu yang enggan namanya disiarkan, beliau membawa rakan-rakannya menikmati makan tengah hari di restoran berkenaan baru-baru ini yang menyediakan ikan-ikan sungai, ulaman dan sayur-sayuran kampung.

"Selesai makan, pemilik restoran berkenan mengenakan bil berjumlah RM13,000 dan saya terpaksa membayar," katanya kepada Bernamahari ini.

Beliau berkata, jika dikira, setiap seorang daripada 50 orang itu, dikenakan bayaran RM260.

"Ini melebihi makan di restoran enam bintang di Kuala Lumpur," katanya.

Kejadian itu kini menjadi bualan peniaga serta penduduk di daerah Temerloh.

NONEBernama difahamkan ikan patin buah atau patin muncung dijual pada harga antara RM90 dan RM120 sekilogram, dan apabila dimasak, ia dijual dengan harga RM25 hingga RM35 seketul mengikut saiznya.

Ikan patin sangkar pula berharga RM15 sekilogram, dan jika dimasak, dijual antara RM5 dan RM7 seketul.

Ikan patin sungai berwarna kelabu manakala patin sangkar berwarna cerah dan putih di bahagian sisik atas dan bawahnya pula berwarna kemerahan serta banyak lemak.

Ketua Pegawai Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan cawangan Temerloh, Othman Din, meminta restoran dan kedai makan di Temerloh supaya mempamerkan tanda harga atau menyediakan harga pada menu jualan bagi kemudahan pelanggan dan orang ramai.

Mereka yang tidak mempamerkan tanda harga boleh dikenakan denda sehingga RM15,000 atau penjara dua tahun atau keduanya sekali, katanya.

Jadi... kawan-kawan, sebelum memilih hendak makan di luar, pastikan ada tanda harga. Kebersihan juga perlu dititikberatkan. Kalau boleh, makanlah di kedai yang taukenye menjaga aurat dan jaga hak ALLAH. Hiiii...

Tetapi ingat... tidak semua kedai cekik darah dan tidak semuanya yang kotor ...

** Bagi kes yang berlaku di Bangi, tidak pula Muthiah dapat pastikan kesahihannya. Kitalah yang membuat pilihan **

Peribahasa untuk hari ini : Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Muthiah : Gerun dan punya pengalaman sewaktu makan di sebuah gerai di Melaka.

Sahabat sejati

Assalammualaikum. Selamat berhujung minggu. Apa khabar? Muthiah... Alhamdulillah. Turun naik dalam hidup ini adalah lumrah. Jadi, bersiap sedia sahajalah.

Muthiah tersenyum sendiri tatkala menerima sistem kiriman ringkas daripada seorang kakak yang Muthiah sangat sayang. Ya. Percayalah. Muthiah sangat cinta padanya. Namun entahlah. Meskipun kasih, Muthiah tidak berdaya untuk meluahkan atau menunjukkan rasa tersebut.


Kiriman tersebut berbunyi ~ Adik, maafkan Akak atas segala kekhilafan Akak selama ini. Termasuk kebahagiaan Adik yang Akak raguti...

Menitis air mata Muthiah membacanya. Banyak cerita sebenarnya dan pasti! Setiap kali mengenang kembali kisah itu, hati Muthiah menjadi walang. Membuatkan bibir tidak bisa berbicara. Namun percayalah...

Apa jua tindakan...
Apa jua kondisi..

MUTHIAH SANGAT CINTA PADANYA...

Ayuh... kita hayati lagu ini. Imbas kembali kenangan bersama sahabat-sahabat.

Ada suka, ada duka.
Ada yang sampai mengalirkan air mata.

Layan =)

Muthiah : Mencintai mereka yang mengasihi.

Ganbatte ;)

Assalammualaikum. Selamat malam ... Mula-mula... JOM SENYUM kerana senyum itu sedekah ;)


Ehe. Mode Muthiah saat ini (10.30 malam) : Sangat rajin dan bersemangat untuk bekerja. Sahabat-sahabat, bagaimana? Ganbatte!
Labels: 0 comments | | edit post

Kisah Nabi...

Assalammualaikum. Apa khabar? Buat apa hujung minggu ini. Muthiah... Ehe. Hari ini perlu menemani suami kerja lebih masa lagi. Jadi, Muthiah pun ikut rajin sama ;)

Apa kata hari ini Muthiah membuat promosi untuk novel kanak-kanak pula. Ayuh... dapatkan di pasaran. Tulisan Puan Syima Syawal.



Ayuh. Jangan lupa dapatkannya di pasaran. Ehe. Insya-ALLAH. Pn. Syima Syawal juga boleh ditemui di PBAKL pada 1 Mei 2011, jam 10 pagi - 1 petang di Dewan Tun Dr. Ismail.

=)

Mencari Naurah (Bab 6)

“ABANG Asyraf... macam mana nak hilangkan rasa benci pada seseorang?” soal seorang junior.

“Aik, adik abang ada benci sesiapakah? Harap-harap, insan malang itu bukannya abang,” Anuar menyampuk. Aku tersenyum sendiri. Anuar begitu digeruni para junior kerana ketegasannya. Maka, tidak mustahil jika ada orang yang membenci atau meluat kepadanya.

“Sebab apa kita benci orang itu?” Asyraf bertanya tanpa menjawab persoalan yang dikemukakan.

“Sebab dia jahat gila. Bukan itu sahaja... pentingkan diri sendiri, suka mengambil kesempatan, tidak ada hati perut...” pelajar itu meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya. Ada sedikit emosi pada riak wajahnya.

Asyraf senyum sejenak lantas berkata, “Sudahlah jahat, gila pula. Kasihan kasihan...” Argh! Senyuman itulah yang bisa membuatkan hati wanitaku cair.

“Abang yakin rasa benci itu hadir bila mana kita disakiti. Kita akan rasa dizalimi,” ia menambah.

“Kenalkah adik-adik dengan Nadr bin Harith?” Asyraf bertanya lagi. Diam...

“Siapa boleh jawab, abang belanja aiskrim,” dia mula memancing hadirin yang mengikuti majlis ilmu di surau Umar Al-Khattab ini. Sudah tercatat dalam jadual aktiviti surau, Asyraf akan mengemudi kuliah maghrib pada setiap hari Selasa. Setiap kali giliran Asyraf, surau pasti penuh. Entah apa kelebihannya, aku sendiri tidak tahu. Mungkin kerana akhlaknya... mungkin juga kerana dia begitu petah berbicara.

“Natasha?” Dengan selamba Anuar menyebut namaku. Tersentak dibuatnya. Aku memandangnya sekilas lalu berkata, “Seorang lelaki berketurunan Quraisy tetapi tinggal di Taif. Dia banyak mengembara dan mengetahui cerita-cerita dongeng serta kepercayaan karut suku-suku lain.” Suaraku bergetar. Jawapanku mati di situ. Mahu menangis dibuatnya aku.

“Quraisy memintanya mengikuti Nabi Muhammad SAW berdakwah. Namun, apabila Muhammad mula mengajak manusia kepada Islam, dia pun mereka cerita karut. Katanya, Muhammad itu sama sepertiku dan dia punya cerita dongeng dan khurafat sebagaimana diriku. Perancangan ini berjaya pada awalnya.”

Asyraf diam seketika. “Terima kasih, Natasha,” sambungnya lagi.

‘Mana aiskrim... kata nak belanja?’ aku bertanya nakal di dalam hati.

“Insya-ALLAH, saya belanja aiskrim lain kali. Jangan lupa tuntut,” seloroh Asyraf. Para hadirin ketawa, tidak terkecuali Anuar yang gelak tawanya yang terlalu melampau.

Beep... ada sistem pesanan ringkas rupanya. Aku segera membuka peti mesej. Tertera nama Anuar, ‘Tidak salah pun perempuan bercakap di khalayak umum dalam menuntut ilmu...’ Aku segera mematikan telefon bimbitku. Tidak mahu fokusku terganggu dengan sistem pesanan ringkas yang tidak sepatutnya.

“Siapa lagi tahu tentang sirah perjuangan Nabi yang menyerlahkan kesabarannya?” ia melontarkan persoalan kedua. Aku tahu, Asyraf tidak mahu orang mengantuk mendengar kuliahnya.

“Natasha??” Suara itu lagi. Argh! Aku tahu Anuar mahu mengenakanku.

“Baiklah, Anuar. Ada idea?” Tersentak Anuar apabila ditanya Asyraf begitu. Aku menundukkan kepala namun dalam diam, aku sebenarnya sedang tersenyum puas. Aku kemudiannya mendongak semula, masih setia mengukir senyuman.

“Em...” dahi Anuar kulihat berkerut-kerut mencari jawapan. ‘Susah?’ tanya hatiku.

“Dalam siri peperangan Uhud, salah seorang Quraisy telah menetak Muhammad SAW sehingga terjatuh ke dalam lubang. Tetakan yang begitu kuat menyebabkan topi besi Rasulullah mengenai isi kepalanya. Selain itu, gigi baginda turut patah. Muka dan kepalanya berdarah,” jelas Anuar panjang lebar. Penerangannya betul-betul mengikut skema jawapan peperiksaan. Aku tersenyum lagi.

“Akan tetapi, setelah umat Islam berjaya membuka kota Mekah, Muhammad memaafkan mereka. Terima kasih, War,” sambung Asyraf sambil melirikkan matanya ke arah Anuar. Anuar hanya menganggukkan kepalanya.

Betul kata Asyraf. Membenci tidak menyelesaikan masalah bahkan menjadikannya sebagai satu beban dalam diri. Kebencian membuatkan hati tidak tenang. Diri akan cepat merasa marah dan tidak berpuas hati terhadap orang lain. Akibatnya, diri sendiri yang merana.

Pesuruh ALLAH sendiri diuji dengan hebatnya. Namun, dia tetap sabar dan tidak sekali-kali melatah. Dia kembali kepada ALLAH untuk membuat perhitungan. ALLAH itu Maha Tahu serta Maha Adil atas segala sesuatu. Mana mungkin ALLAH menzalimi hamba-NYA yang dicipta. Semua yang berlaku pasti ada hikmah tersendiri dan tersembunyi. Justeru, sebagai manusia yang mengungkapkan, Tiada TUHAN yang diabdikan diri melainkan ALLAH dan sesungguhnya Nabi Muhammad itu persuruh ALLAH, perlu meneladani sisi peribadi yang dimiliki kekasih ALLAH itu.

Terkenang peristiwa ketika aku bertengkar dengan Nasrul. Marah, sakit hati... semuanya hadir. Entah-entah sudah sampai tahap membenci. Bukan setakat bencikan perbuatannya, bahkan dirinya yang tidak pernah mahu insaf itu.

Menggelegak hatiku mengenangkan mak yang tidak kering air mata dengan sikap dan perangai Nasrul yang kadang-kadang lebih teruk daripada... aku tidak berani meneruskan kata-kata. Khuatir menjadi doa. Aku mengangkat tangan.

~bersambung~

Diskaun hebat Grup Buku Karangkraf

Assalammualaikum, semua. Ayuh kita memborong sama-sama. Dapatkan diskaun hebat di PBAKL.
klik pada gambar untuk besarkan.

Jeng jeng jeng... Jangan lepaskan peluang ini ;)

Muthiah : Ehe. Jangan lupa dapatkan novel tulisan Muthiah ~ Mencari Naurah ;)
Labels: 0 comments | | edit post

Usahlah bersedih... (al-Fussilat, 41:30)

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah... Hmm... 'Ala kullihal ALHAMDULILLAH. Senyum sokmo... pasti akan nampak comel sentiasa. Hihihi... Naik lif tingkat 20, tekan sendiri ;)




Baik. Lama sudah tidak berkongsi terjemahan ayat Al-Quran. Hari ini, jom...

Surah Al-Fussilat ayat 30 yang bermaksud, "Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan, 'Tuhan kami ialah Allah', kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan, 'Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu',".

Jadi?

Usahlah gentar... usahlah takut... usahlah bersedih hati...
Kita sama sekali tidak sendiri.
Kita punya ALLAH yang sentiasa dekat... lebih dekat daripada urat merih kita...
Lebih hampir daripada hampirnya suami/ isteri kita...
Apa yang penting...
Kita sendiri tidak menjauhkan diri daripada-NYA...
Kembalilah kepada DIA dalam apa jua kondisi...

Huhu... Ketandusan idea. Moga yang sedikit ini tetap memberi manfaat kepada semua.

Salam sayang buat semua...

Muthiah : Rasa macam hendak menjerit macam Tarzan. Hahaha...

Wajah itu


Ketika mana aku melihat wajah-wajah mereka yang ayu
Tidak semena-mena aku menjadi sayu
Pilunya hati hanya TUHAN yang tahu
Siapalah aku... siapalah aku...

Mode : Babak jiwang karat, cuba melayan perasaan (Belajar buat puisi)

Muthiah : Ehe. Practice make perfect ;)
Labels: 2 comments | | edit post

Jom jumpa mereka di PBAKL ;)

Assalammualaikum. Ehe... Pernah membaca karya dia tetapi tidak pernah bersua muka. Mahu mengenali mereka secara dekat. Ayuh - Ke PBAKL 2011 ;)


Ehe. Mahu berkenalan dengan mereka? Jom (Suka-suka hati sahaja Muthiah ni). Namun sebelum itu, sign in-lah Facebook dahulu.

23 April 2011.

7- Fauziah Ashari
8- Cahaya Izzati


Hmm... panjanglah pula hendak mencari. Insya-ALLAH, baki penulis-penulis akan Muthiah kemaskini dari semasa ke semasa. Ayuh... ayuh... ayuh...

ps : Facebook Fauziah Ashari dan Cahaya Izzati Muthiah tidak jumpa. Maaf ...
Labels: 0 comments | | edit post

Telur ayam tiruan


Assalammualaikum. Apa khabar? Muthiah. Alhamdulillah, insya-ALLAH.

Hmm... isu yang hangat diperkatakan - TELUR TIRUAN - Macam-macam sekarang ini, ya? Ada telur tiruan, ada orang tiruan, ada IC tiruan. Semua ada. Aik! IC tiruan, bagaimana pula? Entahlah. Jom fikir sampai botak kepala.

Cakap pasal telur tiruan, jom baca :

1- Telur ayam tiruan di Pulau Pinang - Rupanya sebiji telur ayam tetapi ia telur ayam tiruan diperbuat daripada bahan kimia yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan dan dijual di pasaran terbuka di Pulau Pinang.

2- Dalang telur ayam diburu - Dalang di sebalik telur tiruan akan dikenakan tindakan mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan juga akta lain yang mungkin berkaitan.

3- Lapor segera jika terbeli telur ayam tiruan - Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) meminta pengguna yang terbeli telur dipercayai tiruan supaya membuat aduan segera supaya siasatan terperinci dan tindakan boleh dilakukan, kata timbalan menterinya Datuk Tan Lian Hoe.

Awas! Telur ini boleh memudaratkan kesihatan. Bagaimana hendak membuat dan mengenalpastinya? Jom jengah blog Cik Anastasyea.

Muthiah : Jom makan ikan kembung.

Jom menulis dengan Alaf 21 (NOVEL NUR)

Jeng jeng jeng... Peluang baik buat mereka di luar sana ;)


Sila klik pada gambar untuk perbesarkan...

Assalammualaikum....

Hendak menulis?
Tidak tahu hendak hantar manuskrip ke mana?
Usah dipersiakan bakat yang ada...
Sampaikan walau seayat ...

Sebarang pertanyaa, boleh hubungi Puan Norlizawati di 03-51013324
@ emel norlizawati@alaf21.com.my

Selamat maju jaya ;)
Labels: 0 comments | | edit post

Oh, tidak! Jah tertekan...

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah... Alhamdulillah. Sihat-sihat sahaja. Mengantuk sedikit. Adoi. Okey. Kurangkan melalut... lebihkan berkongsi sesuatu yang bermanfaat.

Baru-baru ini, Muthiah terbaca kisah remaja yang cuba membunuh diri. Dalam akhbar bulan lepas pun, ada ditulis informasi tentang kes bunuh diri di Malaysia (Peringatan : Terdapat perbezaan antara bunuh diri dan dibunuh :Bunuh diri - sia-sia, Nauzubillah. Dibunuh kerana mempertahankan hak dan kebenaran - wira namanya).


Sengaja letak gambar kontra dengan tajuk.

Persoalan :

1- Mengapakah berlaku kes bunuh diri ini?

  • Tekanan perasaan.
  • Masalah mental.
  • Saja-saja.
  • Kurang didikan agama. Agama ada tetapi kurang pula penghayatannya.
  • Terasa diri tidak disayangi.
  • Tidak tahan kena paksa supaya mengaku salah. Adakah begini? Mungkin tidak!
  • Bla bla bla...

2- Bunuh diri juga dikaitkan dengan tekanan perasaan. Apakah punca tekanan perasaan itu sendiri?

  • Banyak sangat masalah - famili, kawan-kawan, kekasih, kerja...
  • Putus sudah kasih sayang tetapi bukti 'kasih' ada!
  • Terlalu banyak memendam rasa. Macam kenal pula siapakah gerangannya ;)
  • Jauh daripada TUHAN. Ya, ALLAH. Dekatkan kami kepada-MU.
  • Kecewa. Aduh. Kecewa dengan keluarga sendiri... kecewa dengan kerja... kecewa dengan semuanya.
  • Konflik dalam diri... konflik dengan orang lain...

Jadi, bagaimana?
Hmm... susah hendak menjawabnya. Tidak kena pada batang hidung sendiri, bolehlah cakap. Cuba alaminya. Baru tahu langit itu tinggi atau rendah. Aduh, bahasa. Bukankah bahasa itu melambangkan bangsa? Apa merapu, Puan Muthiah oi.

Apapun, kembalilah kepada DIA. Ayuh kita berdoa sentiasa agar digolongkan dalam lingkungan manusia yang tabah dan sabar menghadapi dugaan. Iyalah. Dugaan dan cabaran dalam hidup itu akan tetap ada. Cuma, kita sendirilah yang membuat pilihan bagaimana hendak mendepaninya.

Muthiah : Moga kuat selalu. Persetankan kewujudan..

Bersemangat


Mode Muthiah jam 10.50 pagi ~ Bersemangat untuk bekerja.

Ehe. Sebab... ada orang beli cadar.


Insya-ALLAH, akan dipos tengah hari ini. Siapa-siapa yang berminat hendak pesan cadar home made daripada Muthiah, boleh maklumkan ya ;)

Muthiah : Semangat menulis tiada lagi ... Hiii...
Labels: 0 comments | | edit post

Kelu


Tatkala ku terpandangkan wajah dia
Lidahku menjadi kelu...
Jantungku bagai disentap-sentap
Sakit...
Pedihnya menusuk kalbu
Aku keliru
Buntu...
Kehadirannya membuat aku pilu...

Oh, ...

Mode : Belajar buat puisi jiwang yang entah apa-apa entah ;)
Labels: 0 comments | | edit post

Untukmu Ibu

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Ada baik... Muthiah. Alhamdulillah. Baik-baik sahaja. HAPPY sokmo. Benar? Ehe. Kalau tidak benar pun, tidak apa. Yang penting, Muthiah bahagia bersama insan-insan yang menyayangi Muthiah.

Hmm... Tiba-tiba, Muthiah teringatkan arwah mama. Jom. Kita sedekahkah Al-Fatihah kepada sesiapa sahaja yang kita sayang. Baik yang masih hidup, mahupun yang telah meninggal dunia.

Kadang-kadang, kita tidak nampak kebaikan dan pengorbanan seseorang bilamana dia dekat dengan kita. Namun, apabila dia telah tiada... barulah kita merasa kehilangan. Jadi, sahabat-sahabat. Fikir dan renungkan.

Untukmu ibu...


Corat-coret ...

  • Sayangi dan hargai orang yang menyayangi kita.
  • Kerja rajin-rajin (nampak sangat tidak ada idea).
  • GEMBIRA sokmo.
  • Hormati suami, sayangi isteri.
  • Amanah, jujur, istiqomah. Hiii...

Baiklah. Selamat maju jaya buat semua.

Muthiah : Mode ~ Merapu.

Bila mood menjunam ...


Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Bagaimana dengan hujung minggu kawan-kawan? Muthiah... Hmm... oleh sebab suami bekerja, Muthiah pun masuk pejabat sama. Ehe...

Alhamdulillah.

Pagi semalam, kerja Muthiah berjalan lancar. Senang hati sungguh. Iyalah. Rasa licin sahaja perjalanan kerja hari ini.

Namun petangnya... kuikuikui... letih bangat. Mungkin dek tiada rehat yang secukupnya.

Malamnya pula... 'Not in good condition...' Dengan kata lain, 'Mood tidak OK.' Macam-macam rasa ada.

Pagi ini pula... 'Stay the same. Can't focus on my work too.' Sudah tepu agaknya kerana non-stop working hampir 1 minggu ;) Jadi... beristirehatlah bersama insan tercinta. Hahaha...

Mood oh mood... Kenapa, ya? Kadang-kadang mood seseorang tidak berapa baik?

1- Kerja banyak sangat.

2- Baru lepas kena marah.

3- Tepu... tidak boleh fikir apa-apa sudah.

4- Datang bulan (bagi wanita).

5- Ada banyak masalah menghambat (masalah keluarga/ kerja/ kawan-kawan/ masalah yang sengaja dicari).

6- Kawan tidak telus/ jujur dalam perhubungan.

7- Orang menganggap diri bukan-bukan. Dengan kata lain, dituduh sembarangan. Huhu... No worry. ALLAH Maha Teliti Penghitunga-NYA, beb ;) Serah pada-NYA sahaja.

8- Sedih!!! Sedih!!! Sedih!!! Tidak mampu diungkap dengan kata-kata. Hanya hati yang bisa berbicara. Parah ni ;) Jom makan RFC!

9- Pasangan memuji kelebihan orang lain. Huhu.... Bagi sang pasangan, jika ada sesuatu yang membuatkan anda tertanya-tanya, baik bertanya terus. Kalau tidak, dikhuatiri sakit dan menangis sendiri.

Apa lagi, ya?

10- Sedih! Sedih! Sedih! Sedih lagi? Hmm... rasanya sedih merupakan antara sebab utama seseorang itu tidak ada mood. Membuatkan otaknya mula berfikir sesuatu yang bukan-bukan. Bukan setakat bukan-bukan bahkan yang tidak sepatutnya. Jadi, la tahzan. Semudah itu? Hmmm... hanya itu yang mampu Muthiah ungkapkan...

OK. Selamat berhujung minggu. Kitalah yang membuat pilihan, Sama ada mahu mood mengawal kita atau kita yang mengawal emosi kita ;)

Muthiah : =)

Menanti Fajar Sidik

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Ehe. Hari ini, terlewat mengemaskini blog. Bukan apa, siapkan kerja sedikit dahulu. Semakin berkobar-kobar. Harapan Muthiah agar target Muthiah kali ini tercapai. Caiyok-caiyok.

Baik. Promosi novel NUR hari ini adalah karya daripadaRaihan Zaffya, penulis yang tidak asing lagi. Novel pertama beliau berjudul Kasih Ke Syurga dan sudah sampai ke cetakan ke-2. Ehe.. Jom, dapatkan novel ini di pasaran. Jika tidak menemuinya di kedai buku, bolehlah ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang akan berlangsung di PWTC pada 22 April hingga 1 Mei ini. Kak Raihan pun ada cuma jadualnya, Muthiah tidak pasti. Insya-ALLAH, Muthiah akan kemaskini sebarang aktiviti Grup Buku Karangkraf dari semasa ke semasa.



Sinopsis :

MIA SAKINAH - Mahu seteguh Rabiatul Adawiyah. Ingin juga setegar Sumayyah. Semangat kental tersembunyi di sebalik tubuhnya yang kecil. Hidupnya penuh ranjau dan duka. Ketentuan TUHAN memang tidak pernah terduga. Kehidupan biarpun pahit masih perlu diteruskan.

DANNY – Dia tercari-cari jalan pulang. Dosa-dosa lalu menghantuinya. Pada ILAHI dia mohon keampunan. Dia memulakan kembara menjejak sekeping hati yang telah dilukai. Niatnya hanya satu, kemaafan. Dia ingin mengembalikan harga diri yang telah tercalar.

Dapatkah niat Mia Sakinah dan Danny bersatu? MENANTI FAJAR SIDIK jawapan kepada segala-galanya…

Ayuh, dapatkan segera di pasaran ;)

Muthiah : Jom makan. Makan??

PBAKL 2011

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Ehe... Jom... kita bersiap sedia ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Jangan lupa untuk berkunjung ke...
Di mana? - PWTC.
Bila? - Dari 22 April hingga 1 Mei 2011.
Kemudian? - Jom ke Dewan Tun Dr Ismail, PWTC. Grup Buku Karangkraf sedang menanti anda si sana ;)
Labels: 2 comments | | edit post

Takut....


Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah... Alhamdulillah. Sudah masuk gear 2 dalam menyiapkan sesuatu. Hmm... Awalnya, Muthiah target kerja Muthiah ini selesai pada penghujung bulan Mac. Namun, atas sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan, jadual Muthiah teranjak sehingga sebelum Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur nanti. Ehe. Kelapangan, ayuh temui Muthiah di sana, insya-ALLAH.

Hari ini... Muthiah mahu coret-coret santai sahaja. Apa, ya?

Soalan mudah ~ Apakah tempat yang paling anda takuti untuk kunjungi?

1- Kawasan kubur? - Waktu kecil dahulu, selalu dimomokkan dengan kewujudan hantu atau roh di kawasan perkuburan. Nampak sahaja kubur, terus percepatkan langkah. Walhal, jika direnung dan dimuhasabah... mengingatkan kematian membuatkan kita makin dekat dengan ALLAH. Hiiii...

2- Bilik cikgu disiplin? - Muthiahlah empunya diri. Mengapa? Bila mana Cikgu Maznah panggil (Cikgu Maznah merupakan guru disiplin sekolah Muthiah dahulu), pasti ada kesalahan yang Muthiah buat. Apa? Tidak pakai pin tudung. 'Tidak roklah, cikgu.' Hmm... macam-macam budak-budak...

3- Rumah bakal mertua? - Iyalah. Boleh jadi setiap pergerakan kita diperhatikan. Aduh. Kalau mak mertua tidak berkenan, melepaslah untuk sehidup dan semati bersama si dia.

4- Asrama? - Kenapa? Banyak 'cerita' di asrama. Nampak hantulah. Sampai, hendak ke tandas tengah malam pun kena berteman. Kes bulilah. Kes senior belasah junior. Kes warden pukul pelajar. Kes curilah. Kes berkhalwat di kalangan pelajar. Aduh. Macam-macam ada. Memang menakutkan. Namun, apabila sudah berjaya melepasi 'rintangan' hidup di asrama ini... kita mungkin menjadi orang yang kuat. Macam Kamen Rider Kabuto ;)

5- Lebuh raya Karak? - Macam-macam cerita ada...

6- Disko/ tempat judi? - Iyalah. Tempat banyaknya berlaku maksiat. Takut terkena tempias sama. Hmm... di dalam taman, tepi tangga, rumah bujang pun sekarang sudah ada.

7- Kedai kopi? - Selain kena belanja orang yang suka dibelanja, silap hari bulan boleh termakan daging saudara sendiri alias mengumpat!

Hmm... Apa lagi, ya? Ada tambahan???

Oh... Ada satu lagi. Mana? SPRM.... Huhuhu....

Muthiah : Ya, ALLAH. Peliharalah aku, dia dan mereka yang aku sayangi daripada azab api neraka... juga mereka yang menzalimi...
Labels: 0 comments | | edit post

Mencari Naurah (Bab 5 - Samb.)


‘YA, ALLAH. Berilah aku kekuatan...’ rintihku sayu sesudah menunaikan solat sunat taubat. Begitulah rutinku setiap kali merasakan diriku melakukan kesalahan. Aku rasa bersalah pada diri sendiri tetapi tidak dapat kukenal pasti di manakah silapnya? Yang pasti, perasaan bersalah menyelubungi hatiku. Aku memuhasabah diriku. Mengapa aku tidak mampu menjadi setabah mak?

Pantas benar masa berlalu. Esok aku akan kembali ke kampus. Tidak puas rasanya bersama mak. Tempoh tiga hari di kampung halaman kurasakan begitu singkat. Sepanjang tempoh ini jugalah Nasrul tidak pulang ke rumah. Timbul rasa kesal di dalam hati tatkala melihat riak wajah mak yang khuatir terhadap keselamatan Nasrul.

Nasi tidak dijamah menyebabkan aku juga menjadi tidak berselera untuk makan. Sekejap dia menuju ke jendela. Sekejap dia turun ke tanah. Mana tahu kalau-kalau Nasrul menyorok di bawah rumah. Waktu kecil dahulu, Nasrul sering bersembunyi di bawah tangga tatkala dimarahi ayah. Dia akan duduk diam-diam sehingga mak datang mencarinya. Kemudian, anak kecil itu didukung mak dengan penuh kasih sayang. Tidakkah Nasrul ingat?

“Bila Asha nak balik rumah lagi?” tanya mak ketika menghantarku ke jalan utama. Ketiadaan Nasrul menyebabkan aku perlu menaiki bas ke Kota Bharu. Perjalanan dari rumahku ke bandar KB mengambil masa hampir satu jam. Jadi, aku perlu turun awal agar tidak terlalu lewat sampai ke stesen bas.

“Insya-ALLAH... jika tiada aral, Asha balik bulan depan, mak,” kataku sambil memandang tepat matanya. Aku melirik baju yang dipakai mak. ‘Baju lusuh itu juga yang disarungnya,’ bisik hatiku.

Bulan sudah, aku menghadiahi mak sehelai jubah yang kubeli di Butik Mawaddah. Namun, mak hanya memakainya tatkala menghadiri majlis keraian. Kata mak, baju itu terlalu cantik untuk dipakai sehari-hari. Takut rosak dan lusuh. Aku tidak berkata apa-apa. Biarlah mak... asal dia bahagia.

~bersambung~

Jika semua orang tidak amanah!


Assalammualaikum, semua. Apa khabar? Muthiah... Alhamdulillah. Sihat bahkan bertambah sihat. Ada yang cakap, Muthiah nampak semakin berisi. Bermakna, sesi diet bermula. Hmm... minggu hadapan. Hihi...

Baiklah. Hari ini, Muthiah ingin berkongsi pengalaman mengisi petrol di stesen minyak di Setiu (ada beberapa stesen minyak di sana). Mana satu? Adalah.

Begini... pada 26 Mac 2011, jam 10.00 malam... Jeng jeng jeng...

Muthiah dan suami telah ke stesen minyak... Hendak isi petrol, di samping membeli topup Maxis. Hmm... ada 2 peristiwa yang agak mendukacitakan Muthiah.

1- Beli Maxis RM10, tetapi dikenakan caj tambahan.

Pasal ini, Muthiah okey lagi. Sebab, pernah dengar juga membaca/ mendengar kisah cas tambahan jika hendak membeli topup di sesetengah tempat. Namun, pelik juga. Di stesen minyak pun kena juga?

2- Nilai petrol di pam lain, cashier cakap lain.

Yang ini, Muthiah kecewa. Bukan sebab sen yang ditipu tetapi sikap cashier yang tidak jujur dan amanah.

Meskipun duit lebih HANYALAH RM0.70, adalah tidak wajar dia berbuat demikian. Kalau seorang pelanggan dia dapat RM0.70... bagaimana halnya jika 100 orang pelanggan? Bukan hendak berkira tetapi jika dibiarkan sahaja, dikhuatiri jadi amalan dan tabiat. Duit itu pula digunakan untuk kegunaan sendiri. Nampak kecil tetapi bukankah RM0.70 itu juga yang akan menjadi darah dagingnya? Penghitungan dengan manusia yang ditipu dan TUHAN lagi...

Ceritanya begini... Kami mengisi minyak di ...

Oleh sebab suami yang mengisi petrol di bahagian pam, Muthiah hanya tunggu di kaunter (tunggu duit baki). Kemudian, si jurujual memberitahu. "RM60." Muthiah pun baliklah. Namun, entah macam mana... Muthiah hendak tengok nilai di pam. Aik. Hanya RM59.30? Kenapa cakap RM60?

Muthiah bertanya dengan suami. "Berapa?" Suami menjawab, "RM59.30." Agak lama Muthiah berdiri di situ. Jurujual pula hanya memandang Muthiah tanpa berbuat apa-apa. Muthiah pun segera bertemu dengan jurujual tersebut. Pandai pula dia memulangkan baki RM0.70. Tidak payah minta. Dia sudah sedia tahu. Hmm...

Pokok persoalan di sini bukanlah nilai RM0.70. Beli nasi minyak sebungkus pun tidak cukup. Namun, tentang sikap manusia itu sendiri. Bayangkan...

  • Jurujual bersikap begini... Ambil diam-diam. Bagi yang tidak sedar, selamatlah sekejap (di dunia). Duit itu pula digunakan untuk membeli makanan. Apabila makan makanan haram, bagaimana jadinya?
  • Pegawai bersikap begini... Masih ingat isu pekerja bank yang ditahan badan pencegah rasuah sebab tidak amanah? Dia ambil, bukannya banyak pun atas satu-satu transaksi. RM0.01 sahaja. Akan tetapi, apabila melibatkan berjuta traksaksi, berapa yang dia dapat? Pokoknya, duit itu tetap haram walau mungkin pelanggan tidaklah berkira dengan RM0.01 yang dikebas.
  • Bagaimana pula kalau pemimpin masyarakat yang bersikap begini? Kitalah yang membuat pilihan. Aik. Macam kempen pilihan raya pula. UNDILAH SAYA ;)

Jadi di sini...

Apabila isi minyak di petrol pam, tengok-tengoklah juga nilai di pam. Sekiranya tidak sama dengan yang dinyatakan jurujual. Tanya kembali kepada sang jurujual. Mungkin dia tersilap. Atau mungkin, memang ada something wrong somewhere. Sebolehnya, tegurlah jurujual yang tidak amanah. Bukan apa. Khuatir kalau dibiarkan, dia akan berterusan begitu.

Ketahui hak anda!

Okey. Selamat tengah hari ;)

Muthiah : Hmm... ada sesuatu yang sedang dipendam. Hiii...

Cadar fitted (merah jambu)

Assalammualaikum. Apa khabar? Alhamdulillah, Muthiah selamat sampai di Taiping pada Ahad malam. Letih tetapi seronok. Sebab...

  • Dapat balik kampung.
  • Dapat jalan Rantau Panjang (ada target barang untuk masa akan datang).

Insya-ALLAH, mulai esok Muthiah akan kembali aktif di blog dan seperti biasa... buat blogwalking (walaupun acap kali 'lupa' meninggalkan jejak). Sayang semuanya.

Hmm... Idea banyak tetapi mood menulis kurang. Apa kata kalau Muthiah kongsikan alias ehe... promosi cadar yang baru Muthiah beli. Jika ada yang berminat, boleh maklumkan ya ;) Jeng jeng jeng...

Cadar fitted. Suka suka suka ;)

Antara kelebihannya : Tidak berkedut.

Selamat bekerja :)

Muthiah : Insya-ALLAH, akan mula 'bekerja' hari ini.
Labels: 2 comments | | edit post

Debu-debu dosa

Assalammualaikum. Apa khabar, semua?

  • Pejam celik pejam celik, sudah bulan April rupanya.
  • Pejam celik pejam celik, usia kita pun semakin bertambah.
  • Pejam celik pejam celik, uban sudah tumbuh di kepala.

Satu soalan cepu emas...

  • Siapa yang menangis malam tadi?
  • Kenapa boleh menangis?
  • Siapa yang menangis kerana mengenangkan dosa dalam diri?


Ayuh. Jom kita saling mengingatkan. Hidup ini tidak lama. Tengok-tengok, jasad sudah berada di dalam keranda. Terbaring kaku tanpa boleh berbuat apa-apa.

Masih ada manusia yang kita sakiti hatinya?
Masih ada hutang yang belum berbayar?
Masih ada amanah yang belum dilunaskan?

Moga-moga, kita kan dipilih TUHAN sebagai salah seorang hamba yang mendapat rahmat daripada-NYA.

Muthiah : Sayang...

Dia Tidak Berdosa


Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Selamat berhujung minggu. Macam mana kondisi hati? Ada baik? Muthiah... Alhamdulillah. Baik-baik sahaja. Berusaha untuk menjadi selalu optimis, positif dan bertenaga. Ganbatte ;)

Okey. Novel NUR pilihan hari ini ialah....

Dia Tidak Berdosa


Sinopsis

Kemelut hidup Nur Khalidah, wanita mualaf yang terpaksa memilih antara dua. Dia nekad memilih agama Islam kerana itulah pegangan yang dia percaya. Namun, keluarga yang ditinggalkan sentiasa mengungkit kisah lama; dia anak angkat yang tidak mengenang budi. Tapi jauh di sudut hati, mereka tetap dirinduinya. Sayang sekali... hidup Nur Khalidah tidak tenang. Bayang-bayang noda itu sering menghantuinya siang dan malam. Siapakah yang sakit melihat kebahagiannya?

Penulis : Putri Andalas

Info lain. Huhu... Tidak Muthiah temui tetapi ada promosi tentang beliau di dalam poster ini. Jangan lupa dapatkan novel ini pasaran ;)


Muthiah : Jom kita saling membantu ;)