Keras hati lagi? Bawalah...


Assalammualaikum, semua. Apa khabar? Muthiah... Alhamdulillah. Pagi tadi bersahur dengan air kosong. Bukan apa, gas habis malamnya. Insya-ALLAH, petang nanti beli baru.

Sudah mula berpuasa enam? Ehe... Bagi yang masih belum bermula, Insya-ALLAH ada masa lagi. Ayuh kita rebut peluang yang diberi ALLAH untuk mendekatkan diri kepada-NYA. Muthiah juga... selalu berdoa kepada TUHAN agar ALLAH memilih Muthiah untuk menjadi salah seorang yang mendapat tempat untuk ini (puasa enam). Iyalah... kita hanya merancang. Sebaik-baik perancang adalah ALLAH yang Esa.

Hmmm... apa yang hendak dikongsi ya? Sebenarnya, kesihatan Muthiah tidak cukup baik sekarang ini. Mungkin musim orang sakit. Balik sahaja dari kampung, terus demam. Jadi, hendak menulis pun terasa berat rasanya. Maklumlah, perlu memerah otak. Jadi, Muthiah bercerita apa-apa yang mampu, ya? ;)

Baru-baru ini, Muthiah terbaca berita di akhbar online Kosmo tentang Bumi yang huru-hara dek matahari. Namun, bukan ini yang membuatkan Muthiah berfikir dan terus berfikir. Ada perkara lain yang terus bermain di dalam benak Muthiah.

Satu hari, Muthiah pasti mati. Muthiah akan meninggalkan segala apa yang Muthiah miliki. Harta (tidak ada pun)... juga orang-orang yang Muthiah sayang. Muthiah akan dikapankan. Akan disemadikan di dalam kubur. Duduk seorang diri ditemani cacing... ulat... Kemudian, malaikat datang menghampiri lalu menjalankan tugasan mereka menyoal dan bertanya...

Hmmm... Macam mana, ya? Masih banyak yang belum setel. Bersediakah Muthiah? Tidak! Muthiah belum bersedia. Jadi??? Hanya mengharap rahmat TUHAN.


Sementara masih bernyawa ini, ada lagikah ruang bagi Muthiah untuk :

1- Berasa benci dan marah pada orang yang menyakiti? ~ Muthiah pernah terbaca status pada wall facebook iLuvIslam.com fan. Soal kemaafan. Antara respons yang diterima... 'Maaf boleh, lupa sukar.'

Permasalahannya, mana ada orang yang tidak pernah berbuat silap...
Permasalahan lainnya, sukar pula untuk berlapang dada apabila hati diguris BERKALI-KALI.

2- Berasa kecewa dengan tanggapan dan anggapan yang menghinggapi? ~ Entahlah... bukan kita yang memegang hati-hati manusia. Sebab itu kita tidak bisa menduga apa yang tersirat dalam jiwa mereka. Entah positif, entahkan negatif. Bukan apa susah-susah? Tidak payah pening kepala berfikir tentang tanggapan tersebut. Tidak memanfaatkan siapa-siapa. Apa yang boleh dibuat...

Serah semuanya pada perhitungan ALLAH yang MAHA TELITI... lagi MAHA ADIL, SAKSAMA dan TELUS.

Diri kita sendiri, peliharalah daripada sikap suka bersangka-sangka... mengumpat... mencela dan mengkeji. Insya-ALLAH, bilamana kita menjaga diri kita daripada sikap buruk ini... percayalah. ALLAH akan memelihara diri kita. Jika masih ada yang tetap tidak berpuas hati dan mengata, ehe... anggap sahaja satu bonus atau pahala percuma buat diri kita.

3- Berasa tidak cukup dengan apa yang telah dimiliki? ~ Alhamdulillah. Bab kecukupan, rasanya Muthiah sudah berasa cukup dengan apa yang ada. Muthiah berbahagia hidup bersama suami dan keluarga tercinta. Namun, tidak bermakna Muthiah sudah berhenti berusaha. Usaha tetap usaha. Hasilnya, Muthiah serah pada perencanaan TUHAN. Tidak perlu berkeluh-kesah dan berasa kecewa (meskipun kadang-kadang punya keinginan . ALLAH lebih tahu.

Dan... banyak lagi...

Persoalannya...

Mahukah Muthiah membawa perasaan marah... benci... kecewa dan sakit hati bersama-sama jasad Muthiah yang sudah tidak bernyawa?

Adakah ini yang ingin Muthiah persembahkan kepada ALLAH nanti? Sudahlah amal dan kebaikan tidak sebanyak mana. Kendong sekali benda yang entah apa-apa entah ini.


Jadi, bagaimana???

Berlapang dadalah atas sesuatu, wahai hati... SUKAR!!! PAYAH!!!

Lantas, bawalah rasa benci dan marah itu ke hadapan TUHAN-mu... MALU....

Justeru, maafkanlah... bersenang hati... redha bukan setakat yang terucap pada bibir. Huhuhu...

Hmmmm... Insya-ALLAH...

Teman-teman yang Muthiah kasihi fillah... Pernah alami keadaan ini? Jadi, apakah pilihan kita???

Kuliah pagi : Bangkit di Padang Mahsyar. Bersediakah kita?

Akhbar hari ini : Felda oh felda... Peneroka menang lagi ;)

Muthiah : Apabila hidup ini sentiasa mengharapkan TUHAN, insya-ALLAH kita akan bahagia. Itu pasti.

Bersabarlah...

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah... apa jua keadaan, insya-ALLAH... Bibir kan menyatakan ~ Alhamdulillah... Ceria, bahagia dan bergembira selalu. Betulkah? Ehe... Muthiah memilih untuk positif! Caiyok-caiyok...

Hmmm... hendak tulis apa, ya? Tidak ada idea. Jom hayati lagu ...



Kemudian, renungkan semula...

Apakah yang membuatkan kita bersedih hati?
Apakah yang mengganggu fikiran kita?
Apakah yang menjadikan kita patah semangat?
Apakah yang menjatuhkan keyakinan diri kita?

Setelah mendapat jawapan...

Katakan pada diri...

Aku tidak sendiri. Aku punya ALLAH yang selalu dekat denganku.
Aku perlu positif dan optimis. Kalau bukan aku yang menggembirakan hatiku, siapa lagi?

Hmmm...

Kata kunci : Sabar... tabah... cekal...

Huhu... payah tetapi cubalah... (Peringatan buat diri Muthiah khususnya).

Kuliah hari ini : Memutuskan silaturrahim.

Akhbar hari ini. : Apabila Habib membuka hotel di Kelantan.... Ini tandanya...

Muthiah : Mendengar dan terus mendengar. Cuba untuk menjadi pendengar yang baik ;)

Katakan tidak pada... (iii)


-sambungan semalam-

4- Doa… Sesungguhnya, doa adalah kekuatan setiap Muslim. Berdoalah agar diri kita sentiasa dipandu ALLAH ke jalan yang diredhai-NYA. Apakah yang membuatkan ALLAH redha???

Jadilah khalifah ALLAH yang hidup dan matinya hanya untuk ALLAH.

Jadilah seorang teman yang mengasihi sahabatnya sebagaimana kita mengasihi diri kita sendiri.

Jadilah seorang anak yang taat, patuh dan berjasa kepada ibu bapa. Taat dan patuh andai apa yang diperkatakan tidak melampaui batas syariat. Berjasa pula besar konteksnya. Mungkin kita tidak banyak harta tetapi kita kaya dengan doa terhadap mereka.

Jadilah seorang isteri yang taat kepada suami. Tidak menyerabutkan fikiran suami dengan sikap besar kepala kita… dengan tingkah laku kita yang meletakkan sang suami rendah kedudukannya dari diri kita… dengan sikap ego dan pentingkan diri sendiri. Kita mungkin berasa bangga dan bahagia begini (hanya dituruti kemahuan oleh sang suami) namun sampai bila? Sesudah mati kelak? Adakah kita mampu mendabik dada lagi?

Jadilah seorang suami yang menjaga amanah sebaiknya. Dari manakah datangnya rezeki yang diberikan kepada keluarga. Adakah kita benar-benar menjaga keluarga kita daripada sesuatu yang mengundang kemurkaan TUHAN?

Jadilah..jadilah…

Huh… daripada tidak ada idea, terpanjang lebar pula. Inilah manusia. Kemampuan kita terbatas tetapi bila mana ALLAH menginginkan sesuatu… tidak ada yang mustahil bagi DIA.

Peringatan ini adalah untuk diri Muthiah sendiri sebenarnya. Kalau ada manfaat buat sahabat-sahabat semua… bolehlah direnung dan fikirkan.

Salam muhasabah.

Kuliah pagi : Ayah oh ayah...

Akhbar hari ini : Ahli akedemik... katakan TIDAK pada...

Muthiah : Moga kan terus redha sampai akhir nyawa…

Katakan tidak pada... (ii)


-sambungan semalam-

1- Mengumpat di belakang. Berterusan dengan persangkaan buruk terhadapnya bahkan kadang-kadang melampaui batas. Sedarlah… bila mana kita punya ruang untuk berfikir begitu dan begini… akan ada banyak peluang dan ruang lagi bagi orang lain untuk berfikir itu dan ini tentang diri kita.

2- Membenci di dalam hati. Dia… berkerjaya besar. Aku… setakat suri rumah. Setakat suri rumah? Ehe… besar ganjaran pahalanya. ‘Gaji’ suri rumah yang menguruskan rumah dan keluarga sebaiknya tidak terungkap nilaiannya. Besar… bisa membantu kita pada hari kiamat kelak. Jadi, usahlah berasa rendah diri dengan diri sendiri. (Tetapi, jangan pula jadi suri rumah yang kerjanya makan, tidur dan buang air sahaja)…

Huhu… Tetap tidak berani tegur. Iyalah… siapalah kita. Ya… tanyakan pada diri. Siapalah diri kita? Layakkah kita menjadi sahabat (dalam erti kata sahabat yang sebenar) buat si pembuat salah tadi? Sahabat yang baik… bukanlah sahabat yang setakat membenarkan setiap perlakuan temannya. Namun, sahabat yang baik itu sentiasa bersedia untuk menegur temannya tatkala dia terlupa dan teralpa.

Bukan!!! Masalahnya… kalau tegur… khuatir berlaku perkara lain pula. Sesuatu yang tidak diingini…Contohnya… silap faham. Pergaduhan kecil/ besar. Percakaran mulut…makin teruk jadinya. Bermasam muka. Pendam dalam. Huhu…

Hmmm… apabila sudah sampai ke tahap ini… mungkin membenci di dalam hati itu adalah jalan yang terbaik (buat masa ini). Namun ingat! Hanya benci pada perbuatan dan tidak pula membenci kepada jasad. Jasad itu masih punya peluang untuk kembali ke pangkal jalan. Dalam masa yang sama… jika ada ruang… cubalah menegur sedayanya… Ingat!!! Tegur… BUKAN berbicara jelik.

3- Tegur… Beranikah kita menegur teman kita yang telah berbuat salah itu? Hmmm…

Muthiah??? Tengok orang…
Cara teguran??? Tengok orang…
Kalau tidak makan saman??? Hmmm… Tengoklah macam mana. Setakat mana Muthiah menyayangi si teman. Hahaha…

Ditegur seseorang??? Selalu…
Cara tegur??? Macam-macam…
Pengalaman ditegur??? Macam-macam…
Paling tidak boleh lupa??? Dijadikan bagai Kaab bin Malek oleh sang murabbiah.
Kesannya???? Kesan awal… sakit hati, sedih dan kecewa. Kesan jangka panjang… membuatkan Muthiah menghisab kembali diri.
Siapa yang banyak mengingatkan??? Sejak kahwin… suaminya yang banyak menegur dan memberi nasihat. Iyalah. Suami adalah rakan yang paling dekat dan akrab dengan Muthiah saat ini.
Bagaimana halnya dengan sang isteri yang besar kepala??? Nauzubillah. Mohon ALLAH jauhkan diri Muthiah daripada sifat dan sikap itu. Minta jauh… dahulu… kini dan selamanya.

Pengajaran yang boleh diambil??? Positif dan optimis. Bersedialah untuk menerima teguran. Kalau kita merasakan teguran itu tidak baik, letakkanlah ia ke tepi. Fikirkan kembali. Kalau teguran itu sudah jelas lagi bersuluh demi kebaikan… buatlah pilihan terbaik untuk diri sendiri. Kalau bukan kita yang mahu mengislah diri… siapa lagi?

-bersambung-

Bosan? Jom layan ~ Mentari Hidup...

Kuliah pagi : Suara wanita aurat??? Hmmm...

Akhbar hari ini : Hargai wartawan jujur.

Muthiah : Hati...kenapa sukar memberi maaf???

Katakan tidak pada... (i)


Assalammualaikum, semua. Apa khabar? Muthiah… Alhamdulillah. Sebenarnya, hari ini ‘hati’ tidak cukup baik namun… insya-ALLAH… dapat atasi perasaan dan emosi yang kurang stabil itu sedikit demi sedikit.

Kenapakah tidak tenang? Firman ALLAH dalam surah ar-Ra’d ayat 28 yang bermaksud, “…Ingatlah, hanya dengan mengingati ALLAH-lah hati menjadi tenteram.” Lantas, adakah kerana kurangnya ingatan terhadap ALLAH membuatkan hati ini tidak cukup baik keadaannya? Ehe…

Hmmm… apakah yang boleh Muthiah coretkan hari ini? Ehe… idea tidak ada.

"Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada persangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang), kerana sesungguhnya sebahagian daripada persangkaan itu adalah dosa; Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; Dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengah yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka, sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada ALLAH; Sesungguhnya ALLAH penerima taubat, lagi maha mengasihani,” surah al-Hujurat ayat 12.

Isi utama daripada ayat di atas :

1- Tidak bersangka-sangka.

2- Tidak mencari kelemahan atau keaiban orang lain.

3- Tidak mengumpat.

Apapun, kita bahkan tidak ada siapa yang sempurna di atas muka bumi ini. Tidak ada manusia yang tidak pernah tidak berbuat silap. Tidak kira dalam sedar atau sebaliknya. Boleh jadi mereka terlupa dan terlalai saat itu. Atau… tahap keimanan sedang jatuh merudum dek dosa kecil yang berterusan. Atau…sifat jahil menyebabkan mereka sentiasa berada benar dan betul.

Justeru, belajarlah untuk menerima kelemahan orang lain (Peringatan buat diri Muthiah sebenarnya). Bencilah kepada sikap dan fiil yang menjelikkan tetapi usah sekali-kali membenci manusia yang sememangnya banyak khilafnya itu. Hmmm…Kita jelik dengan fiil orang. Fiil kita??? Adakah disenangi oleh orang lain?

Persoalannya pula… adakah kita setakat mahu menerima keburukan sikap/ fiil/ tingkah laku seseorang (yang kita kenal rapat/ dari jauh itu) tanpa membuat apa-apa???

Nampaknya, kita lebih senang menyelongkar keburukan orang itu (juga memainkan peranan menambah perasa dan perisa. Hahaha…) berbanding berusaha membantunya menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Jadi, baikkah kita jika bersikap sedemikian? Atau… kita pun dua kali lima?

Tidak!

Jadi… bagaimana???

-bersambung-

Hmmm... sesuatu yang boleh kita fikirkan : Dokumentari tentang senibina dan tenaga.

Kuliah pagi : Ceramah tetapi mengata orang... Hmmm...

Akhbar hari ini : Zunar ditangkap polis. Hmmmm.... bagaimana dengan si pembunuh... pencuri... penipu??? Adakah masih bebas atau sudah mendapat keadilan sewajarnya?

Muthiah : Belajar dan terus belajar...

Umar Al-Khattab (iii)


Assalammualaikum. Ehe. Apa khabar? Muthiah... Insya-ALLAH. Sentiasa memilih untuk ceria, positif dan gembira. Yang tidak menyennagkan hati, tolak sahaja ke tepi. Serah segalanya kepada penghitungan ALLAH. Itu pasti. ALLAH maha adil lagi maha saksama.

Baiklah... setelah lama terhenti, hari ini Muthiah menyambung kembali cerita tentang Sayidina Umar Al-Khattab. Akan tetapi, sebelum itu... bagi yang ketinggalan membaca entri sebelumnya... bolehlah jengah :

i) Umar Al-Khattab (i)
ii) Umar Al-Khattab (ii)

Berbalik kepada kisah Umar Al-Khattab...

Beliau merupakan seorang pemimpin yang memiliki kepakaran dalam pentadbiran dan pengurusan negara yang tinggi, pemimpin politik dan panglima perang yang cergas lagi cerdas. Di samping itu, Sayidina Umar juga sangat mengutamakan keadilan dan beliau sangat tegas dalam menegakkan kebenaran serta hak-hak rakyat.

Banyak sumbangan yang telah diberikan Umar kepada ISLAM. Antara yang paling besar ialah berjaya menyebarluas ISLAM bermula dari Mesir, Syam, Iraq sampai ke kerajaan Parsi. Bukan itu sahaja bahkan Amirul Mukminin yang kedua ini turut berjaya mengembangkan kalender ISLAM untuk dimanfaatkan oleh umat ISLAM keseluruhannya.

Terkenal dengan panggilan Al-Faruq, Sayidina Umar memiliki keberanian untuk melakukan ijtihad. Namun, beliau sama sekali tidak mengabaikan prinsip musyawarah dalam menetapkan sebarang keputusan dan tindakan. Sesungguhnya, Umar selalu berfikir dan melakukan yang terbaik untuk agamanya. Lantaran, beliau mengemukakan idea tentang keperluan melakukan pengumpulan ayat-ayat Al-Quran.

Ehe... Ada satu kisah menarik tentang Umar dengan seorang ibu. Akan tetapi.... huhu... hendak dikongsi hari ini, jadi terlebih panjang pula. Insya-ALLAH, Muthiah akan menyambung mengenainya nanti. Kira penutup kisah Umar...

Selamat maju jaya. Salam mujahadah. Salam ukhwah. Salam dan salam. Moga kita semua akan terus dipilih ALLAH menjadi salah seorang hamba yang mendapat rahmat daripada-NYA.

Maaf atas keterlajuran kata (yang terungkap mahupun sebaliknya).

Hmmm... Bukan ISLAM masuk masjid???

Muthiah : Hanya mengharap...
Labels: 0 comments | | edit post

Kahwin ~ Pengenalan


Assalammualaikum. Apa khabar? Muthiah… Ehe… mengantuk tetapi Muthiah cuba bulatkan mata untuk menulis. Insya-ALLAH, akan berusaha untuk menyiapkan apa yang telah Muthiah rancang untuk hari ini. Caiyok-caiyok…

Tiba-tiba, hati Muthiah berasa ingin berkongsi tentang kahwin. Kahwin??? Mudah tetapi sukar. Mudah menjadi isteri/ suami tetapi payah untuk menjadi isteri/ suami yang diredhai ALLAH. Terbaik di sisi manusia tidak semestinya baik bagi ALLAH.

Sebagai contoh… kita (isteri) berhias sampai terlupa untuk menjaga aurat. Baju ketat. Rambut terjulur. Suami pula berbangga bila mana ada yang memuji kecantikan dan keseksian kita. Namun, bagaimana halnya dengan pandangan ALLAH?

Hmmm… Apa yang penting…Sama-samalah kita menjalani kehidupan rumah tangga yang berlandaskan syariat TUHAN. Berusaha sedayanya untuk mendekatkan diri kepada ALLAH. Berbuat silap? Tidak salah namun… berusahalah untuk belajar dan memperbaiki kelemahan diri. Payah dan tidak berjaya? Berterusan mengulangi kesalahan yang sama? Teruskan berusaha. Hasilnya… biar ALLAH yang menentukan. Insya-ALLAH.

Seorang adik ada bertanya, “Akak… apa perasaan setelah berumah tangga?” Hehe… Sudah jawab di dalam laman bicara. Insya-ALLAH, nanti… Muthiah kongsi lanjut, ya.

Apa itu kahwin?

Setiap manusia yang normal, pastinya mahu memiliki pasangan hidup sendiri. Iyalah. Fitrahnya… kita mahu menyayangi dan mengasihi. Mahu ada suami… mahu ada isteri… mahu ada anak-anak sendiri.

Belum ketemu dan perolehi lagi? Hmmm… ayuh. Jom… usah kita berputus asa berusaha dan berdoa. Sedih dan kecewa? Ayuh. Jom… kita terus mengharapkan kekuatan daripada PENCIPTA.

Apapun… banyakkan berdoa kepada ALLAH agar kehidupan kita sehari-hari sentiasa berada di bawah lindungan dan rahmat-NYA. Kita tidak mahu menjadi suami/ isteri yang bahagia di dunia tetapi melupakan akhirat yang lebih utama. Kita hanya syok sendiri di dunia. Kita merasakan kitalah pasangan yang paling bahagia. Kita punya kerjaya yang baik… duit yang banyak. Punya rumah dan kereta besar. Punya anak-anak yang comel tetapi… kita lupa untuk bersyukur dengan apa yang telah ALLAH kurniakan kepada kita. Bagaimana hendak bersyukur? Tepuk dada, tanya iman ;)

Jom renung sejenak..

Kita ada ibu.. ayah… tetapi kita engkar terhadap mereka. Kita meninggikan suara pabila berbicara dengan mereka. Kita mengungkit itu dan ini… Kita hanya nampak keburukan mereka sampai terlupa dengan apa yang telah mereka buat dan beri kepada kita. Tanpa ibu dan ayah… siapalah kita sebenarnya? (Ehe… out of topic).

Hahaha… Jom… kita masuk kepada pengertian KAHWIN.

Kahwin???

Perkahwinan merupakan satu ikatan yang teguh antara lelaki dan perempuan melalui akad nikah yang sah untuk menjalani kehidupan berumahtangga bergelar suami dan isteri. Perkahwinan disyariatkan dalam ISLAM untuk mengembangkan zuriat melalui cara yang halal sebagai penyambung keturunan demi kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

Firman ALLAH dalam surah An-Nisa’ ayat 1 yang bermaksud, “Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada TUHAN-mu yang telah menciptakan kamu daripada seorang diri, dan daripadanya ALLAH menciptakan isterinya; dan daripada keduanya ALLAH memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak…”

Ehe… Jagalah pandangan… jagalah maruah… jagalah kemaluan

Tepu??? Ayuh rehatkan minda seketika ;)

Akhbar hari ini : Saintis buktikan Nabi Musa belah laut.

Muthiah : Moga dapat menjadi yang terbaik di sisi ALLAH meski dipandang buruk oleh manusia lainnya.

Tolong tetapi mengungkit...


Assalammualaikum. Ayuh...

i) Berinfaq...

ii) Membantu mereka yang memerlukan...


"Orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan ALLAH, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan menyebut-nyebut pemberiannya dan dengan tidak menyakiti (perasaan penerima), mereka memperolehi pahala di sisi RABB mereka. Tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati,” surah Al-Baqarah ayat 262.

Namun, jangan...

i) Mengungkit-ungkit...

ii) Menyebut-nyebut kebaikan yang dlakukan... Khuatir mengundang rasa riyak dan bangga.

iii) Memperlekeh orang lain yang tidak mampu/ berdaya untuk menginfaqkan hartanya seperti kita. Hmmm... sedarlah... Siapa yang memberi rezeki dan harta kepada kita? ALLAH. Tanpa izin-NYA, kita tidak akan mampu untuk berdiri seperti hari ini.


Khuatir... bimbang... kebaikan yang kita lakukan itu menjadi sia-sia. ZERO pada sisi ALLAH yang maha teliti penghitungan-NYA.

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya karena riyak kepada manusia dan dia tidak beriman kepada ALLAH dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu jadilah ia bersih (tidak bertanah). Mereka tidak menguasai sesuatu pun daripada apa yang mereka usahakan; dan ALLAH tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir,” surah Al-Baqarah ayat 264.

Ehe... Kita berada di mana? Pemurah atau kedekut??? Ehe...

Akhbar hari ini : Kelantan senaraihitam I'DA World Group! Kenapa???

Muthiah : Ya, ALLAH. Kurniakan sikap mahmudah dalam diriku...

Berbuat baiklah ....


Assalammualaikum. Apa khabar? Muthiah… Alhamdulillah, insya-ALLAH. Syukur kerana masih dikurniakan nikmat ISLAM dan IMAN. Apa jua yang datang (ujian dan dugaan), Muthiah serahkan kepada DIA yang telah merencana segalanya. Muthiah tidak kuat dan Muthiah mendambakan nusrah-NYA. Lagipun, jika sesuatu itu melibatkan insan lain…siapa Muthiah hendak menilai dan menghukum? Ehe….

Muthiah tiba-tiba teringatkan seorang ibu beranak tiga. Satu hari, dia menghubungi Muthiah. Dia bercerita sesuatu yang bisa membuatkan air mata dia dan Muthiah mengalir. Sakit mendengar… hati yang menanggung… lagi-lagilah. Iyalah… buat baik, tetap dipandang buruk. Buat apa pun, tetap buruk pada kaca mata yang melihat. Mind setting sudah negatif, mungkin. Mungkin lagi. Hahaha...

Namun, hebatnya wanita ini… dia tetap mahu melakukan kebaikan kepada orang yang berbuat/ bersangka tidak elok kepadanya. Entahlah. Seperti kata seorang teman, “Dia sememangnya terlebih sabar dan baik…”

Muthiah pula… tidak senang hati dengan apa yang berlaku ke atasnya. Sedih walaupun tidak mengalami perkara tersebut. Lantas, Muthiah menghubunginya. Khilaf Muthiah… sewajarnya, Muthiah menasihatinya agar bersabar dan terus melakukan kebaikan tetapi… Muthiah katakan… “Sudah-sudahlah ambil tahu tentang mereka. Sudah-sudahlah membuat kebaikan kepada mereka sedang mereka selalu sahaja buat yang tidak elok ..”

Jawapan wanita ini mudah… “Kalau kita buat macam itu, kita samalah seperti mereka…”

Nah! ALLAH telah mentarbiah Muthiah melalui wanita ini. Alhamdulillah… ALLAH masih mahu memberi ruang kepada Muthiah untuk bangkit dan menyedari sesuatu yang boleh jadi tidak wajar dilakukan. Iyalah… bukankah kita dituntut untuk sentiasa melakukan kebaikan. Tengok Nabi SAW.

Hmmm… Kita mungkin…

Tidak dapat memuaskan hati semua orang…
Tidak bisa membuatkan orang lain menyayangi kita…
Tidak berjaya membuang persepsi negatif orang lain terhadap diri kita…


Walaupun demikian… usah sekali-kali berputus asa dalam terus melakukan kebaikan. Serahlah segala keperitan di dalam jiwa itu kepada ALLAH. Percayalah…

ALLAH ada…
ALLAH melihat…
ALLAH mendengar…
ALLAH menghitung…
ALLAH meneliti…
ALLAH adil…
ALLAH saksama…


Tidak perlu menjadi seperti mereka yang busuk hatinya. Apabila hati busuk dan sakit… jiwa sebenarnya tidak tenteram. Bilamana jasad dan roh tidak tenang… tidak pula berusaha menenangkannya melalui ayat-ayat ALLAH… entahlah… sendiri mahu ingatlah…

Justeru… ayuh… teruslah berbuat baik kerana ALLAH. Teruslah bersabar dengan ujian yang datang. Ujian ini, tanpa sedar sebenarnya telah mendekatkan kita dengan PENCIPTA. Ya… bukankah bila mana kita bersedih hati… tidak punya tempat pula untuk meluah rasa (silap bercerita, khuatir menjadi umpat dan fitnah pula)… hendak tidak hendak kita akan kembali kepada ALLAH. Kita kembali bermunajat dan merintih merayu kepada-NYA.

Boleh jadi, doa kita berbunyi begini...

Ya, ALLAH..
Kurniakan aku kekuatan itu kerana sesungguhnya aku tidak cukup kuat untuk menghadapinya. Aku tidak cukup tabah dan sabar. Aku tidak cukup tenang. Aku serahkan segalanya kepada-MU, ya ALLAH. Segalanya adalah di bawah penghitungan-MU dan aku yakin… ENGKAU maha adil lagi maha saksama.


Buat sang wanita… usahlah bersedih hati… usahlah berdukacita… kerana ALLAH ada… ALLAH tahu apa-apa yang sedang melingkar dalam sanubarimu.

Ehe… sudah puasa enam? Sudah ganti puasa? Sudah berziarah? Jom…

Akhbar hari ini : Royalti dan ulama.

Muthiah : Moga-moga… pengakhiran hidup adalah pengakhiran yang baik.

;) Positiflah...


Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Sudah mula berpuasa enam? Apapun, moga-moga hidup kita akan menjadi lebih baik daripada semalam. Kita yang membuat pilihan sebenarnya.

Sama ada hendak bergembira atau berdukacita.
Sama ada hendak tersenyum… ketawa mahupun menangis.
Sama ada hendak positif atau negatif…


Apa jua pilihan kita… kita sendiri yang menanggungnya. Kita sendiri yang berasa sakit… kecewa… marah dan benci. Orang lain? Boleh jadi…

i) Kita hanya beranggap-anggapan sahaja (Andai sakit itu disebabkan orang lain). Awas!!! Andai ini yang kita praktikkan, khuatir… akan ada 1001 manusia yang bisa bersangka-sangka dengan kita.

ii) Mereka tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu dengan apa yang kita rasakan… Akibatnya, kita yang sakit sendiri. Kita berasa tidak tenang dan tenteram. Syaitan laknatullah pun memainkan peranan untuk menyuburkan rasa sakit dan benci dalam hati kita. Hasilnya, berlakulah perpecahan dalam hubungan persaudaraan. Muka masam mencuka. Kalau tidak pun, bercakap-cakap di belakang. Bukahkah itu namanya mengumpat? Silap hari bulan, boleh jadi fitnah. Nauzubillah. Moga-moga, ALLAH memelihara Muthiah, suami dan mereka yang Muthiah sayang daripada tergolong dalam golongan ini.

Jadi, bagaimana?

Hmmm… Memang… mudah untuk berkata-kata tetapi yakinlah… ALLAH itu ada. ALLAH tidak pernah meninggalkan kita hidup sendiri. Jika kita merasakan diri dianiaya… dan tidak mampu pula untuk berbuat apa-apa… kembalilah kepada ALLAH (kalau mampu untuk melakukan sesuatu sekalipun, kembali jua kepada ALLAH) sebab DIA lebih tahu apa-apa yang tidak kita ketahui.

DIA juga lebih adil lagi saksama. Serahkan segalanya pada penghitungan ALLAH. Sesungguhnya, DIA maha teliti atas segala sesuatu. Siapa kita yang hendak menilai manusia lainnya? Benar… sikap dan tingkahlaku boleh mengundang persepsi namun… layakkah kita untuk terus menuding jari dan meletakkan persangkaan yang kadang-kadang melampaui batas terhadap orang lain sedang kita sendiri pun banyak khilafnya. Apakah yang telah kita lakukan untuk menyedarkan orang yang kita rasakan bersalah itu? Tidak buat apa-apa??? Sekadar menuding jari?? Hmmm...Jadi… fikir dan renungkan..

Positiflah… positiflah, wahai teman. Bila mana kita positif… bersangka baik… bersabar… kita akan lebih tenang. Pilihlah untuk mendekatkan diri kepada ALLAH tatkala kita sedang berhati walang. Tidak sampai menyalahkan semua manusia yang berada di sekeliling kita. Syaitan mencucuk… kita hanya tampak kekurangan dan keburukan. Terlupa pada keaiban sendiri. Ayuh… muhasabahlah…

Berfikir tentang keburukan orang tanpa mencari jalan penyelesaian tidak membawa manfaat apa-apa. Jadi??? Fikir dan renung.

Firman ALLAH dalam surah al-Isra’ ayat 23 yang bermaksud, “Dan Tuhan-mu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain DIA dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.” Jom dengar

Info yang mungkin kita hendak tahu... Tentang dajjal!!

Akhbar hari ini : Jawatan imam...

Muthiah : Hanya ALLAH ....

Sayidatina Saudah binti Zam'ah R.H.


Assalammualaikum. Ehe. Baru Muthiah sedar. Muthiah terlepas pandang. Selepas Sayidatina Khadijah, suri di hati Rasulullah SAW adalah Sayidatina Saudah.

Wanita yang berbangsa Arab ini lahir pada tahun ke-68 sebelum Hijrah di Kota Mekah. Bapanya bernama Zam'ah bin Qais bin Abd. Shams manakala ibundanya bernama Al-Shumus binti Qais bin Zaid.

Saudah merupakan seorang ibu tunggal dengan lima orang cahaya mata. Suami pertamanya bernama Al-Sakran bin Amru. Dia telah bernikah dengan Rasulullah pada bulan Syawal, tahun ke-10 kenabian(yakni tahun ke-3 sebelum Hijrah) di Mekah. Maharnya bernilai 500 dirham.

Kelebihan Saudah ialah menjadi wanita pertama yang menikahi Nabi SAW setelah kewafatan Sayidatina Khadijah R.H. Dia sangat pandai bergurau dan berjenaka dengan suaminya dan dia hidup di samping Rasulullah selama 14 tahun.

Saudah telah kembali ke rahmatullah pada bulan Syawal, akhir pemerintahan Khalifah Umar R.A. di Madinah.

Ehe... Siapakah isteri Nabi yang ke-4? Boleh jawab, Muthiah ....

Hmmm... pernah berasa cemburu pada pasangan masing-masing? Apapun, tepuk dada tanya iman.

Akhbar hari ini : Sudah bayar pinjaman PTPTN? Hmmm...

Muthiah : Mahu jadi yang terbaik meski tidak mampu berbuat begitu...
Labels: 0 comments | | edit post

Hukum Idgham (i)

Assalammualaikum, semua. Apa macam… ada baik? Muthiah… Hmmm… apa pun keadaannya, insya-ALLAH… baik-baik sahaja. Alhamdulillah kerana dikurniakan suami yang baik, penyayang dan sangat memahami. Juga… kerana memiliki keluarga, teman-teman yang sentiasa mengasihi Muthiah. Paling utama… Muthiah tidak pernah sendiri dalam hidup ini. Muthiah ada ALLAH yang tahu… tahu apa yang terpendam di dalam hati Muthiah. Muthiah serahkan segala penghitungan kepada ALLAH yang sedia maklum akan sesuatu ;)

Sudah lama Muthiah tidak berkongsi tentang hukum tajwid, bukan? Insya-ALLAH, hari ini Muthiah sambung tentang hukum idgham.

Idgham… Apa yang kita faham tentang idgham? Dari segi bahasa, idgham membawa maksud memasukkan atau mencampurkan. Dari segi istilah ilmu tajwid, ia membawa makna pertemuan huruf yang tidak berbaris dengan huruf yang berbaris dan menjadikan huruf yang kedua bertashdid serta terangkat lidah apabila menyebutnya.

Bilamana nun sukun dan tanwin bertemu dengan salah satu huruf idgham, maka wajiblah diidghamkan. Ia berlaku dek persamaan makhraj dan sifat.

Huruf idgham ada 6 iaitu…

Pembahagian idgham terbahagi kepada 2 yakni…

i) Idgham dengan dengung (bingunnah) :

- Kekal dengung dengan 2 harakat

- Hurufnya terdiri daripada :

- Contoh :

ii) Idgham tanpa dengung (bilangunnah) :

- Dibaca tanpa dengung langsung.

- Hurufnya terdiri daripada :

- Contoh :

Ehe.. Selamat memperelok bacaan Al-Quran ;)

Akhbar hari ini : Ulama dan wartawan. Apakah keperluannya?

Muthiah : Letak dan serah pada penghitungan-NYA.

Cikgu dan murid


Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Masih lagi berada dalam mood raya? Muthiah... Ehe... Entah bilalah hendak masuk office. Insya-ALLAH, Isnin hadapan agaknya. Jangan marah.

Hmmm... banyak sebenarnya yang hendak dikongsi dengan kawan-kawan semua tetapi...ehe... mood menulis tidak datang lagi. Bak kata Ashraf... 'Ayoyo...'

Jom renung... jom fikir... kisah seorang anak murid yang mahu menguji kepintaran gurunya. Siapa lebih bijak!

Tersebutlah kisah dari Tanah besar China...

Seorang anak murid membawa seekor anak burung dan ditunjukkan kepada gurunya. Dia bertanya, "Adakah burung yang berada di dalam genggaman saya ini hidup atau mati?"

Dalam hatinya, dia mahu apa jua jawapan yang diberikan cikgunya itu akan tetap salah. Kalau si guru menjawab hidup, dia akan menggenggam burung itu sampai mati. Begitulah juga sebaliknya. Jika si guru menyatakan bahawa burung itu mati, dia akan melonggarkan genggaman burung itu bagi memastikan dia tetap hidup.

Cikgu tersebut tersenyum kecil lantas menjawab, "Masa hadapan burung itu terletak di tangan kamu."

Jadi... apakah yang boleh kita semua renungkan??? Jom fikir... Kita yang membuat pilihan untuk diri kita..

Salam aidilfitri ;)

Muthiah : Jangan lupa puasa enam hari pada bulan Syawal ;)
Labels: 0 comments | | edit post

Berhati-hati di jalan raya...


Assalammualaikum. Ehe... Bertemu lagi....

Sudah hendak kembali ke kota? Samalah kita.. Ehe...

1- Berhati-hati sewaktu memandu. Ingatlah insan tersayang.

2- Sewaktu memandu, elakkan bercakap di telefon bimbit. Kalau mahu bercakap juga, berhenti sekejap di tepi jalan.

3- Kalau mengantuk, bergilir-gilirlah memandu dengan pasangan. Atau..rehat sekejap di mana-mana tempat perhentian. Pastikan tempat itu tidak sunyi ya.

4- Terlupa pula. Jangan lupa baca doa menaiki kenderaan.

5- Kalau lapar, berhentilah makan dahulu. Kasihan orang yang sedang duduk di tepi kita sedang kelaparan.

Ehe.. Apa lagi, ya? Kalau ada tambahan, tambahlah ya. Muthiah beransur dahulu. Doakan perjalanan ini lancar dan diberkati ALLAH hendaknya. Ameen.

Muthiah : Jadi co-pilot yang setia.
Labels: 0 comments | | edit post

Kuih raya...

Assalammualaikum, semua.Apa khabar? Muthiah... Apa jua keadaan, syukur ke hadrat ALLAH kerana masih mengurniakan Muthiah nikmat ISLAM dan IMAN. Alhamdulillah.

Apa macam? Banyak berziarah ke rumah kawan-kawan dan sanak saudara? Alhamdulillah. Kalau bukan waktu lapang ini (lapang daripada kesibukan kerja) kita semua meluangkan masa untuk merapatkan ukhwah dan perhubungan... bila lagi? Moga-moga, setiap apa yang kita ungkap dan lakukan... mendapat ganjaran yang baik daripada ALLAH. Tidak di dunia... akhirat itu lebih utama.

Satu soalan... Kuih raya apakah yang paling diminati sahabat-sahabat? Ehe... Apapun, makan makan juga tetapi jangan sampai berlebih-lebihan. Nanti... bulan puasa kurang lima kilogram... hari raya naik pula sepuluh kilogram. Siapa susah? Harapan Muthiah... kita semua makan tetapi...tidak sampai memudaratkan, ya ;)

Hmmm... Muthiah terfikir tentang minyak sapi berjenama QBB Pure Ghee. Rasanya, minyak sapi ini baru sahaja ditarik balik sijil halalnya oleh JAKIM pada 19 Ogos 2010.

Apa yang bermain di dalam minda Muthiah... pembuat-pembuat kuih (beragama ISLAM) yang sudah menggunakan minyak sapi tersebut, adakah sudah menarik balik kuih yang dijualnya kepada masyarakat umum? Mereka sendiri sedia maklum tentangnya. Hmmm....

Huhu...kuih sudah buat banyak... Rugi sih! Jadi... halalnya?

Entahlah.. Muthiah sebenarnya tidak arif tentang hukum. Muthiah tidak mahu berbicara panjang cuma Muthiah sekadar mahu kita semua memikirkannya kembali.

** Maaf... sekadar lontaran kata hati...**

Muthiah : Makan kuih yang disediakan tuan rumah. Muthiah tidak tahu...tuan rumah tidak tahu... penjual pun tidak tahu... Mungkin pembuat kuih yang tahu...

Umar Al-Khattab (ii)


Assalammualaikum. Ehe...Sudah lama sebenarnya hendak menyambung kisah Sayidina Umar al-Khattab tetapi... huhu... tertangguh sebab perlu membaca berkali-kali sumber yang deperolehi. Kemudian, berkongsi di sini. Moga-moga, sahabat sekalian sedikit sebanyak beroleh manfaat daripada-NYA.

Umar oh Umar...

Berani! Itulah yang boleh dikatakan tentang Umar. Keberanian Umar dalam menegakkan agama yang benar ini sebenarnya banyak menaikkan semangat kaum Muslimin untuk sama-sama berjuang di jalan ALLAH. Iyalah. Sebelum Umar masuk ISLAM, agama ALLAH ini disampaikan secara bersembunyi tetapi... setelah pengislamannya..

Umar bertanya kepada sahabat-sahabatnya, "Siapakah di kalangan Quraisy yang memusuhi ISLAM?"

Mereka menjawab, "Abu Jahal." Lantas, Umar segera menemui lelaki itu lalu menyatakan pengislamannya.

Umar bertanya lagi, "Siapakah di kalangan Quraisy yang tidak dapat menyimpan rahsia?"

Jawab mereka, "Jamil bin Muammir."

Maka, tanpa lengah Umar segera menemuinya dan menyatakan pengislamannya. Akibatnya, Umar telah dipukul oleh pembesar-pembesar Quraisy sampai dia berasa tidak berdaya untuk melawannya lagi. Lantas, Utbah menumbangkan Utbah bin Rabiah, salah seorang yang paling mulia di kalangan penduduk Quraisy.

Umar meletakkan jarinya pada mata Utbah seraya berkata, "Jauhkan mereka daripadaku. Kalau tidak, akan aku butakan mata kau."

Jadi, hendak tidak hendak... Umar pun dilepaskan.

Hmmm... mampukah kita menjadi seberani Umar dalam menegakkan yang benar? Ya! Kebenaran Umar memisahkan antara kebenaran dengan kebatilan membuatkan dia dipanggil al-Faruq oleh Nabi SAW. Satu penghormatian buat Umar atas keberaniannya itu. Sewaktu kekhalifan Abu Bakar as-Siddiq, Umar juga menjadi sahabat dan penasihat yang paling dekat buat amirul mukminin yang pertama itu...

Ehe... Okey... sambung lagi. Muthiah hendak keluar beraya dahulu. Selamat hari raya ;)

Apakah aktiviti rutin yang tidak dibuat sesudah Ramadhan? Ehe... Kalau baik, Alhamdulillah. Kalau tidak baik, sesudah Ramadhan... jom kita tinggalkan sama-sama. ALLAH pun kasih ;) Usah tambah dosa...

Ketinggalan entri terdahulu? Usah bimbang... Jom lawat ;)

Muthiah : Serah segalanya pada KESAKSAMAAN ALLAH. ALLAH lebih tahu dan adil atas segala sesuatu...
Labels: 0 comments | | edit post

Hmmm... Perhatikan wanita di sekelilingmu...



Assalammualaikum. Macam mana dengan sambutan hari raya? Ada baik? Pilihlah untuk bergembira pada hari ini.

Kalau sedih...
Huhu.. simpan sahaja dalam hati.
Bolehkah? Tetap terpancar pada wajah, sih. Wajah jarang sekali dapat menipu.
Sabar... Kita tidak seorang. ALLAH ada dan dekat dengan diri kita sebenarnya ;)
Sakit!!!
Kenapa pula?
Entahlah... sukar untuk diungkap dengan kata-kata.

Haha... Macam skrip sahaja. Hmmm... sedang asyik bergembira... ayuh kita tengok di sekeliling kita.

Di manakah anak dara kita?
Di manakah adik perempuan kita?
Di manakah kakak kita?
Di manakah ibu saudara kita?
Di manakah sepupu perempuan kita?
Di manakah anak jiran/ kawan perempuan kita?

Adakah mereka berhari raya bersama kita atau sedang bersama teman-teman? Kalaulah bersama sang teman...

Siapa pula teman mereka?
Pukul berapa mereka keluar dan pukul berapa mereka akan kembali ke rumah?

SELAMATKAH MEREKA?

Hmmm...

Bukan apa... bukankah pencegahan itu lebih baik daripada mengubati. Takut... sebelum sempat dirawat... dia sudah kembali. Kembali??? Hmmm...

Berita :

KEPALA BATAS : “Orang yang buang bayi ini bukan manusia, tapi binatang,” kata Norhaidah Abu Ahmad, 42, yang menemui bayi lelaki bersama anaknya di tepi tong sampah dekat Sungai Korok, di sini, semalam. METRO - 8 September 2010.

IPOH : Seorang pekerja Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) terkejut apabila menemui mayat bayi yang baru dilahirkan di dalam tong sampah ketika pekerja terbabit sedang mengutip sampah di kawasan rumah pangsa, Jalan Asby di sini hari ini. METRO - 30 Disember 2009.

SHAH ALAM, 29 Ogos : Masih ada pihak yang tergamak membuang bayi yang masih hidup. Kali ini, bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan dan ditemui dalam sebuah beg kertas serta digantung pada sebatang tiang papan tanda kira-kira pukul 5.30 petang ini. UTUSAN MALAYSIA - 30 Ogos 2010.

MELAKA, 18 Ogos : Mayat seorang bayi lelaki ditemui dalam tong sampah di Hospital Melaka di sini, hari ini. UTUSAN MALAYSIA - 19 Ogos 2010.

KUALA TERENGGANU, 18 Ogos : Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditinggalkan di depan pintu pagar rumah seorang anggota polis di Kampung Batin, di sini malam tadi. UTUSAN MALAYSIA - 18 Ogos 2010.

BUKIT MERTAJAM, 17 Ogos : Kempen-kempen kesedaran sudah dilakukan. Banyak pihak malah kerajaan mengumumkan akan bertindak lebih tegas terhadap pesalah buang bayi tetapi ia belum cukup untuk menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

Terbaru, seorang bayi perempuan yang masih hidup dipercayai baru dilahirkan beberapa hari lalu ditinggalkan di atas meja di hadapan sebuah rumah di Bukit Minyak di sini pada Ahad lalu. UTUSAN MALAYSIA - 17 Ogos 2010.

PETALING JAYA, 15 Ogos : Meskipun kerajaan telah mengumumkan akan bertindak tegas terhadap pesalah kes buang bayi, ia masih gagal memberi kesedaran malah perbuatan itu berlaku lagi.

Kali ini, mayat seorang bayi perempuan ditemui dalam sebuah beg sandang yang tersangkut di tebing Sungai Tambun, Kota Damansara di sini hari ini.UTUSAN MALAYSIA - 16 Ogos 2010.

Huhu... banyak bangat, bukan? Jadi, bagaimana? Adakah kita sudah kembali prihatin? Peka dan prihatin terhadap manusia yang kita kata kita sayang tetapi hakikatnya TIDAK!!!

Tepuk dada, tanya iman. Selamat hari raya ;)

Sayangi diri... Pelihara diri... Usah dekati...

Kenal... jatuh cinta...

Muthiah : Sayang semua yang menyayangi. Tidak ambil peduli mereka yang membuatkan air mata mengalir. Bolehkah? Tidak boleh... Sayangilah semua orang. Mampukah? Tepuk dada, tanya iman ;)

Kesedihan pada pagi Syawal


Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Sudah mula puasa enam? Muthiah... belum lagi. Insya-ALLAH, akan berusaha melaksanakannya juga sebelum Syawal berakhir. Sahabat-sahabat yang Muthiah kasihi bagaimana? Ayuh... Sukar... tetapi cubalah setakat yang kita mampu...

Hmmm... Isu apa ya yang boleh Muthiah kongsikan hari ini. Hehe... Mode rayalah katakan. Hendak menulis tetapi otak tiba-tiba jadi tepu.

Kalau semalam Muthiah berkongsi tentang 'Ingat 5 perkara...' insya-ALLAH, hari ini Muthiah ingin berkongsi ayat yang mungkin boleh memotivasi diri kita untuk bangkit daripada kepiluan dan kesedihan hati. Bukankah hari ini hari raya??? Masakan berhati walang??? Hmmm... Manalah tahu. Daripada berbilion manusia, ada seorang yang sedang menangis sendiri. Dan seorang itu adalah diri kita!

Hmmm...

Kenapakah kita berasa sedih?

Apakah yang sedang menggamit fikiran dan perasaan kita??

Adakah kenangan pahit menerjah membuatkan hati kita tidak tenteram?

Sabarlah. Sabarlah, wahai teman. Kita tidak sendiri. Kita punya ALLAH yang maha melihat, mendengar dan mengetahui. Percayalah. ALLAH jua maha adil dalam penghitungan-NYA. Serahkan segalanya pada ALLAH.

Orang mengeji kita...
Orang menghina kita...
Orang bersangka buruk tentang kita...
Orang berfikir bukan-bukan tentang kita...
Orang hanya memandang kelemahan dan keburukan kita...

Ehe... Semua ini adalah tanggapan kita sahaja sebenarnya ;)

Kalau benar?

Seperti apa yang Muthiah katakan, serahkan segalanya pada penghitungan ALLAH. ALLAH maha adil, sayang ;)

Firman ALLAH;

Yunus : 65 - Janganlah kamu sedih oleh perkataan mereka. Sesungguhnya kekuasaan itu seluruhnya adalah kepunyaan ALLAH. DIA-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Fusilat : 30 - Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan, "Tuhan kami ialah ALLAH", kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan, "Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan ALLAH kepadamu."

Ayuh... ceria pada hari raya... bisa menggembirakan diri serta mata yang memandang ;)

Raya... jom buat... ayuh tinggal!!

Muthiah : Ehe... Genap...

Ingat lima perkara...


Assalammualaikum. Apa khabar? Sudah mula puasa enam hari pada bulan Syawal? Muthiah... Hmmm... insya-ALLAH sesudah kembali ke Taiping nanti. Sekarang, mahu meraikan hari raya aidilfitri bersama keluarga, sanak-saudara dan rakan taulan.

Hmmmm.... Isu apa yang hendak Muthiah coretkan hari ini? Tentang hadis Nabi. Ringkas tetapi besar maksudnya jika dihayati sebaiknya.

Nabi SAW bersabda, 'Manfaatkan LIMA perkara sebelum sampai LIMA perkara :

Masa...

1- Mudamu sebelum tua.

2- Sihatmu sebelum sakit.

3- Lapangmu sebelum sibuk.

4- Sihatmu sebelum sakit.

5- Hidupmu sebelum mati.'

Pernah lalui saat-saat di atas? Hehe... mungkin pernah kecuali yang kelima.

Adakah kita telah memanfaatkan waktu yang ada itu sebaiknya? Sebagai manusia yang lemah, kadang-kadang kita terlupa tetapi apabila telah tersedar daripada lena yang boleh jadi sekejap...dan boleh jadi juga panjang... KEMBALILAH... Kembalilah untuk mengharap redha ALLAH SWT.

Okey... Hendak berziarah dahulu. Hmmm... petang ini, insya-ALLAH Muthiah ada reunion bersama teman-teman SPM batch '99 SEMESTI. Doakan semuanya berjalan lancar. Ameen ;)

... Mahu keluar jalan-jalan??? Cuba tengok cermin dahulu.. Terjagakah diri kita??? ...

Muthiah : Sehari...

Selamat Hari Raya


Assalammualaikum. Ehe... Tidak ada kad. Kad yang Muthiah buat hari itu tidak lulus piawaian. Kena gelak. Hahaha... Maklumlah. Kreatifnya ada cuma terendam sahaja lagi.

Di kesempatan ini, Muthiah dan suami ingin ...

1- Mengucapkan SELAMAT HARI RAYA buat sahabat-sahabat semua.

2- MAAF sekiranya ada entri di dalam blog siti-muthiah ini mengguris hati dan perasaan. Percayalah... Muthiah tidak tujukan khas/ khusus buat siapa-siapa. Umum-umum sahaja dan boleh jadi permasalahan itu (yang Muthiah tahu), adalah daripada gabungkan permasalahan yang dijadikan satu.

**Apapun, maaf ini bukanlah diucapkan hanya pada hari raya.**

3- Ayuh... kita SALING BERKUNJUNG dan tidak terperap di dalam rumah sahaja. Iyalah. Kalau bukan hari raya, hendak berziarah teman sebelah rumah pun segan. Malu...Khuatir si jiran fikir kita hendak pinjam duit (walhal sekadar tanggapan sahaja). Hari raya... orang tidak akan cakap apa, insya-ALLAH. Kecuali... bagi kanak-kanak, mind setting selalu cakap, 'Hendak kumpuul duit raya...'(tanggapan lagi!)

**Apapun, kunjung mengunjung ini sebenarnya dapat mengeratkan silaturrahim sesama manusia. Ada orang, jiran sendiri pun tidak kenal. Cuba tanya diri sendiri.**

4- Apabila MENZIARAHI KUBUR...bukanlah ziarah semata-mata. Ambillah iktibar daripadanya. Setiap manusia yang bernyawa pasti akan kembali kepada PENCIPTA. Jadi, masih relevankah kita melakukan kemaksiatan secara berterusan??? Tidak ada niat untuk bertaubat pula. Jom... kita banyakkan beristighfar dan memohon kepada ALLAH atas segala kekhilafan kita dalam sedar mahupun tidak.

5- Syawal sebulan... jangan lupa PUASA ENAM hari pada bulan Syawal, ya. Banyak manfaatnya. Insya-ALLAH... moga-moga, diri kita sesudah melepasi bulan tarbiah menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Kalau tidak? Ayuh... kita kembali mengharapkan petunjuk daripada-NYA.

Baiklah. Ikutkan, panjang lagi yang hendak dicoretkan tetapi...

Hendak pergi solat raya dahulu. Selamat hari raya, semua ;)

Akhbar hari ini : Santa 'Pak Haji'... Huhu...

Soal jawab : Mercun, ucapan maaf dan duit raya. Hmmm...

Muthiah : Hmmm...
Labels: 0 comments | | edit post

Harapan... ameen...


Assalammualaikum. Esok hendak raya.... Huhu... Tiba-tiba, kenangan silam menjelma. Apapun, serah segalanya pada penghitungan dan kesaksamaan ALLAH. Ehe...

Moga-moga, apabila Muthiah menjejakkan kaki ke bulan Syawal...

1- Hidup Muthiah kan terus disinari rahmat TUHAN..

2- Muthiah bisa menjadi manusia yang lebih baik daripada hari semalam. Baik di sini adalah baik dari sisi akhlak, hati dan perhubungan dengan manusia lainnya.

3- Huhu... Harapan Muthiah agar impian untuk menjadi umpama Muthiah tercapai. Muthiah bukanlah wanita terbaik tetapi Muthiah mendambakan yang paling baik di sisi ALLAH. Biar sejuta orang memandang serong asal ALLAH tahu apa yang Muthiah buat. Selainnya? Serah sahaja kepada ALLAH. Bukankah DIA lebih tahu... adil dan saksama?

4- Mati Muthiah adalah dalam rahmat ALLAH...juga redha suami. Mati Muthiah tetap memberi manfaat kepada orang lain (tidak kiralah bagaimana caranya).

5- Muthiah terus bahagia bersama suami dan insan-insan yang Muthiah kasih dan sayang. Semoga, mereka terus dilimpahi rahmat TUHAN dan turut sama berbahagia di dunia... dalam masa yang sama tidak mengenepikan akhirat. Muthiah mahu masuk syurga dengan mereka. Ameen.

6- Moga-moga, Muthiah terus tabah mengharungi cabaran dan dugaan dalam kehidupan. Bukankah setiap manusia akan diuji TUHAN? DIA hendak tahu siapakah yang ikhlas dan siapa pula yang berputus asa daripada rahmat TUHAN. Sungguh... Muthiah tidak kuat. Justeru, Muthiah mendambakan kekuatan daripada ALLAH.

7- Ayuh... Bergerak ke hadapan! Moga Muthiah kan berjaya mengejar cita-cita. Andai Muthiah terjatuh, Muthiah tidak mahu tersungkur terlalu lama. Muthiah kan bisa bangkit dengan nusrah TUHAN. Iyalah. Tanpa DIA, Muthiah bukanlah siapa-siapa di atas muka bumi ini dan sememangnya Muthiah bukanlah siapa-siapa pun. Manusia biasa yang banyak khilaf... banyak penyakit hati... banyak terasa dengan kata-kata dan tanggapan manusia. Apapun, Muthiah serah pada ALLAH dan keadilan-NYA.

Ehe... sahabat-sahabat pula bagaimana? Ambil kertas dan tulislah sesuatu yang bisa memotivasi diri kita sendiri. Kalau bukan kita, siapa lagi?

Selamat bermuhasabah ;)

Hmmmm... apakah antara isu paling hangat Ramadhan ini? Ehe... Jom klik Apapun, tepuk dada tanya iman. Salah siapa? Jahilkah??? Tidak pula mahu belajar, diajar dan bertanya???

Jahil?? Jom belajar agama ;)

Muthiah : Terkenangkan saat itu...

Sebelum Ramadhan melabuhkan tirainya...



Assalammualaikum. Salam akhir Ramadhan...

Hmmmm... Apakah perasaan kita saat ini? Iyalah... Esok lusa hendak raya...

1- Sedih sebab...

a) Tidak dapat beraya di rumah keluarga. Tahun ini, bergilir di rumah mertua. Hehe. Biasalah. Adat dalam kehidupan berumah tangga. Perlu bertolak-ansur dan bertimbang rasa. Dan yang paling penting, kena banyak bersabar. Bukan mudah menjadi isteri/ suami terbaik yang diredhai ALLAH ini ;)

b) Ramadhan tahun ini lebih huhuhu.. dari tahun sebelumnya. Sibuk sungguh. Sibuk hendak buat kuih. Sibuk hendak buat baju raya. Sibuk hendak shopping keperluan raya. Bagi penulis, sibuk hendak siapkan manuskrip. Ehe... akukah itu? Insya-ALLAH tidak. Moga-moga kita kan memanfaatkan masa yang berbaki ini sebaiknya.

c) Sebab bujet kurang... Tidak dapat berhari raya semacam orang lain ;( Usahlah bersedih hati, wahai teman. Yang paling berbahagia pada hari yang mulia ini bukanlah mereka yang banyak baju dan kasut rayanya. Memanglah gembira tetapi... yang lebih utama... kita berjaya mentarbiah diri kita setelah Ramadhan melabuhkan tirainya. Dengan kata lain, diri kita hari ini adalah lebih baik dari semalam. Bukannya tudung sahaja yang cantik tetapi mulut tidak cantik-cantik. Hati pun tetap busuk, sama seperti sebelumnya.Sikap pun tetap sama. Masih tergolong dalam golongan yang tidak rajin. Hahaha...

2- Gembira sebab ...

a) Dapat baju... kasut... tudung baru. Berapa pasang? Apapun, biarlah berpada-pada. Tidak keterlaluan. Tidak berlebih-lebihan. Dikuatiri bisa mengundang rasa riak dalam diri. Akulah yang tercantik pada hari raya ini. Akhlak? Cantikkah atau masih suka bersangka-sangka terhadap orang lain? Masih suka berasa diri lebih baik dan berbakti daripada orang lain.

Hmmm... awas! Andai kita lapang untuk berfikir tentang kelemahan atau keburukan orang lain, akan ada 1001 manusia yang bisa berfikir tentang keburukan dan kelemahan kita. Sesungguhnya, ALLAH itu maha teliti penghitungan-NYA.

b) Habis sudah waktu berpuasa... Iyalah. Lama sih. Lapar. Hendak mengumpat pun serba salah. Orang pandang semacam. Aduh aduh. Menjaga mulut... mata... telinga... bukan hanya pada bulan Ramadhan tetapi pada setiap waktu dan ketika. Mana tahu... sesaat sesudah kita bercerita tentang orang itu... tiba-tiba ajal menjengah... Jengah dahulu... Kalau jemput terus??? Innalillahiwainnailaihirajiun...Bersediakah kita... Sudahlah 'hutang' dengan manusia tidak 'berbayar' lagi. Hutang? Mengumpatlah...Ehe... maaf salah silap ya. Yang buat salah pada Muthiah? Berterus-terang apa salahnya. Insya-ALLAH, akan dimaafkan ;)

c) Kita dapat memanfaatkan satu bulan Ramadhan ini sebaiknya. Alhamdulillah. Bersyukur kerana masih diberi ruang dan peluang oleh ALLAH untuk menghirup udara sedar milik ALLAH sehingga ke saat ini. Bukan itu sahaja... daripada berbilion manusia, kita telah menjadi salah seorang tetamu ALLAH yang dipilih untuk bermunajat kepada-NYA. Iyalah...

Berapa banyak yang tidak menunaikan solat sunat tarawih sedang mereka mampu melakukankan?

Berapa ramai yang bisa bangkit menunaikan solat sunat pada sepertiga malam?

Jadi, beruntunglah kita andai telah menjadi salah seorang hamba-NYA yang telah dipilih itu ;) Jangan pula berasa bangga... 'Aku solat tarawih tidak tinggal... Dia???' Nauzubillah... Hidayah itu datang daripada ALLAH. Berdoalah untuk mereka... Juga, agar kita terus istiqomah di atas jalan ini.

Ehe... panjang sudah. Nanti, ada idea insya-ALLAH Muthiah sambung lagi.

Soal jawab : Oral seks? Hmmm...

Akhbar hari ini : Bebaskan semua tahanan ISA - GMI.

Muthiah : Tetap berharap agar dipilih TUHAN untuk mendapat malam lailatul qadar. Ameen.

Sayidatina Aishah binti Abi Bakar R.H


Assalammualaikum. Ehe... Seperti yang dijanjikan, hari ini Muthiah akan berkongsi informasi tentang isteri Nabi SAW yang ketiga iaitu Sayidatina Aishah binti Abi Bakar R.H.

Aishah, berbangsa Arab telah dilahirkan pada tahun ke-9 sebelum Hijrah di Mekah. Bapanya merupakan sahabat akrab Nabi iaitu Abu Bakar as-Siddiq R.A. Ibunya pula bernama Zainab (Ummu Ruman) binti Amir bin Uwaimir.

Aishah yang merupakan satu-satunya isteri Nabi yang belum pernah bernikah sebelumnya telah berkahwin dengan Rasulullah pada bulan Syawal, tahun kesebelas kenabian (tahun kedua sebelum Hijrah) di Mekah. Mahar yang diterimanya adalah sebanyak 500 dirham dan tempoh perkahwinan Aishah dengan Nabi menjangkau usia 13 tahun. Sebab perkahwinan ini adalah demi merapatkan hubungan baik Nabi dengan Sayidina Abu Bakar as-Siddiq.

Aishah dan Nabi tidak dikurniakan anak sepanjang perkahwinan namun hidup mereka aman dan bahagia. Keistimewaannya??? Banyak... antaranya ialah Aisyah merupakan wanita yang paling alim dalam pengetahuan agama. Bukan itu sahaja bahkan wahyu juga pernah diturunkan khusus untuk membersihkannya daripada fitnah peristiwa Hadith al-Ifki.

Anak Khalifah Islam yang pertama ini telah kembali ke rahmatullah pada tahun ke-58 hijrah di Madinah.

Nabi SAW pernah bersabda, "Kelebihan Aishah berbanding wanita lainnya umpama kelebiha kuih (sup) dengan makanan lain."

Ehe... Salam mengejar kemanfaatan malam-malam Ramadhan terakhir ;) Hmmm... tertinggal tajuk sebelumnya. Jangan bimbang. Jom!

Gelak-gelak juga tetapi fikir-fikirkanlah ~ Hari raya? Jom bermaaf-maafan tetapi....

Entahlah... Di sebalik iklan raya TV3...Apa hendak jadi?

Akhbar hari ini : KDN campur tangan...

Muthiah : Serah segalanya pada penghitungan ALLAH. DIA lebih tahu apa-apa yang terbaik untuk setiap hamba-NYA.
Labels: 0 comments | | edit post

Sambungan hukum izhar - izhar halqi

Assalammualaikum.

Apa khabar? Muthiah? Hmmmm... hari ini... hmmm... apapun, serah segalanya pada ALLAH. ALLAH lebih tahu dan maha saksama dalam segala ketetapan-NYA. Ehe...

Sebelum Muthiah meneruskan perkongsian ilmu tentang hukum idgham, Muthiah ingin menambah sedikit informasi tentang izhar halqi.Terima kasih kepada saudara Mat Saja kerana mengingatkan Muthiah tentang ini.

Cara mengenal izhar halqi dalam rasm Uthmani

1- Nun sakinah

Pada nun sakinah, terdapat tanda sukun
pada huruf nun.

Contohnya :








2- Tanwin

a) Baris atas dan baris bawah yang selari :











Contoh :










b) Baris hadapan dua waw kecil yang terbalik seolah-olah angka 69.



Contoh :










Ehe... Muthiah amat alu-alukan jika ada sebarang penambahan. Jom, kita kongsi ilmu.

Jom ke - Izhar halqi (i)

Akhbar hari ini : Hmmm... Inikah pemimpin masa hadapan negara?

Bermaaf-maafanlah kita ... hari raya aidilfitri menjelang tiba - TV3...

Muthiah : ALLAH dekat. Lebih dekat dari urat merih Muthiah sendiri ;)

Pernahkah kita fikirkan?

TELUK INTAN - 75 buah kediaman di sekitar Rumah Awam Padang Tembak, City Mewah rosak teruk akibat kejadian ribut petang semalam. Kosmo, 1 September 2010.

JASIN - 2 peniaga bazar Ramadhan di Stadium Jasin maut akibat ditimpa payung gerai yang berterbangan setinggi tiang lampu 40 meter dalam kejadian ribut petang semalam. Kosmo, 13 Ogos 2010.

HONOLULU - Fenomena puting beliung api telah berlaku dekat sebatang jalan raya utama di Hawaii. Ia telah memusnahkan tanaman seluas 566 hektar dan terus membakar beberapa bahagian di pulau itu. Kosmo, 1 September 2010.

JERLUN - Ribut beserta hujan lebat melanda kawasan sawah padi di Jerlun petang semalam sehingga merosakkan tiga buah rumah dan memusnahkan berhektar-hektar kawasan padi yang hampir boleh dituai. Berita Harian, 14 Ogos 2010.

KUANTAN – Penduduk di Bukit Setongkol, Indera Mahkota dan Semambu di sini cemas apabila kawasan itu dilanda ribut kencang ketika kebanyakan mereka sedang menyiapkan juadah untuk berbuka puasa kelmarin. Kosmo, 24 Ogos 2010.

Teman...

Pernahkah kita fikirkan? Tidak ada yang mustahil bagi ALLAH sebenarnya. Apabila DIA katakan kunfayakun, maka jadilah. Sesungguhnya, mudah sahaja bagi-NYA menghidupkan, daripada tiada kepada ada. Mudah juga bagi-NYA untuk membinasakan, daripada ada kepada lesap!

Tidakkah kita gusar???

Saat-saat kita melakukan kemaksiatan kepada-NYA...
Ketika kita terleka daripada perintah dan suruhan-NYA...
Sewaktu kita sedang berasa riyak dan ujub terhadap diri sendiri...

ALLAH tiba-tiba mendatangkan sesuatu yang telah dijanjikan-NYA selama ini. Bukankah janji ALLAH itu benar? Kelak, setiap apa yang kita lakukan pasti kan diperhitung oleh-NYA dengan amat teliti.

Justeru... BERTAQWALAH kepada DIA yang maha segalanya.

Akhbar hari ini : Nasib pengetua 'rasis..

Soal jawab : Subuh sudah tetapi... huhu... belum mandi wajib!

Muthiah : Ya, ALLAH. Lindungi aku, suamiku dan mereka yang aku sayang daripada segala sesuatu yang memudaratkan.

Persenda zikir??? (ii)


-sambungan semalam-

3- Langkah susulan yang boleh diambil???

a) Dakwah.

Kita semua yang tahu mempunyai peranan untuk memberitahu mereka yang tidak tahu. Siapa? Siapa-siapa sahaja di sekeliling kita agar mereka tidak lagi hidup dalam kejahilan. Kenapa kita?

Firman ALLAH dalam surah ali-Imran ayat 104 yang bermaksud, 'Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang maaruf dan mencegah daripada yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung.'

Selain itu, ALLAH juga berfirman dalam surah ali-Imran ayat 110 yang bermaksud, 'Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang maaruf, dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada ALLAH...'

Iyalah...Kalau bukan kita, siapa lagi? Siapa yang boleh memberitahu mereka (pelajar-pelajar tersebut) bahawa apa yang mereka lakukan itu salah? Tidak sensitif... tidak peka... tidak prihatin terhadap agama.

Jadi???

Ayuh... Katakan kepada diri, 'Aku adalah khalifah di atas muka bumi ini dan aku berperanan untuk mengajak manusia kepada ALLAH.' Tidak kira sama ada kita adalah ustaz/ ustazah, pelajar yang belajar pengkhususan agama atau sebaliknya. Persoalannya pula... LAYAKKAH AKU?

Insya-ALLAH. Kita semua layak untuk menyampaikan kebaikan (kebaikan itu sendiri sebenarnya luas). Apa yang penting, usah berputus asa dalam menjalankan tanggungjawab itu. Bukan mudah kerana tidak semua orang bisa menerima teguran dan nasihat. Ditambah dengan wujudnya rasa ego (dan yang seangkatan dengannya) dalam diri.

Go go... Dalam soal ini (dakwah), kita bukan sekadar mengharapkan orang lain untuk memainkan peranan. Bukan juga hanya menuding jari. Kita pun perlu sama bergerak (mengikut kemampuan sendiri).

Ketahuilah... masih banyak teman-teman di luar sana yang memerlukan bimbingan daripada kita (yang tahu). Cuba baca akhbar... Berapa banyak isu kebejatan sosial di kalangan remaja diperkatakan. Kes zina... buang bayi... minum arak... berpakaian tetapi hakikatnya berbogel...

Contoh lain? Cuba lihat di sekeliling kita. Ada atau tidak sahabat kita yang...

i) Suka menelek zodiak?

ii) Selalu memperkatakan/ melakukan sesuatu yang bisa memesongkan akidah tanpa dia sedari? Dalam facebook pun banyak sebenarnya cuma kita tidak sedar. Mungkin tidak seberani pelajar-pelajar yang telah mempersenda zikir itu. Atau, tidak dibuat secara terang-terangan namun hakikatnya tetap SALAH!

iii) Bla bla bla...

Kesimpulannya, sesiapa sahaja berhak diingatkan dan kitalah yang berperanan untuk memberi kesedaran. Jadi, perlu berbalik kepada persoalan dakwah...

Andai kita tahu sesuatu perkara itu salah... tegurlah. Tegurlah dengan hikmah. Kalau tidak jalan juga??? Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri atau... tidak masuk langsung...

Hmmm...

i) Ada orang jenis sound direct tidak kira kepada siapa dia berkata-kata.

ii)Ada orang hanya menasihat/ menegur kawan-kawannya sahaja.

iii)Ada orang... tegur dalam hati (membenci) sebab tidak berdaya untuk berbuat apa-apa.Setidak-tidaknya, dia membenci kemaksiatan yang berlaku di hadapan mata. Daripada tergolong sama menjadi orang yang tidak peka, tidak prihatin dan tidak ambil peduli.

Jadi... huhu... ayuh...mainkan peranan masing-masing.

b) Perlukah menghukum mereka?

Hukuman ini macam-macam.

Setakat ini, Muthiah hanya melihat rakan-rakan di facebook dan blog yang memperkata tentang mereka. Masing-masing marah dengan kebiadaban mereka dalam mempersenda zikir. Sememangnya, selaku seorang MUSLIM, kita perlu peka dan sensitif dalam hal yang sebegini.

Bagaimana pula dengan pihak berkuasa? Dengan kata lain, pihak yang mempunyai autoriti untuk mengenakan tindakan (tidak kira sama ada menasihati atau apa-apa yang sewajarnya)...

Iyalah... semuanya bertujuan untuk menyedarkan, sebagai amaran dan peringatan kepada orang lain supaya tidak melakukan perkara yang sama. Apapun, hidayah dan keampunan ALLAH itu Maha Luas.

Jom fikir...jom renung..

Akhbar hari ini : Saman CELCOM.

Huhu... boleh percayakah kita kepada syarikat telekomunikasi? Lagipun, banyak tawaran yang (syarikat telekomunikasi) mengelirukan. Apabila keliru dan tidak cukup jelas... macam satu penipuan pula. Cakap lain, cas lain. Ehe... Oh, TM.

Muthiah :Alahai Wee Meng Chee...

Persenda zikir???


Assalammualaikum.

Hmmm... Muthiah sudah lama menonton video ini tetapi baru sekarang berkesempatan menulis tentangnya. Perihal beberapa orang pelajar perempuan bertudung dilihat sedang mempersenda zikir (pada kaca mata orang yang memandang). Huhu... sadis dan menyakitkan hati. Serius. Kalau kita tengok facebook dan blog, banyak luahan ketidakpuasan hati dilontarkan kepada pelajar-pelajar yang bolehlah dikatakan sebagai tidak peka agama ini.

Dari sisi Muthiah? Muthiah nampak beberapa perkara (selain daripada rasa yang pelbagai di dalam hati itu):

1- Jahil

Disebabkan kejahilan diri, terjadilah perkara sebegitu. Jahil?

a) Mereka tidak tahu bahawa apa yang mereka lalukan itu SALAH! Tidak tahu??

b) Mereka tidak pula mahu belajar dan ambil tahu dengan perkara yang sepatutnya mereka tahu. Sepatutnya tahu?

Mungkin, bagi mereka... 'Kecil sahaja persoalannya.' Bak kata Nabil, 'Lu pikirlah sendiri...'

Apabila tidak tahu... maka, terjadilah perkara yang tidak diingini itu. Sewenang-wenangnya melakukan sesuatu perkara yang dirasakan tidak salah. Bukankah jahil namanya itu?

** Jadi... sampaikan walau seayat... **

2- Tidak peka dan tidak prihatin

Bolehkah Muthiah katakan... Orang yang tidak peka dan tidak prihatin lazimnya jahil? Dia tidak mahu membaca dan tidak mencari inisiatif pula untuk bertanya atau belajar. Iyalah. Dia 'malas' untuk ambil peduli tentang segala sesuatu di sekelilingnya. Malas?

Akibatnya... jadilah dia orang yang tidak pandai! Dia tidak tahu benda itu salah. Tidak tahu??? Walhal, banyak isu (semasa) yang memaparkan perihal masyarakat yang memprotes apabila agama yang mereka anuti dikotak-katikkan. Hal ini menunjukkan, banyak di kalangan umat Islam yang (peka, sensitif dan prihatin) TIDAK DAPAT MENERIMA (dan sewajarnya begitu) agama Islam dipersendakan dan dipermainkan.

Sayangnya... Adik-adik yang jahil... tidak tahu dan tidak peka ini pula... senang-senang mencurah minyak ke atas api.

Hmmm... 'AKU APA PEDULI?' Boleh, begitu?

-bersambung-

Ehe... Panas? Jom ke sini...

Akhbar hari ini : Ayuh. Sebarluaskan ISLAM. Ikuti jejak langkah Ghadaffi ;)

Muthiah : Ya, ALLAH. Ampuni aku dan mereka yang aku sayangi daripada azab api neraka. Juga muslimin dan muslimat di atas muka bumi ini...

Ya, ALLAH... teguhkan hati aku dan dia...


Assalammualaikum. Apa khabar? Muthiah... Alhamdulillah. Moga-moga, kita semua akan dapat memanfaatkan hari-hari Ramadhan buat tahun ini sebaiknya. Manalah tahu... Ramadhan kali ini adalah Ramadhan terakhir buat diri kita.

Hmmm...Seorang teman meluahkan rasa hatinya kepada Muthiah...

"Entah kenapa hidup aku ini tidak pernah betul-betul gembira.

DIA suruh doa, aku doa...
DIA suruh usaha, aku usaha...
DIA suruh tawakal, aku tawakal...

Tetapi, masalah tidak juga selesai. Bahkan datang bertimpa-timpa. Aku tidak tahu hendak minta macam mana lagi. Aku sudah cakap semua. Aku pun buntu. Aku hilang arah. Aku merasakan yang DIA tidak mendengar apa yang aku doakan. Kalau dengar pun, DIA tidak mahu ambil peduli. Dia abaikan aku...

Sekarang...

Baru akan faham perasaan budak yang murtad dahulu. Dia minta dengan ALLAH, DIA buat-buat tidak dengar. Dia sedih dan kecewa. Kemudian, ada orang Kristian datang tolong dia. Aku benar-benar faham perasaan dia..."


Sebenarnya... terkedu juga mendengar kata-katanya. Meskipun dia menyatakan bahawa dia tidak akan sampai ke tahap itu, Muthiah tetap khuatir sebenarnya. Kekecewaan menyebabkan dia hampir putus asa. Nauzubillah. Muthiah mohon perlindungan ALLAH. Andai Muthiah kecewa, tidaklah sampai menarik nikmat ISLAM dan IMAN dalam dada Muthiah.

Entahlah. Muthiah pun tidak tahu...apa yang boleh Muthiah katakan.

Hanya satu... TERUSKAN BERSABAR dan USAHLAH BERPUTUS ASA daripada rahmat TUHAN. DIA SAYANG dan DIA mahu kita semakin MENDEKAT KEPADA-NYA.

Hmmm...

Perbualan Muthiah dan teman Muthiah ini mengingatkan Muthiah tentang isu murtad. Di facebook pun, banyak nota tentang 'Pengakuan bekas paderi Kristian...'dan telah disebarkan secara meluas.

Oleh sebab Muthiah tidak arif tentang hukum (tetapi masih mahu menulis tentangnya), Muthiah kongsikan link Ustaz Zaharuddin. Beliau telah berbicara tentang isu murtad secara terperinci. Selamat membaca dan memanfaatkannya.

Akhbar hari ini : Tarikh tengok anak bulan. Jeng jeng jeng...

Muthiah : Moga-moga, ALLAH memelihara MUTHIAH dan kita semua daripada sesuatu yang bisa merugikan diri kita sendiri. Sesungguhnya, hidup ini tidak lama. Satu hari, kita kan dipanggil kembali..